Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Wednesday, September 10, 2008

Adik Sharlinie dan Bala.... Di Manakah Mereka???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, AR berasa cukup sedih mengenangkan nasib adik Sharlinie yang hilang pada 9 Januari 2008 di Taman Medan, PJ yang sudah 8 bulan tidak ditemui sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia...... Namun, AR merasa agak kesal dengan kecekapan PDRM yang belum menemui bayangan Sharlinie ini.... namun, AR tidak menyalahkan 100% kepada pihak PDRM, namun usaha mencari adik Sharlinie seolah-oleh lemau dek kerana kekacauan politik yang dihadapai oleh United Malay National Organization......
Namun, di bulan Ramadhan ini, AR berdoa agar diberi kecekalan hidup kepada keluarga adik Sharlinie ini dalam menghadapi suasana Hari Raya dan Ramadhan tanpa kelibat adik Sharlinie ini....




Namun begitu, apa yang AR lagi kesalkan, nasib seorang Penyiasat Persendirian iaitu P. Balasubramaniam yang terpaksa menghilangkan diri kerana kebimbangan yang dihadapi beliau berkenaan keselamatan peribadi dan keluarga beliau...... Adakah Malaysia ini tidak aman sekiranya menyentuh kesalahan atau jenayah PEMIMPIN UMNO???


AR pun ada jugak terpikir tentang nasib Ezam Kotak yang dulunya terpaksa meringkuk dalam penjara kerana melaporkan rasuah yang dilakukan oleh PEMIMPIN UMNO.... namun, berkenaan Ezam Kotak itu, AR tak rasa kesal dan kesian sedikitpun, kerana Ezam Kotak ini sendiri bangga apabila beliau di sumbat ke dalam pintu besi.... Hal ini dapat disaksikan di ceramah-ceramah SUMPAH KERAMAT Ezam Kotak ini dan dalam Rancangan HujahTV9 baru-baru ini pun, Ezam Kotak ini telah sekali lagi bangga dengan pencapaian beliau meringkuk di dalam penjara....... Alahai...... Sesumpah... itulah nasibnya, main-main dengan Sumpah nama Allah, nasibnya, beliau tidak sedar, kebanggan beliau itu ditertawakan orang ramai......


AR: Jangan main-main dengan sumpah, plakss tuh sumpah dengan nama ALLAH...... ALLAH itu Maha Berkuasa, Allah itu Maha Adil, Allah itu Maha Pemurah, Allah itu Maha Penyayang...... Harap, di bulan Raadhan yang mulia nih, AR berharap sangat kepada pemimpin-pemimpin Malaysia yang dah banyak buat salah-silap terutamanya Dolah minta maaf dengan rakyat!!!!


- Anak Reformasi.

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats