Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, October 16, 2008

2 pelajar cemerlang UPM dibuang kolej


Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) dibuang daripada kolej kediaman kira-kira seminggu sebelum peperiksaan akhir semester bermula.

Pelajar wanita, kedua-duanya mencapai keputusan CGPA 3.5 mata, diarahkan meninggalkan Kolej Tun Perak mulai semalam, sehari selepas notis rasmi dikeluarkan.

UPM menyatakan, kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej".

Mereka berdua, seorang daripadanya exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM, diarahkan mengosongkan bilik kediaman mereka di Blok Lekir mulai 10 pagi.

"Jika saudari mengingkari arahan ini, saudari boleh boleh dikenakan tindakan tatatertib dan pihak kolej berhak menyita barang-barang di dalam bilik tersebut," surat pengetua kolej berkenaan profesor madya Dr Jasni Sabri bertarikh 14 Oktober dipetik.

Malaysiakini belum berjaya mendapatkan reaksi pihak kolej dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu.

Difahamkan, kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.

- Malaysiakini

AR: Aku dah target dah.... mesti ada kena mengena dengan Persatuan Mahasiswa Islam!!!! Inilah Islam Hadhari........... Lu pikirlah sendiri...... cammana nak perjuangkan Islam dan Melayu?????

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats