PahangDaily: Kalau Allahyarham Tan Sri P Ramle dianggap lagenda dalam dunia perfileman Melayu kerana jasa dan karya-karya agungnya, Pak Tam rasanya Tun Mahathir juga boleh dianggap ‘P Ramlee’ dalam dunia politik Melayu.
Pak Tam mengatakan begitu bukan sahaja kerana jasa keduanya dalam dua dunia yang berbeza tetapi juga kerana sanjungan orang Melayu kepada keduanya yang dianggap berlebihan dan melampau.
Jasa keduanya Pak Tam tidak pertikai. Samada allahyarham P Ramle mahupun Tun Dr Mahathir,keduanya adalah pujaan dan sanjungan orang Melayu. Samada jenerasi muda ataupun tua, keduanya adalah lagenda.
Kerana sanjungan dan pujaan yang berlebihan, kita terlupa keduanya juga ada salah dan silap sepanjang karier dan sumbangan yang dibuat. Tetapi Pak Tam tidak berminat untuk mempersoalnya kerana mungkin kerana jasa yang banyak dan besar maknanya, sedikit kesilapan dan kekurangan tidak menjadi persoalan bagi orang Melayu.
Cumanya, kita tidak boleh menjadikan keduanya dalam dua dunia yang berbeza sebagai ‘perbandingan’ dan ‘titik tolak’ untuk melihat yang selepas daripada mereka.
Dalam dunia perfileman Melayu P Ramle dianggap lagenda. Karyanya dikaji dan diberi perbandingan. Cukup hebat dan tidak ada tolok bandingnya. Bukan semasa zamannya malah hingga kini. Bila berbicara tentang jatuh bangun filem Melayu, filem P Ramle sering diperbandingkan. Hinggakan karya Datuk Yusof Haslam, Mahadi J Murat dan sesiapa sahaja selepas itu hingga kini dianggap tidak mencapai piawan mutu dan kehebatan filem Melayu.
P Ramle mungkin berjaya dan hebat ketika zamannya, tetapi mungkin tidak sekarang. Disebabkan hampir semua steysen tv menayang semula cerita-cerita P Ramlee saban minggu ianya dianggap bandingan terbaik. Hinggakan menenggelam terus tokoh-tokoh sezaman dengannya.
Begitu juga rasanya dengan Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri kita. Jasanya selama 22 tahun cukup besar dan tetap disanjung dan dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia. Tetapi tidak bermakna kerana jasa dan lagendanya beliau, sesiapa sahaja menjadi Perdana Menteri selepas beliau perlu dibanding dan diukur dengan kehebatan beliau.
Bezanya P Ramle sudah tiada lagi sedangkan Tun Dr Mahathir masih sihat dan masih menjadi ikon politik Melayu. Suara Tun masih diterima pakai orang, ‘filem’ Tun masih di ‘tayang’ saban hari oleh ‘tv’ politik Melayu. Orang yang dulu menjadi musuh kini dah berkawan baik semula dengan Tun. Tun terus menjadi juru cakap politik Melayu malah Tun ada ‘pewaris’ yang sedang di bina untuk terus menakah dalam dunia politik Umno.
Pak Tam rasa tidak adil bagi Pak Lah jika segala apa yang dilakukannya mahu dibandingkan dengan Tun. Kenapa Pak Lah perlu menjadikan kepimpinan Tun sebagai titik tolak atau lebih tepat kena ‘merujuk’ dengan Tun terlebih dahulu.
Tun sepatutnya tidak banyak campurtangan dalam politik Melayu. Jasa dan budi beliau tetap dikenang orang. Hari ini adalah zaman Pak Lah. Beri kebebasan dan ruang yang selesa untuk Pak Lah mengurus dan mentadbir parti dan negara. Kalau Pak Lah dikatakan punca kemerosotan Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu, apakah Tun tidak ‘mempunyai saham’ dalam memastikan merosotnya sokongan terhadap BN.
Pak Tam : Adalah molek kalau Tun tidak terus mempersoalkan pentadbiran Pak Lah kerana bukankah Pak Lah adalah pilihan Tun dan bukanya pilihan ahli Umno ketika itu.
ARef : Aku laks rasanya, Tok Det nih memang boleh disamakan juga, tapi dari segi sandiwaranya dalam politik demi politik dan kekayaan anak beranaknya.... Lihatlah!! Kerana, Anwar tidak mahu menggadaikan wang negara daripada akaun petronas, Tok Det dengan rakus menghina Anwar dengan memfitnah tuduhan liwat dan menghumban Anwar ke dalam penjara dengan sistem Mahkamah yang menipu!!! korek.. korek... korek!!!! takkan dah lupa kut....
1 comments:
Tun Dr Mahathir masih lagi di anggap sebagai Hero Melayu...
Post a Comment