Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, November 13, 2008

Tuan Guru Nik Aziz Berketurunan Raja?

 "Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah diberi penghormatan untuk menghiasi cover majalah berbahasa Inggeris 'Off The Edge' untuk bulan November ini.

Beliau telah diwawancara oleh Farish A Noor untuk ruangan utama majalah ini. Yang menariknya, Farish menyoal Tuan Guru Nik Aziz didalam loghat Kedah dan Tuan Guru menjawab didalam loghat Kelantan dan artikel yang bertajuk 'God, Politics, Everything' (Tuhan, Politik, Segalanya) dimuatkan didalam dwi bahasa iaitu bahasa melayu (kedah + kelantan) dan juga bahasa inggeris. Gambar-gambar Tuan Guru yang diambil juga menarik perhatian saya.

Pelbagai persoalan ditanyakan kepada Tuan Guru termasuklah tentang pertalian darah Tuan Guru dengan kesultanan kerajaan Langkasuka 400 tahun dahulu. Ramai daripada kita yang tidak tahu bahawa Tuan Guru ini berdarah raja dan keturunannya bermual daripada Raja Surenda, Raja Bharubhasa (Sultan Mahmud di Langkasuka), Sultan Iskandar Shah (Sultan Kelantan yang pertama), Sultan Mansur Shah, Raja Abdul Rahman, Raja Abdullah, Raja Mohammad dan Raja Banjar.


Pelbagai lagi kisah dan gambar-gambar yang menarik terdapat didalam majalah ini. Cuma satu sahaja yang saya kesalkan iaitu penerbit majalah ini telah meletakkan gambar Tuan Guru Nik Aziz dibahagian hadapan manakala bahagian belakangnya pula ialah iklan arak 'Bombay Sapphire' Dry Gin. (tak sanggup saya memaparkan gambar iklan tersebut setempat dengan gambar idola kesayangan saya ini)


Walaupun saya tidak pernah membeli majalah inggeris ini sebelum ini, manakala ternampak sahaja gambar Tuan Guru Nik Aziz yang menarik dicover hadapannya, terus saya membeli, membelek dan membaca artikel tersebut.


Semoga banyak lagi penerbitan yang mengamalkan keterbukaan seperti ini dimasa hadapan.


Dapatkan majalah ini untuk menilai sendiri apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz.

- ajijoi

1 comments:

Johnny B. Rempit said...

Sayang sekali di Malaysia tidak ada majalah Bahasa Melayu yang berani memuatkan artikel-artikel sebegini.

Post a Comment

Blog Stats