Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, November 10, 2008

5 Bahagian UMNO Belum Habis Mesyuarat - malaysiakini

Kesemua bahagian Umno di seluruh negara selesai mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing kecuali lima bahagian (Mesyuarat perwakilan di lima bahagian tersebut ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal) :-

1) Tenom

- Bahagian Tenom di Sabah akan mengadakan mesyuarat perwakilannya pada 15 November ini.

- Mesyuaratnya yang dijadualkan semalam ditunda ke minggu depan selepas untuk membolehkan pihak bahagian menyelesai isu membabitkan beberapa cawangan yang didakwa tidak sah.

2) Seremban

- Manakala mesyuarat bahagian Seremban semalam dibatalkan selepas perwakilan bergaduh dengan membaling kerusi.

- Kejadian itu berlaku di tempat mesyuarat itu diadakan di Kelab Golf Taman Tuanku Jaafar di Seremban.

- Ekoran itu, ketua bahagian berkenaan, Datuk Ishak Ismail mengambil keputusan untuk membatalkan mesyuarat tersebut.

3) Larut

- Mesyuarat bahagian Larut pula yang dijadual semalam ditangguhkan sementara menunggu keputusan MT berhubung tindakan bahagian tersebut menolak pencalonan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainudin untuk bertanding jawatan ketua bahagian itu.

- Hamzah adalah ahli Parlimen Larut dan bekas Ketua Umno bahagian Ipoh Barat.

- Ketua Umno Bahagian Larut Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dilaporkan berkata keputusan itu diambil kerana Hamzah baru menjadi ahli di bahagian itu April lalu, edangkan pekeliling Umno mengesahkan hanya ahli yang membayar yuran dan berdaftar sebelum 31 Disember 2007 digunakan untuk mesyuarat kali ini.

- Bahagian tersebut telah maklumkan keputusan ini kepada badan perhubungan Umno Perak dan MT selain mengemukakan permohonan penangguhan mesyuarat ekoran beberapa masalah teknikal.

- Raja Ahmad menerima 28 pencalonan untuk mempertahankan jawatannya manakala timbalannya Datuk Mohamad Daud Yussof dan Hamzah masing-masing menerima 33 dan 22 pencalonan untuk merebut jawatan itu.

- Bahagian berkenaan mempunyai 97 cawangan tetapi pencalonan daripada 14 cawangan telah ditolak kerana mengadakan mesyuarat tanpa pengetahuan bahagian.

4) Tanah Merah

- Mesyuarat Tanah Merah yang dijadual diadakan Sabtu lalu, ditangguhkan atas arahan ibu pejabat Umno.

- Ia ekoran masalah teknikal selepas ada pihak yang mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 32 perwakilan menyertai mesyuarat perwakilan kerana didakwa tidak menjelaskan yuran tahunan sebelum 31 Disember lalu.

- Perintah mahkamah itu dipohon oleh ahli jawatankuasanya, Abdul Rahman Ibrahim bagi menghalang mereka, termasuk bekas Ketua Pemuda, Ikmal Hisham Abdul Aziz bermesyuarat.

- Ikmal Hisham sepatutnya diumumkan sebagai ketua bahagian yang baru setelah menang tanpa bertanding.

- Selain Ikmal, antara ahli Umno bahagian Tanah Merah yang terlibat dengan perintah itu ialah ahli jawatankuasa bahagian, Ali Akbar Mayim, Bakri@Mohd Bakri Mustafa, Yahya Mustapha dan Rasdi Mohamad.

- Arahan supaya menangguhkan mesyuarat tersebut disampaikan oleh peguam parti dari ibu pejabat Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun.

5) Pengkalan Chepa

- Umno Bahagian Pengkalan Chepa mempunyai 107 cawangan dan dijangkakan mesyuarat cawangan akan selesai dalam tempoh tiga hari yang akan diurus oleh Badan Perhubungan Umno Kelantan dan dipantau wakil dari Ibu pejabat Umno.

- Mesyuarat perwakilan Pengkalan Chepa pula diarahkan oleh ibu pejabat Umno supaya mengadakan semula mesyuarat peringkat cawangan berikutan adanya bantahan.

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats