Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Friday, September 19, 2008

VIRUS MUKHRIZ - Apo Ko Hal Ni Yop!!!


Dalam aku punya posting kat [SINI], mula-mula aku hingatkan, Mukhriz nih baru bukak blog....


roper2nya dah lama dah..... Dalam lebih kurang bulan Jun lagi, sebab, aku tengok dia punya posting bermula pada bulan Jun.


Tapi, aku tak tahulah.... siapa punya angkara, tapi, aku di warninglah dengan virus nih tetiba aje... dalam masa selang2 masa tertentu... la nih pun ada lagi.


Apa yang aku dapat perhati....


1) Virus tuh cakap daripada http://www.mukhriz.com/falcon


2) Aku pakai Antivirus Avast!


3) Dah fening kut, komputer aku.... kahkahkah.


Tapi, aku tak pernah bukak langsung blog mukhriz nih....


Aku nak tuduh ada orang khianat kat Mukhriz pun, takut, tapi, aku mintak maaplah, sebab, tadi, aku kata, dia baru bukak blog dan riuh sekampung. Adios!!!


- Wallahua'lam!!!

MT UMNO Terima Penjelasan Muhyiddin


Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penjelasan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno berhubung kenyataan beliau mengenai pelan peralihan kuasa yang dikatakan agak lama.

Mesyuarat MT Umno, yang dipengerusikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menerima penjelasan Muhyiddin itu.

"Saya ambil kesempatan (dalam MT Umno hari ini) untuk memberitahu tentang kenyataan saya di Singapura dan kenyataan saya tentang parti sejak dulu.

"Saya jelaskan dan nampak tidak ada apa-apa perbahasan kerana saya jelaskan kenyataan ini adalah dengan niat baik untuk perbetulkan parti," kata Muhyiddin semasa ditemui pemberita selepas mesyuarat tersebut.

"Nampaknya Alhamdulillah... Presiden menerima dan tidak ada rakan-rakan saya yang mengkritik (penjelasan) biarpun sebelum ini ada yang kata macam-macam hal. Saya rasa syukur," katanya.

Muhyiddin, yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, menurut Bernama berkata saranan beliau sebelum ini yang meminta Abdullah untuk menyegerakan proses peralihan kuasa adalah bagi memulihkan parti untuk persiapan pilihanraya akan datang dan mempertahankan kedudukan BN.

"Walaupun saya tegur kepimpinan Presiden, bukan ada tujuan atau muslihat (tertentu) kerana semua ini adalah untuk pastikan supaya Umno khususnya BN terus dipercayai," katanya.

Mengenai proses peralihan kuasa di antara Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin berkata beliau menyerahkan kepada Abdullah dan Najib untuk menentukan bilakah ia akan dilaksanakan.

"Tidak ada tarikh khusus, cuma kita beritahu tadi perasaan dan pandangan ahli parti yang di bawah yang mahu proses peralihan dibuat secepat mungkin. Kita beri ruang pada Presiden untuk berbincang dengan Najib," katanya.

Ketika ditanya mesej beliau terhadap ahli Umno, Muhyiddin berkata: "Mereka harus teruskan macam biasa kerana tidak lama lagi bahagian akan bersidang di mana mereka ada hak untuk putuskan. Tunggulah apa yang akan diumumkan presiden atau timbalan presiden.

"Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata MT Umno hari ini bersetuju untuk mengekalkan pelan peralihan kuasa yang dipersetujui sebelum ini.

"Kita setuju dengan pelan tersebut. Sama ada mungkin peralihan kuasa akan berlaku lebih awal dari yang ditetapkan... biarlah perkara ini ditentukan oleh perdana menteri dan timbalannya," katanya.

Menteri di Jabatan di Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata MT Umno menerima baik pertukaran portfolio antara Abdullah dengan Najib yang disifatnya sebagai persediaan untuk membolehkan Najib mengalih tampuk kepimpinan kelak.

- Malaysiakini

Dr M: Pak Lah tak mampu urus kewangan


Pertukaran portfolia antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, merupakan satu pengakuan yang Abdullah tidak boleh menguruskan

Kementerian Kewangan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad."Tetapi sebenarnya tak ada apa-apa kerana selama ini pun ia diuruskan oleh (Menteri Kewangan 11), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop," katanya.

Semalam, Abdullah mengumumkan Najib mengambil alih jawatan menteri kewangan manakala beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan.

Namun begitu, kata Dr Mahathir, negara akan menghadapi saat kritikal dalam ekonominya ekoran apa yang berlaku di Amerika Syarikat, terutama kes muflis Lehman Brothers dan langkah menyelamatkan syarikat insurans AIG membabitkan AS$85 bilion.

Bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya malam tadi, beliau mengingatkan bahawa Najib akan disalahkan jika beliau tidak menguruskan ekonomi dengan baik.

Ditanya sama ada pertukaran portfolio itu akan mengurangkan sebahagian tekanan terhadap Abdullah dalam Umno, Dr Mahathir menjawab secara sinis."Saya tak rasa beliau merasa apa-apa tekanan pun," kata mantan timbalan perdana menteri itu.

Mengenai penahanan ISA, mantan Perdana Menter itu berpendapat penulis blog Raja Petra Kamarudin dan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok tidak harus ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka tidak melakukan ketegangan.

Beliau berkata adalah tidak benar sekiranya kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.

Beliau mendakwa keadaan sekarang tidak begitu tegang jika dibandingkan pada 1987 yang menyaksikan 106 ahli politik ditahan dalam Operasi Lalang.

Teresa dan Raja Petra ditahan pada 12 September lalu. Turut ditahan ialah wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, tetapi beliau dibebasan pada hari berikutnya.

Teresa ditahan untuk siasatan berhubung tuduhan melarang laungan azan di dua masjid, penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan laporan polis terhadapnya oleh beberapa pertubuhan Islam, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Manakala Raja Petra pula ditahan ekoran kenyataannya dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beliau hanya akan kembali menyertai Umno pada suatu masa yang tepat.

Kembali ke Umno

Bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya malam tadi, beliau yang juga mantan presiden Umno berkata pelbagai pihak telah berusaha meyakinkan dan memujuknya agar kembali kepada Umno.

"Saya sedang memikirkan untuk menyertai semula Umno, tetapi saya akan menentukan sendiri masa yang sesuai.

"Permohonan (untuk menyertai semula Umno) adalah satu perkara, penerimaan mereka juga harus difikirkan. Jadi saya mahu waktu yang tepat (untuk menyertai semula)," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau didatangi oleh banyak pihak yang meyakinkan beliau bahawa beliau boleh membawa kebaikan kepada Umno, parti yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional, jika menyertainya semula.

Sementara itu, beliau menerbitkan sebuah buku - 'Blogging to Unblock' yang memuatkan tulisannya dalam laman blognya CheDet.com.Dr Mahathir mula memblog selepas beliau mendakwa kenyataannya telah dipulaukan oleh media arus perdana.

- Malaysiakini

AR: Nak buat camner Tun, memang Pak Lah buat tuli aje..... nasib rakyat dah tak terbela...

Warkah Pakatan Rakyat Kepada Abdullah Badawi

Surat ini dikirim oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat kepada Abdullah Ahmad Badawi pada 15 September 2008. Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih besar.


SUMBER: Perisik Rakyat

Ingat Kembali... "Program Lawatan Sambil Belajar"

Semenjak 16 September 2008, kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia semakin tergugat dek kerana tekanan di dalam dan di luar parti UMNO/BN. Dalam menangani situasi itulah, Abdullah dengan sengaja tanpa memberikan satu kerelevenan dalam pengurusan Kementerian Pertanian menghantar segeromboloan Ahli-ahli Parlimen yang kebanyakannya daripada Sabah dan Sarawak untuk belajar Ilmu Pertanian di Taiwan yang katanya, "Program Lawatan Sambil Belajar".

Program tajaan Abdullah ini begitu jelek dan dipandang sinis di mata rakyat Malaysia malah segelintir daripada penduduk Dunia. Program yang sedemikian amatlah tidak masuk akal kerana, tiada seorang pun daripada penyelidik daripada Malaysia mahupun yang bersama-sama rombongan tersebut dikerah untuk bersama-sama ahli-ahli Parlimen tersebut bagi menjalankan satu kajian berkenaan pertanian bagi mencapai misi meninggikan taraf mutu pertanian Malaysia!!

Namun, ketakutan Abdullah itu seolah-olah hanya dihidu oleh rakyat Malaysia yang cerdik dan sering kali di sokong oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Projek yang tidak berfaedah itu sebenarnya adalah projek pembaziran wang kerajaan tatkala Dunia mengalami masalah ekonomi yang meleset dan bencana alam sedang berlaku di Malaysia.

Namun.... sering kali kelihatan Abdullah tertekan dengan situasi pemerintahannya yang sudah terang, jelas, lagi nyata di tolak oleh seluruh rakyat Malaysia....


Cukuplah Dolah, cukuplah dengan harta yang menimbun, takkan tak cukup lagi???


AWAS!!! Virus Mukhriz Melanda...


Hahahahaha.... dalam jam lewat pukul 2 pada hari ini, aku terkejut beruk dengan mesej yang menyatakan aku punya komputer dah masuk virus.... tapi, yang peliknya.... Dalam term virus tuh, ada alamat http://www.mukhriz.com/!!!

Tanpa berlengah, aku cuba hubungi TP, penulis Perisik Rakyat... tapi, tak terbalas, mungkin, TP dah lena diulit intan.....

Alih-alih... aku ternampak TP buat satu posting terbaru dengan tajuk "New Kids On The Blog", aku pun bergegaslah ke laman Perisik Rakyat..... roper2nya betullah, memang Mukhriz anak Tok Det baru buat blog...... tapi, nampak cam dah lama aje... sebab dah banyak benda dalam tuh.

Di bawah nih.... paparan gambar blog Mukhriz... (Sori TP, aku cilok ko punya gambar.. malehlah nak buka Virus nih)


Tapi... aku dah namakannya sebagai VIRUS MUKHRIZ!!! Pengacau betul...... Bertelur sebijik, riuh sekampung!!!

916 : Apakah Plan C Anwar Ibrahim???


Setelah mengumumkan tarikh 16 September 2008 sebagai satu tarikh perubahan ke arah Malaysia baru melalui pengalihan kuasa kerajaan Persekutuan daripada tangan UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat tidak berjaya, namun Pasca Tragedi 916 ini masih berterusan dengan pelbagai stratagi yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin dalam jemaah Pakatan Rakyat.

Sekiranya diimbas kembali Pasca Tragedi 916 ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memulakan 2 strategi yang pertama iaitu :-

1) PLAN A - Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Tuan Guru Haji Hadi Awang dan juga Lim Kit Siang telah menandatangani satu surat bagi tujuan berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai 3 penahanan ISA yang dilakukan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dan juga mengenai situasi politik semasa di Malaysia, namun desakan Anwar ini mentah-mentah ditolak oleh Abdullah dan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman secara umum siapakan gerangan ahli-ahli parlimen yang telah melompat daripada BN kepada Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim juga tidak menerima desakan Abdullah itu kerana ianya bertentangan dalam prinsip perjanjian bersama dengan mereka yang ingin melompat melainkan menunjukkan secara peribadi kepada Abdullah.

2) PLAN B - Pada 17 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam sidang medianya mengemukakan 4 syarat kepada Abdullah iaitu:-

   i) Kerajaan BN memberi jaminan tidak akan menghindar atau menghalang Ahli Parlimennya untuk bertindak bebas mengikut hak Perlembagaan dan kesedaran masing-masing;
  ii) Kerajaan BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat atau mana-mana 82 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sedia ada;
iii) Kerajaan BN tidak akan mengisytiharkan darurat atau menggunakan kuasa polis atau menggantung Perlembagaan atau membubarkan Parlimen sebagai maklum balas terhadap hasrat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru; dan
 iv) Kerajaan BN tidak akan melakukan sekatan jalan raya bagi menghalang Ahli Parlimen memasuki Parlimen atau institusi kerajaan lain.

Dalam PLAN B inilah, Anwar mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan sidang Parlimen tergempar bagi tujuan usu 'undi tidak percaya kepada Abdullah sebagai PM' pada sidang media yang dilakukan pada 18 September 2008, jam 2 petang. Namun, Abdullah tanpa segan silu menolak permohonan tersebut pada hujung petang di hari yang sama dan sememangnya Abdullah perlu takut dengan Sidang Parlimen tergempar ini kerana beliau akan digulingkan sama sekali dan seterusnya kerajaan UMNO/BN akan hilang kuasa secara automatik setelah usul itu menyokong perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Pakatan Rakyat menjadi Perdana Menteri.

3) PLAN C - Mungkin hari ini, 19 September 2008, Datuk Seri Anwar masih mempunyai perancangan dan strategi lanjutan kepada Pasca Tragedi 916 ini..... Sama-samalah kita nantikan dan tunggu, apa yang akan berlaku.... Namun, kerapuhan kedudukan UMNO/BN di dalam kerajaan persekutuan Malaysia semakin rapuh dan condong menyembah bumi!!!

Kesimpulannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat terus berstrategi dalam langkah untuk pengambil alihan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Abdullah Ahmad Badawi dengan strategi yang sama menolak segala desakan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dengan menggunakan kuasa 'veto'nya!!! Namun, langkah Abdullah itu ternyata tampak bijak untuk kedudukan beliau dan UMNO/BN bagi penerusan kekuasaan mereka.

Blog Stats