
HARI : ISNIN
TARIKH : 17 NOVEMBER


| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
IPOH : Seperti yang dijangkakan, media akan memainkan isu ini. Peluang untuk memberi penjelasan tidak pula diberi. Saya, bersama Setiausaha Akhbar, Anuar Hashim, Ust. Nor Azli Musa dan seorang lagi kebetulan ada di tempat kejadian.Dalam masa yang sama kami terlihat seorang jurufoto yang tidak dikenali sedang mengambil gambar. Kami mengesyaki ini adalah suatu perangkap dimana nanti akan keluar gambar MB menandatangani sesuatu yang boleh di ambil kesempatan untuk memburuk imej MB yang menandatangani sekeping surat yang tidak diketahui latar belakangnya di kantin.
Lantas MB panggil jurufoto tersebut lalu bertanya dari akhbar mana ; sama ada telah minta kebenaran atau tidak mengambil foto.Tetapi jurufoto tersebut semacam tidak ambil peduli .MB memanggilnya sekali lagi dengan nada yang agak kuat sikit, tetapi tidaklah sampai panggil 'Hoi' sebagaimana yang didakwa.
MB minta rakaman foto tadi dibuang. Untuk mempastikan foto tersebut dibuang, MB minta kamera tersebut diserahkan kepada Anuar Hashim,Setiausaha Akbarnya yang duduk di sebelah saya, dan meminta Anuar pastikan gambar tersebut dibuang.
Kamera itu diserah semula kepada jurufoto itu dengan baik. Kami beritahu pembawa surat tersebut supaya dalam urusan seumpama itu, supaya datanglah ke pejabat, kami akan rekodkan surat tersebut, satu salinan kami simpan dalam fail, soal MB nak sain tak nak sain itu soal lain.
Pembawa surat tersebut faham, dan ternyata dia menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Sulit MB di pejabat. Itu baru betul. Pagi esoknya, saya tengok surat tersebut sudah ada diatas meja MB.
Telahan kami tepat, tidak sampai pun beberapa minit kemudian, suara seorang ADUN Pembangkang yang sangat dikenali dari Kubu Gajah, tidak semena-mena membangkitkan isu ini di dewan dengan membuat pencelahan sewaktu seorang ADUN lain sedang membahaskan Bajet 2009. Saya tidak kenal pasti siapa ADUN yang sedang berucap ketika itu. Kubu Gajah menghentam MB Perak kerana kononnya bertindak kasar kepada wartawan sedangkan Kubu Gajah tidak berada di tempat kejadian.
Walaupun ada beberapa orang ADUN BN di kantin sewaktu kejadian tersebut berlaku; saya amat pasti Kubu Gajah tidak ada di situ. Saya sangat mengenalinya kerana ia memang popular dengan sikap kurang ajarnya di Parlimen dan dibawanya ke DUN.
Saya akan semak dalam kertas minit dewan apa yang diucapkan oleh ADUN Kubu Gajah dan akan siarkan supaya para pembaca dapat menilai sendiri ucapannya ; bahawa inilah perangai UMNO BN, mengambil kesempatan apa sahaja yang boleh dijadikan isu untuk memburukkan MB dan kerajaan Pakatan Rakyat.
sumber : Setpol MB

PahangDaily - KERATONG: [4.00 pm] Satu berita gempar telah terjadi selepas solat Jumaat sebentar tadi. Ia berkaitan dengan "amukan" Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis terhadap Imam Solat Jumaat di Masjid Felda Keratong 4 dekat sini. Kejadian dipercayai berpunca daripada "sakit hati" JJ terhadap Iman Solat Jumaat terbabit yang membuat khutbah perihal soal "Keadilan Dalam Islam". Iman yang mengendalikan khutbah tersebut ialah Ustaz Suhaimi Saad (foto) , yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Pemuda PAS Pahang. Menurut Ustaz Suhaimi, ketika membaca khutbah beliau menyentuh tentang keadilan yang dituntut dalam Islam secara menyeluruh. "Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan akta zalim (ISA) yang dilihat tidak adil dalam Islam" katanya.
Mungkin cabar itu dibuat bagi "membelasah" Ustaz Suhaimi. Kerana kami difahamkan terdapat ramai puak-puak UMNO karat dan kroni Jamaluddin Jarjis sedang menunggu diluar. (Foto: Lihat gambaran JJ menjadi Imam Solat Jumaat) Melihat keadaan itu, beberapa orang jemaah dan sahabat beliau menasihat agar tidak keluar masjid bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Maka akhirnya Ustaz Suhaimi menjawap pelawaan JJ itu dengan berkata "Elok kita berbicara dalam masjid Dato'.. kerana ini rumah Allah dan lebih afdal dari diluar". Ketika itu JJ dan kuncu-kuncunya telah menunggu dengan "geram" dan "penuh emosi" diluar. Mungkin bagi mereka, sekejap lagi Ustaz Suhaimi iaitu Imam yang membaca khutbah dan menjadi Imam solat Jumaat di Keratong 4 itu akan dibelasah cukup-cukup agaknya. Namun dek kerana beliau tidak keluar, akhirnya kumpulan Ahli Parlimen terbabit beredar dari masjid dengan perasaan yang amat kecewa. Mujurlah kejadian itu tidak berakhir dengan insiden yang lebih buruk lagi. Jika tidak sudah pasti satu peristiwa gempar akan berlaku di Masjid Keratong 4 siang tadi.
Lelaki Ini bernama NASABRI BIN MAT AROP no k/p : 700822-08-5443 adalah pemangsa yang menipu dgn cara meminta kepada mana2 individu bawah umur 40 tahun untuk mendapatkan DANA BELIA di bawah KEMENTERIAN BELIA RM30-50K dengan bayaran RM250-RM300 untuk bayaran kertas kerja untuk di uruskan olehnya... Manakala buku akaun bank rakyat di serahkan kepada lelaki ini dengan salinan kad pengenalan.
Ratusan Ribu Ringgit telah di tipu oleh lelaki ini. Mempunyai 2 orang isteri termasuk isteri keduanya seorang GRO dari negara jiran. dia sudah tidak lagi berada di tempat kerja beliau iaitu di Agensi Dadah Kebangsaan(ADK) di Pulau PinangBagaimanapun, Ahli Dewan Rakyat Gua Musang belum memberi kata putus walaupun telah ditawarkan beberapa kali oleh komponen Pakatan itu.
Melihat kepada kecenderungannya, Tengku Razaleigh dikatakan lebih berminat menyertai Parti Keadilan akyat (PKR) berbanding PAS dan DAP kiranya dia sudah berkerat rotan dengan Umno dan Barisan Nasional.
Menjelang pemilihan Umno bahagian Oktober lalu, Tengku Razaleigh pernah mengeluarkan kenyataan akan terus kekal dalam Umno dan tidak bersedia menganggotai mana-mana komponen parti Pakatan.
Dalam masa yang sama, beberapa kelompok penyokongnya yang setia dengannya dilaporkan pernah menggesa Tengku Razaleigh berubah angin kerana Umno tidak lagi relevan dengan senario politik negara ditambah ada cetusan supaya beliau kembali menerajui kerajaan negeri Kelantan andai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mengambil keputusan berundur diri pada masa akan datang atas masalah kesihatan.
Dikalangan mereka beranggapan Tengku Razaleigh berupaya merancang pelbagai dasar pembangunan yang baik untuk negeri Cik Siti Wan Kembang itu dan keretakan hubungan yang didakwa melibatkan kerajaan negeri dan kesultanan Kelantan sekaligus mampu ditangani dengan mudah.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Pimpinan tertinggi PKR, Khalid Jaafar ketika ditanya menyarankan partinya menjemput Tengku Razaleigh hadir dan diberi peluang berucap sempena Kongres Tahunan Nasional yang akan berlangsung pada akhir tahun ini.
“Itu pendapat saya secara peribadi…beliau patut dijemput hadir dan berucap,”ujarnya.
Desas-desus kemasukan Tengku Razaleigh ke dalam PKR muncul awal bulan lalu apabila pertemuan beliau dilaporkan membuat pertemuan dengan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pada pertemuan tersebut, mereka dilaporkan berbincang mengenai pembentukan konsep kerajaan perpaduan.
Khalid berkata, walaupun ditolak oleh Umno, ahli parlimen Gua Musang itu patut dijemput atas kapasitinya sebagai orang lama dan berpengalaman dalam politik Malaysia.
{Jika kebenaran ini menjadi realiti….Ku Li catat satu lagi sejarah. Dengan penyertaan beberapa tokoh Gerakan dan Umno termasuk Datuk Fauzi di Pahang dalam Pakatan nampaknya makin bertambah mantap lagi gagasan pembangkang dalam menghadapi pelbagai cabaran mendatang.}
SUMBER DICILOK : Perak Express