Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Sunday, October 12, 2008

Datuk Shah Rukh Khan : Sebab Dapat datuk

MELAKA - Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan (gambar) adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Beliau berkata, Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk One Two Ka Four di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

"Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort di Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas istiadat penyampaian anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini semalam.

Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.

Mohd. Ali berkata, penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

- KOSMO!


AR: Datuk SRK, memang hebatlah penangan Ali Rustam kat ko.... dah lama kut dia minat kat ko Datuk SRK!!! Apa kata lepas nih, diberi pulak Datuk kepada Jackie Chan, setahu AR lah, Jackie Chan pun pernah mempopularkan Twin Towers Malaysia dulu!!!!! Ali Rustam yang gila!!!!! AR nak dengaq sangat komen daripada artis2 Malaysia yang mempopularkan bangunan2 Malaysia nih!!!! Lepas tuh, nak dengaq plaks komen Ali Rustam.... Kalu boleh, dibuat DEBAT PERDANA ANTARA ALI RUSTAM DAN ROSYAM NOOR!!!!

2 comments:

Anonymous said...

klu artis malaysia,tunggu mati dulu baru dapat pingat.................

Anak Reformasi said...

ya tak ya kan????


Teringat AR pada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang lebih berpihak kepada Pembangkang, dikurniakan pingat selepas meninggal dunia....

Tapi, Senator UMNO.... Dato' Jins Shamsuddin dah dapat dah sebelum meninggal.

Alamaknya, kalau MAWI daftarkan diri masuk UMNO hari ini, esok, konpem akan jadi DATUK MAWI... kahkahkah.

Post a Comment

Blog Stats