Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, November 13, 2008

Percalonan UMNO : SPORT TOTO ganti Rasuah

 Syabas UMNO Temerluh. Seorang timbalan ketua umno cawangan Ir.. Che Wan Shamsinuddin bin Wan Shamsudin mengunakan tiket judi empat nombor ekor kepada semua perwakilan dan pemerhati semasa mesyuarat perwakilan umno bahagian Temerluh. Cara beliau ialah untuk menghindar politik wang bagi merebut calun ahli jawatan kuasa bahagian.

(berita penuh akhbar Sinaran edisi negeri pahang bertarikh 11.Nov.2008)

Cara yang dilakukan oleh Ir. Wan Shamsinudin memang tepat dan betul. Pehak yang dapat tiket 4 nombor ekor ada peluang dapat hadiah dari nombor satu hingga hadiah saguhati. (hadiah nombor satu RM2500.00). Beliau membeli 1000 keping tiket 4 nombor ekor.

Jadi mutalamat perjuangan umno adalah merebut jawatan untuk dapat kumpul harta dan wang. Sebab itu pemilihan tahun 2008 dan 2009 adalah kemuncak politik wang. Dalam umno tak kira dari sumber wang itu halah atau tidak. Yang pasti wang sah laku dipasaran dan bank menerima wang tersebut. Pertandingan dalam jawatan umno dalam semua peringkat mesti calon ada wang. Kalau kurang wang peluang untuk dicalon dan untuk menang sedikit sukar.

Sekali lagi diucapkan syabas seorang ahli umno mengunakan tiket judi 4 nombor ekor unutk diagihkan bagi merebut ahli jawatan kuasa bahagian. KIta saran semua ahli yang bertanding dalam merebut ahli majlis tertinggi , naib presiden dan timbalan presiden umno termasuk pemuda umno meniru cara Ir. Wan Shamsiruddin. Jika tak cukup tiket judi 4 nombor ekor boleh beli tiket judi TOTO, tiket judi 3d kuda untuk elak wang panas dipasaran sekarang dalam menjelang Macrh 2009.

Kedua umno bahagian Temerluh mencipta sejarah dan mencipta buku rekod Malaysia ahli umno yang bertanding merebut salah satu jawatan mengunakan tiket judi. Yang lucunya banyak - banyak judi beliau membeli tket judi 4 nombor ekor . mungkin ahli umno bahagian Temerluh minat pada binatang yang bernama lembu.

Jadi pembaca laman siber TKO nilai sendirilah wajah-wajahnya dan perangai orang umno selepas era Tun Razak.

-
alisyariati

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats