Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, December 16, 2008

HOTTT!!! : BPR tutup kes menantu Nik Aziz

BPR tutup kes menantu Nik Aziz

KOTA BHARU 15 Dis. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menutup siasatan berhubung dakwaan penyelewengan kuasa oleh Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan pelantikannya sebagai pegawai kanan di perbadanan itu.

Pengarah BPR negeri, Mohd. Jaafar Hussen berkata, pihaknya mendapati tiada kesalahan dilakukan oleh Ariff Fahmi Abdul Rahman yang juga menantu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dakwaan surat layang terhadapnya adalah tidak berasas.

“Seperti biasa apabila siasatan selesai pihak kita telah menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut dan jabatan itu pada bulan lalu telah mengarahkannya ditutup,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sebelum majlis penutupan Seminar Pencegahan Rasuah Melalui Kawalan Sistem yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah II BPR, Datuk Zakaria Jaafar di sini hari ini.

Mohd. Jaafar ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap Ariff Fahmi yang mula disiasat oleh BPR pada 7 Ogos lalu, setelah pihaknya menerima surat layang yang turut disebarkan kepada pihak media berhubung salah laku menantu Nik Abdul Aziz itu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 31 aduan berhubung perbuatan politik wang sepanjang perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian UMNO di negeri ini.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kertas siasatan telah dibuka oleh BPR dan siasatannya kini hampir selesai yang akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. - Pemuda Besut

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats