Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa tiga lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.
Beliau dilaporkan berkata perbincangan dengan ketiga-tiga Adun terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat.
“Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di sini semalam.
Menurut agensi berita , Nizar ketika ditanya mengenai identiti Adun berkenaan, beliau berkata ketiga-tiga Adun berkenaan ialah dari Umno. “Kami mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat dan kami terbuka untuk menerima mereka,” katanya. Image
Semalam, Adun kawasan Bota Datuk Nasaruddin Hashim dari BN mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KeaDILan) pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.
Dengan ini, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.
Sumber: Harakahdaily
0 comments:
Post a Comment