ARef : Sebab apa aku duk kata, bagus duk ada...... ha3..... aku terkejut, ada jugak yang calonkan Abang Azalina Othman jadi Naib Ketua Wanita..... wahai wanita2 UMNO... jangan rosakkan wanita Malaysia... kah3.
” Saya tak tahu sama dia ahli Wanita atau tidak…kena check Faridah ( katanya kepada Setiausaha Wanita UMNO Malaysia Datuk Faridah Abu Hassan yang berdiri di sebelahnya).
Dia tak Puteri ( UMNO) lagi…I don’t know…saya tak tahu…tolong check dengan ibupejabat ( UMNO)…saya tak mahu cakap siapa member ke tidak…janganlah tanya saya.”
Satu lagi, jangan lupa korang baca apa yang syahril a. kadir tulis kat [SINI].
Malaysiakini : Naib Ketua Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil tidak akan mencabar Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan ketua pergerakan itu dalam pemilihan Mac depan.
Exco Wanita Umno yang bermesyuarat hari ini juga sebulat suara memutuskan jawatan naib ketua juga tidak akan dipertandingkan.
Ini bermakna Rafidah dan Shahrizat akan menang tanpa bertanding dalam pemilihan pergerakan itu kali ini.
Mesyuarat hari ini juga setuju dengan pelan peralihan kuasa yang dijadualkan pada Jun tahun depan.
Perkara itu diumumkan Rafidah dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut hari ini.
Shahrizat yang hadir sama dalam sidang akhbar tersebut berkata, beliau akur dengan keputusan tersebut.
Menurutnya, beliau juga akan bertemu dengan exco Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim yang layak bertanding jawatan naib, tetapi tidak menghadiri mesyuarat hari ini dan mesyuarat sebelumnya.
Mesyuarat exco Wanita hari ini menjadi tumpuan selepas Shahrizat mengeluarkan kenyataan malam tadi memohon Rafidah supaya menimbang mempercepatkan tarikh peralihan kuasa antara mereka berdua.
Pencalonan bahagian
Selepas bahagian Umno selesai bermesyuarat semalam, Shahrizat mendapat 73 pencalonan untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu.
Rafidah pula mendapat 116 pencalonan bagi mempertahankan jawatannya Mac depan.
Dalam kenyataan itu juga, Shahrizat berkata Rafidah mengumumkan pelan peralihan jawatan itu Ogos lalu, sewaktu pemilihan parti dijadualkan berlangsung Disember ini.
Manakala tarikh peralihan kuasa antara Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika itu dijadualkan pada 2010.
Oleh itu, Shahrizat berkata, permohonannya itu adalah seiring sejalan dengan Umno induk, Pemuda, Puteri pada Mac 2009 sempena perhimpunan agung Umno iaitu tiga bulan lebih awal daripada bulan Jun.
Sebelum ini beberapa ketua Wanita bahagian secara terbuka menyuarakan pandangan mereka meminta Rafidah menyerahkan jawatan ketua pergerakan itu kepada Shahrizat Mac depan.
Menurut mereka, sekiranya Rafidah masih mahu menyerahkan kuasa pada Jun depan, ia bermakna Shahrizat akan menjadi pemangku ketua sehingga 2011.
Pandangan akar umbi
Bagaimanapun, menurut mereka lagi, adalah lebih baik Shahrizat menjadi ketua pergerakan tersebut bagi memudahkan usaha memulihkan Umno yang kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu.
Menurut Rafidah lagi, keputusan tersebut dibuat sebulat suara demi perpaduan dalam Umno ekoran prestasi buruk parti itu dalam pilihanraya umum Mac lalu.
Ketika diminta mengulas pencalonan besar yang diterima oleh Shahrizat untuk bertanding jawatan ketua Wanita, Rafidah menyifatkannya sebagai satu perkembangan yang baik.
"Kalau bahagian calon oran glain, saya lagi risau...Kalau Shahrizat oklah, saya (pun) nak serah (jawatan ketua) kepadanya...jika calon lain, saya lagi risau...," katanya.
Rafidah juga ditanya mengenai jawatan naib selepas Shahrizat memangku jawatan ketua Wanita Jun depan.
Katanya, perkara itu tidak timbul "kerana dalam Wanita Umno kita bergerak sebagai satu pasukan".
Menurutnya, semua orang akan bekerjasma dengan calon yang dilantikan nanti.
Rafidah juga menafikan bahawa keputusan mesyuarat exco Wanita hari ini menafikan hak bahagian yang membuat pencalonan jawatan tinggi dalam pergerakan tersebut.
"Kita dah kata tidak ada pertandingan...," tambahnya.
Shahrizat pula diminta mengulas mengenai kenyataannya semalam berkata, "Saya hanya nak kongsi pandangan..."
Bagaimanapun, katanya, beliau telah mendengar alasan yang dibincangkan hari ini dan pandangan akar umbi sebelum ini.
Sehubungan itu, Shahrizat berkata, beliau menghormati pandangan kepimpinan dan menerima keputusan tersebut.
0 comments:
Post a Comment