ANAK REFORMASI
Aku anak Reformasi
Menentang segala korupsi
Menyanggah kolusi
Sehingga aku mati
Bila ahli korporat
Menjadi anjing keparat
Maka, di situlah aku
Membuang segala yang karat
Aku anak Reformasi
Menjunjung keadilan
Menjulang ketelusan
Tapi apa rupa padah
Bila pejuang berpaling tadah
Bila semuanya adil
Tetapi, ada yang lebih adil
Kemana kan ku bawa diri
Bila kroni silih berganti
Sedang nasib rakyat tidak berubah
Apabila diktator menukar jubah
Tentunya ku teruskan
Membuka jalan untuk keadilan
Untuk perjuangan yang takkan basi
Kerana aku Anak Reformasi
Nukilan: Anak
Sokong Tindakan Penguatkuasaan Undang-Undang, Pemilik Tanah
Bertanggungjawab Untuk Patuhi Kewajipan Bayar Cukai Tanah
-
*KUANTAN*: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang menyokong
tindakan penguatkuasaan undang-undang berhubung tunggakan cukai tanah lebih
RM70 juta...
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment