Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, October 23, 2008

Anak Najib Ceburi Politik

Nizar Najib nak kenali UMNO dari bawah


TIDAK ramai antara perwakilan mesyuarat UMNO Bahagian Titiwangsa yang bersidang di sebuah hotel di Ampang, Ahad sedar kehadiran pemuda ini yang duduk di barisan depan pentas bersama beberapa perwakilan Pemuda UMNO bahagian itu.


Kalau yang mengetahuinya barangkali rakan- rakan beliau serta pimpinan tertinggi bahagian UMNO yang diketuai bekas Menteri Kesihatan itu, Datuk Seri Sulaiman Mohamad.


Jika beliau memperkenalkan dirinya sebagai Mohd Nizar, mungkin perwakilan tidak ambil kisah kerana ada 488 perwakilan hadir di mesyuarat berkenaan.


Bagaimanapun, itu yang dikehendaki pemuda berusia 30 tahun itu yang kini adalah Ketua Pemuda UMNO cawangan Jalan Daud, Zon Kampung Baru dalam Bahagian Titiwangsa.


Mohd Nizar bakal bapa kepada dua anak tidak lama lagi, tidak mahu orang ramai atau perwakilan mendekatinya kerana beliau anak Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beliau tidak mahu diberikan layanan istimewa semata-mata ayahandanya Timbalan Perdana Menteri dan bakal menerajui negara selepas pelan peralihan kuasa Mac depan.


Perunding Pengurusan ini ingin mengenali UMNO daripada peringkat bawahan bukannya terus ke puncak menggunakan kelebihan kedudukan Najib yang dipanggil ayahanda.


“Saya tahu, ini (anak Najib) memang unik tetapi bukan advantage…saya kena guna dengan betul elak, makan diri,” katanya.


Mohd Nizar berkata, ayahandanya tidak menghalang beliau terjun ke dunia politik selepas mereka dan keluarga berbincang.


“Ayahanda harap saya berfikir sendiri dan tak paksa,” katanya.


Menurutnya, antara lima beradik, hanya beliau terbabit politik sejak setahun lalu.


Beliau sekaligus menyambung kesinambungan politik Najib dan bakal jadi ikon terbaru politk generasi bekas Perdana Menteri ke dua, Tun Abdul Razak Hussin.


Ditanya kenapa memilih UMNO, Mohd Nizar berkata, parti itu memberi banyak sumbangan kepada rakyat khususnya orang Melayu di negara ini.


“UMNO perlu harus hidup demi masa depan orang Melayu. UMNO perlu terus kekal demi politik dan ekonomi orang Melayu,” ujarnya penuh semangat kepada Pengarang Berita Agendadaily, ROSLAN BIAN yang duduk menemaninya

makan tengahari ketika persidangan ditangguhkan.


Katanya, golongan muda termasuk beliau perlu mengenang jasa UMNO dan berjuang memastikan kesinambungan parti itu.

Beliau melahirkan kecewa kerana golongan muda tidak mahu mengenali dan mendekati UMNO sebaliknya seolah-olah menentang parti yang memberikan pelbagai manfaat selama ini.


Mohd Nizar jelas merujuk ucapan perasmian Sulaiman pada sebelah pagi yang berkata, ketika ahli dan permimpin UMNO berjuang memastikan parti itu terus hidup, anak-anak mereka pula dalam keadaan membenci parti.


“Kita menikmati kemudahan pendidikan kerana perjuangan parti ini. Golongan muda harus kenang semua ini,” ujarnya.


Ditanya, rasionalnya memilih UMNO Cawangan Jalan Daud, Kampung Bharu, Mohd Nizar berkata, beliau ingin bersama-sama pemimpin di situ mencari idea terbaik memajukan kawasan berkenaan tanpa meminggirkan penduduk asal di situ.


Lagipun katanya, beliau bekerja di Kuala Lumpur dan menetap di Jalan Maktab tidak jauh dari cawangannya.

Berbual hampir setengah jam terutama ketika membicarakan soal bangsa Melayu yang kini semakin tertekan, Mohd Nazir seperti ayahandanya, penuh visi dan beliau amat berharap turut dapat memberi sumbangan besar kepada orang Melayu dan negara.


Barangkali pepatah, kemana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi.


“Biarlah saya bermula dari sini (cawangan UMNO). Saya ingin lalui proses dari bawah..doakan saya,” ujarnya sebelum meminta diri untuk solat Zohor.


Mohd Nizar mendirikan rumahtangga dengan Nur Sharmila Shaheen, 29, dan memperolehi cahayamata pertama menjelang Ramadhan 2006 dan bakal menerima kehadiran penyeri hidup kedua, awal tahun depan.


Anak pertamanya Mohd Nabil, mengekalkan tradisi huruf “N” dalam keluarga Najib.

Mohd Nizar dan Sharmila berkahwin pada Jun 2004.


Mohd Nabil juga merupakan cicit lelaki pertama Allahyarham Tun Abdul Razak.


http://agendadaily.com


- Pink Turtle


ARef : Bukan hari nih aku baru tau.... dah lama dah..... UMNO nih politik anak beranak aje........ hak jadi ahli tu, semua kuli batak!!!! nak2 keturunan najib dan hishamuddin nih!!!

ISU NAJIB ~ Kasino Genting : Kisah Di Belakang Tabir


Setelah diperkenalkan oleh Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar ( datuk kepada Najib Razak, Hishamudin Hussien Onn), saya dapat menemui Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman untuk menerangkan kepadanya konsep saya untuk membangunkan Gunung Ulu Kali kepada sebuah pusat percutian. Ia adalah satu pertemuan yang mesra.


Setelah mendengar cadangan saya itu, Tunku menyatakan kepada saya sememangnya menjadi hasrat Kerajaan untuk membangunkan Gunung Ulu Kali, namun projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana faktor masa dan kewangan, sementelah lagi kerana keadaan politik waktu itu yang tidak mengizinkan.


Tunku menyatakan kepada saya bahawa sebelum sebarang pembangunan dapat dilakukan, satu jalanraya perlu dibina dari kaki gunung sehingga ke puncaknya. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya, jalanraya itu dianggarkan memakan masa 15 tahun untuk disiapkan. Tunku juga menyatakan tentang kesempitan kewangan kerana negara sedang mengalamai konfrontasi dengan Indonesia. Jika Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan Gunung Ulu Kali, ia akan menerima kritikan dari Pembagkang, dan ini akan menjadikan ia satu isu politik. Untuk mengelak kejadian ini, Kerajaan merasakan adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakan projek berkenaan.

Pada pendapat Tunku, tawaran saya tiba tepat pada waktunya. Beliau meminta saya untuk menyediakan satu kertas cadangan supaya beliau dapat mengkajinya. Dalamasa seminggu saja saya dapat menyiapkan kertas cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada Tunku. Beliau nampaknya gembira setelah membacanya dan memberi saya lampu hijau untuk meneruskan projek berkenaan.

Pada April 27, 1965, saya dan Tan Sri Haji Mohd Noah (foto) membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Berhad. Diantara tahun 1965 dan 1970, kami membuat permohonan kpada Kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas.


STATUS PEGANGAN BEBAS

Dengan sokongan Tunku, Kerajaan Pahang dengan serta merta meluluskan permohonan kami. Tetapi kami menghadapi sedikit masalah dengan Kerajaan Selangor.

Datuk Harun Idris, yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor, hanya bersedia untuk memberikan tanah berkenaan dengan pajakan selama 99-tahun. Ini mengecewakan perancangan kami. Saya kemudian merancang untuk merayu kepada Datuk Harun secara persendirian dan menerangkan kepadanya masalah saya.

Di pertemuan itu, saya menyatakan Genting Sempah merupakan kawasan pendalaman dan memerlukan 30 hingga 40 tahun dan pelaburan yang besar untuk membina jalanraya, hotel, kuaters pekerja dan menyediakan prasarana air, eletrik dan lain-lain kemudahan di situ. Jika Kerajaan Selangor hanya memberikan pajakan 99 tahun, kami terpaksa menyerahkan kepada Kerajaan sebaik sahaja pembangunannya selesai..

Saya menekankan jika Selangor tidak mengindahkan permohonan kami untuk pegangan bebas, saya tidak ada pilihan lain selain dari hanya membangunkan tanah yang terletak di negeri Pahang di sempadannya, yang akan menyebabkan Pahang akan mempunyai satu lagi pusat peranginan. Saya jelaskan kepadanya bahawa sudah terdapat banyak pusat percutian di Pahang seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill dan panta-pantai yang menghadapi Laut Cina Selatan.

Selangor, sebaliknya, akan hanya bebangga dengan pantai Morib yang berlumpur. Sebaik sahaja Genting Highland ditambah di dalam senarai pusat percutian negeri Pahang, Selangor akan jauh ketinggalan di bidang tarikan pelancong

Datuk Harun akhinya bersetuju dan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan status pegangan bebas terhadap tanah yang kami pohon.

Mac 31, 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands. Pada hari yang cerah dengan sinaran mentari, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel (sekarang bernama Theme Park Hotel).

Pada hari bersejarah itu juga, Bapa Malaysia membawa satu berita gembira yang mengejutkan. Di dalam ucapannya, Tunku menyatakan berbangga dengan usaha saya membangunkan sebuat pusat peranginan tanpa bantuan Kerajaan, dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan negara. Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pendalaman ini, beliau menyatakan Kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti kasino. Sejurus selepas pengumuman Tunku berkenan saya bercadang mengubah Highland Hotel dari 38 bilik kepada 200 bilik.

Sementara itu, saya menyatakan pada diri saya oleh kerana Tunku telah mengistiharkan Kerajaan telah bersedia untuk memberikan kepada saya lesen kasino, saya perlu melawat Macau dan Korea Selatan untuk mengkaji perjalanan kasino di sana. Kami akan membelek buku-buku dan belajar dari mereka. Saya juga ingin meneroka kemungkinan peluang mempelawa taukeh-taukeh kasino untuk berusaha-sama dengan kasino Genting.

Saya bersama seorang pembantu tiba di Hong Kong pada April 20, 1969 dalam perjalanan ke Macau untuk betemu Stanley Ho yang memiliki kasino tunggal di Macau. Saya menyampaikan hasrat lawatan saya kepadanya. Beliau menyambutnya dengan sekadar senman tanpa komitmen apa-apa. Saya mengerti maksud beliau. Kerana saya belum memperolehi lesen kasino, bagaimana kita hendak bebicara tentang kerjasama? Justeru itu, saya bercadang sebaik saja sekembalinya saya ke Malaysia, saya akan memohon lesen kasino.

Pada April 28, 1969, di hari saya kembali ke Kuala Lumpur, saya menyerahkan permohonan saya untuk mendapatkan lesen kasino dari Kerajaan melalui seorang pembantu peribadi Tunku. Nasib saya amat baik, mesyuarat Kabinet berlansung pada sebelah petang dan permohonan saya telah dibawa untuk perbincangan. Di mesyuarat berkenaan, Kabinet telah meluluskan permohonan saya, hanya enam jam selepas permohonan itu diserahkan. Saya diberitahu untuk mengambil surat kelulusan tersebut. Oleh itu Genting Highlands menjadi pemegang lesen kasno yang pertama dan yang tunggal di negara ini.

Sebaik saja kelulusan itu diperolehi saya telegraf berita baik itu dan menghantar dokumen berkaitan kepada Stanley Ho. Dua minggu berikutnya saya terbang ke Hong Kong sekali lagi untuk menemui beliau untuk melihat kemungkinan usaha-sama menjalankan kasino. Stanley Ho menyatakan kekagumannya melihat saya mendapat kelulusan Kerajaan untuk lesen kasino dalam waktu yang singkat. Beliau menyatakan saya adalah manusia terpantas di dalam dunia ini mendapatkan lesen kasino. Namun disebabkan beberapa masalah kami gagal mencapai kata sepakat untuk usaha-sama.

Selepas itu, saya berurusan dengan Mr Chong Tat Wong, tauke kasino tunggal di Seoul. Kami menandatangaini perjanjian usahasama untuk tiga tahun pada 1971, mengiznkannya membantu menguruskan kasino Genting. Setelah sembilan bulan bekrjasama kami bagaimanapun bersetuju untuk menamatkan perjanjian berkenaan. Dari sejak itu Gentng menjalankan sepenuhnya operasi kasinonya dan melalui cuba-jaya kami berupaya untuk mendapatkan kemahiran menguruskan sebuah kasino.

Diterjemahkan dari petikan buku My Dream yang dihantar oleh tikambatu.

- Kelab GreenBoc

Melawat Tuan Guru Nik Aziz

Akhirnya impian untuk mencilok melawat Tuan Guru Nik Aziz yang berada di Hospital Sains Kubang Kerian menjadi kenyataan.

Selepas solat maghrib, rombongan menziarahi Tuan Guru yang di dalam keadaan ceria dan sihat walafiat. Alhamdullillah !!! Tuan Guru beransur pulih. Perjuangan di teruskan.

Beberapa pesanan dan cerita di perolehi sepanjang temubual dengan Tuan Guru dan beliau akan keluar hospital di dalam masa terdekat. Butir perbualan .... ahhhh rahsia.

YB Fairuz [Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang] dan En Shamsul Iskandar [Ketua AMK Malaysia] turut berada di sana ketika itu.

Aku tak banyak mencelah ... tengok sambil senyum senyum sendiri. Ahhhhh ..... berjaya !!!
Hati senang ... dada di di duuuuduuu .....

Berikut adalah sedikit imej yang di perolehi ketika di sana.






Letih ... . Kerja banyak. Blackberry dah pulangkan. Tak der la member nak kutuk kutuk lagi. Dan aku pun tak boleh nak eksyen eksyen lagi.

Bantai tidur. Apa khabar kawan kawan ...? Emmmmm ...budu dah beli, tapi dah habis. Semua dah habis kitorang belasah kat sana.

Salam.....

- n02umno


ARef: Semoga Tok Guru Nik Aziz cepat sembuh.....

Presiden Parti Sosialis Malaysia cadang salur zakat kepada bukan Islam


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim (gambar) hari ini mencadangkan kerajaan negeri supaya menyalurkan sebahagian peruntukan zakat kepada bukan Islam di Selangor.

Mohd. Nasir yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengemukakan cadangan tersebut ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung hari ini.

Beliau berkata, cadangan tersebut sebagai salah satu pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang untuk menangani masalah kemiskinan di kalangan bukan Islam.

Bagaimanapun, cadangan itu tidak sempat dibantah oleh beberapa ADUN Barisan Nasional (BN) yang cuba bangkit ketika persidangan itu berlangsung kerana Timbalan Speaker, Haniza Mohamed Talha bertindak memberikan laluan kepada soalan berikutnya.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang akhbarnya berkata, cadangan itu tidak mungkin dilaksanakan pada masa ini memandangkan dana kutipan zakat diperoleh daripada penyumbang yang beragama Islam.

Katanya, pemberian dana zakat kepada mereka yang beragama Islam yang layak merupakan amanah serta kewajipan daripada penyumbang yang perlu dipatuhi oleh pengurus dana zakat seperti mana diwajibkan mengikut hukum Islam.

Malah jelas beliau, kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa-apa kerana akaun dana zakat adalah berasingan daripada akaun dana kerajaan negeri yang diuruskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Perkara ini tidak boleh dilakukan buat masa ini kerana ia melibatkan kepercayaan pemberi zakat yang keutamaannya untuk orang Islam.

“Bagaimanapun, jika terdapat orang bukan Islam yang miskin, kerajaan negeri mengambil usaha untuk membantu mereka termasuklah menggunakan peruntukan dana kerajaan negeri,” katanya.

- Warong Kopi


Blog ADUN Kota Damansara boleh dilayari di [SINI], tapi takderlah berita zakat nih..... tapi, bolehlah nak ngantor komen kat Y.B.nih....


ARef: Segan jugak terdengar dan menyiarkan berita nih, tapi, perlu jugaklah kita tentang benda tak betul..... wang zakat tuh untuk orang Islam, takyahlah sentuh2..... Harap Y.B. Naser jenguk dan belek balik buku2 agama, takut2 terlupa!!! ARef tidak setuju 100% dengan saranan Y.B. Naser berkenaan wang zakat diberi kepada non-Muslim!!! muktamad.... Alhamdulillah, M.B Selangor, Y.B. Khalid Ibrahim dah jelaskan dan memang beliau tak setuju... Alhamdulillah!!!

Hottt : Blogger di'ancam' dicederakan !! kerana mendedahkan agenda UMNO!!


Salam, berita terbaru diterima,

Blogger/ Webmaster al-banjari online di'ancam' dicederakan !! kerana menyiarkan beberapa artikel berkaitan majlis mesyuarat bahagian UMNO00000.

Ugutan itu menyebabkan rakan blogegr kami ini terpaksa "peram" artikel (artikel) yang berkaitan PARTI KEBANGSATAN ME-LAYUUUUUUUU NONSESE ITU.

LIHAT BETAPA GANASYNYA MEREKA!!!!
UMNO MEMANG 1 PARTI YANG DIANGGOTAI OLEH KAKI PUKUL, MAFIA, PAKAR BOM,HEHEHEHE.DARI ATAS KE BAWAH..SEMUANYA GANGSTER!!!!
ADAKAH RAKYAT SELAMAT DENGAN POLITIK ALA MAFIA INI?

Ini web /link saudara al-abanjari , di [SINI]

- Kelate Kito

ARef: UMNO nih tak habis2 nak buat ugutan..... gentle ajerlah.... kalau berita tak betoi, tegur leklok!!!! Apa lagi nak komen ya??? cuma nak gelak ajelah... haharrrrrrrr!!!! geramnya aku!!!

UPM: Farhana, Shafiqa boleh tinggal semula di kolej

Malaysiakini : Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dibuang kolej atas alasan "tinggal secara tidak sah" kini boleh kembali ke kolej itu setelah isu itu dihebohkan ke luar kampus.

Naib canselornya Profesor Datuk Nik Mustapha Raja Abdullah membenarkan mereka terus tinggal di Kolej Tun Perak sehingga tamat minggu peperiksaan akhir "atas dasar prihatin".

"Pelajar juga boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman lain tertakluk kepada kekosongan penginapan dan peraturan kolej berkenaan," jelas ketua Bahagian Komunikasi Korporat UPM Abdullah Arshad.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini petang ini [kenyataan lengkap di bawah], Abdullah berkata bagaimanapun kedua-duanya masih dianggap bersalah kerana melanggar peraturan kolej kediaman.

Difahamkan keputusan terbaru itu - selepas seminggu pelajar-pelajar wanita itu menumpang di rumah rakan mereka di luar kampus - dicapai oleh UPM pagi ini.

farhana pelajar upm 221008Bagaimanapun, pada semester depan, Nor Farhana Farzieana Azmi (foto kiri) dan rakan senasibnya Nur Shafiqa Mohd Ali dikehendaki membuat permohonan semula untuk menginap di asrama.

Dihubungi selepas keputusan rasmi itu, Nur Shafiqa berkata mereka belum membuat keputusan untuk kembali ke kolej.

"Barang-barang pun sudah dipindahkan, mungkin balik sekejap-sekejap," katanya.

Beliau masih tidak berpuashati dengan keputusan itu dengan alasan ia dibuat "seolah-olah hendak menutup kes ini."

"Surat (rasmi kebenaran tinggal semula) pun belum dikeluarkan, dan sebab pun tidak diberitahu," katanya, sambil menambah UPM telah memaklumkan keputusan itu kira-kira jam 4 petang tadi.

Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa (foto kanan), yang diarah keluar 15 Oktober lepas, mendedahkan nasib mereka di bangunan Parlimen hari ini dengan ditemani wakil rakyat PKR Zuraida Kamaruddin.

shafiqa pelajar upm 221008Di sidang media tengah hari tadi, mereka mendakwa banyak lagi mahasiswa yang mengalami nasib seumpama mereka tetapi tidak berani menyuarakannya.

Manakala Persatuan Mahasiswa Islam UPM mendakwa, dengan penyingkiran dua mahasiswi ini, seolah-olah wujud usaha sistematik sejak tiga tahun lepas tidak membenarkan pemimpin dan ahli persatuan itu tinggal di asrama

Dua pelajar itu mencapai keputusan CGPA lebih 3.5 mata turut bergiat aktif dalam kegiatan berpersatuan tetapi tetap didakwa "tidak cukup merit" untuk layak mendapat kemudahan asrama.

Mereka yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang universiti itu, kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

Dalam surat arahannya 14 Oktober lepas, UPM menyatakan kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej".

Kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.

Pada asalnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai penghuni kolej itu semasa pendaftaran semester ini, awal Julai lalu, walaupun dimaklumkan mendapat tempat seminggu sebelumnya.

Hasil perbincangan dengan pentadbiran kolej, Malaysiakini difahamkan, mereka akhirnya dibenarkan tinggal.

Namun, Jumaat dua minggu lepas, selepas menginap lebih tiga bulan di asrama berkenaan, pintu bilik mereka telah dikunci oleh pengurusan kolej tanpa sebarang notis rasmi.

Borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) turut diselitkan bagi menyatakan mereka harus mencari kediaman di luar UPM.

Mereka bagaimanapun tidak mengisi borang itu kerana tidak berminat berbuat demikian.

Kedua-dua pelajar perempuan itu sekarang menumpang di rumah seorang rakan di Seri Serdang, taman perumahan bersebelahan kampus tersebut.


Kenyataan media UPM: Kes dua pelajar dibuang kolej

upm logoUniversiti Putra Malaysia (UPM) ingin merujuk kes dua pelajar yang dibuang oleh pihak pengurusan Kolej Tun Perak sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini pada 16 Oktober 2008.

UPM ingin memaklumkan bahawa dua pelajar berkenaan iaitu Nor Farhana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali didapati menginap secara tidak sah di kolej berkenaan setelah merujuk kepada Sistem Maklumat Pelajar.

Kedua-dua pelajar ini tidak memenuhi kriteria untuk terus menginap pada sesi kemasukan 2008/2009 seperti yang ditetapkan oleh pihak kolej dan universiti.
Pelajar berkenaan sedia maklum akan peraturan berkenaan memandangkan setiap pelajar dibekalkan buku merit.

Berikutan itu, pelajar berkenaan telah disenaraikan sebagai pelajar yang tidak berjaya menginap di Kolej Tun Perak pada 23 April 2008 (cuti akhir semester bermula 28 April – 6 Julai 2008).

Bagaimanapun, pelajar berkenaan telah melanggar peraturan kolej dan terus tinggal di kolej berkenaan secara tidak sah setelah pemeriksaan dilakukan oleh pihak pengurusan kolej pada 25 September 2008.

Peringatan kepada pelajar telah dimaklumkan tetapi pelajar berkenaan masih degil dan terus menginap sehingga pihak kolej mengambil tindakan pada 15 Oktober 2008.

Secara asasnya, kes ini menunjukkan pelajar tetap bersalah kerana tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Pada awal semester, pihak kolej telah memberi peluang dan menasihatkan pelajar berkenaan untuk membuat permohonan semula untuk tinggal di kolej berkenaan serta pada masa yang sama, pihak kolej telah mendapatkan tempat untuk dua pelajar berkenaan di kolej kediaman lain yang lebih besar kapasitinya memandangkan Kolej Tun Perak memberi keutamaan kepada kemasukan Kor SUKSIS dan pengambilan kedua universiti.

Pada asalnya, pelajar tersebut telah bersetuju setelah pihak kolej menggunakan budi bicara yang memberi masa tiga hingga empat hari untuk pelajar berkenaan memindahkan barang-barang ke kediaman baru.

Sebaliknya, dua pelajar berkenaan hanya memindahkan barang-barang mereka daripada stor simpanan ke bilik lain yang tidak diketahui dan menurut ahli blok, mereka juga jarang berada di blok kerana takut dikesan oleh pihak pengurusan.

Ini menunjukkan pelajar tersebut tidak merasa bersalah walaupun terdapat keputusan yang dipersetujui bersama dengan pihak kolej berkenaan.

Pada pandangan UPM, pelajar berkenaan telah melanggar peraturan kolej kediaman.

Bagaimanapun berdasarkan laporan kes, Naib Canselor UPM telah menimbang situasi pelajar berkenaan dan atas dasar prihatin yang mengambil kira minggu peperiksaan akhir, Naib Canselor UPM bersetuju membenarkan pelajar terbabit untuk terus tinggal di Kolej Tun Perak sehingga tamat minggu peperiksaan akhir.

Pelajar juga boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman lain tertakluk kepada kekosongan penginapan dan peraturan kolej berkenaan.

Dengan keputusan ini, Naib Canselor UPM berharap pelajar berkenaan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peperiksaan akhir bagi semester pertama sesi 2008/2009.


Abdullah Arshad
Ketua, Bahagian Komunikasi Korporat
Universiti Putra Malaysia

ARef : Inilah kekejaman UMNO yang dilakukan ke atas Melayu+ Islam...... sepatutnya, pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang macam nih, automatik dapat tinggal di asrama (Kolej)!!! Apa yang menyedihkan lagi, pelajar2 nih semuanya aktif dalam menggerakkan ilmu Islam di UPM!!! Janganlah nak terkejut dengan perbuatan orang UMNO, memang Dulu, Kini dan Selama-lamanya memang tak pernah nak peduli pun hak Melayu + Islam nih...... Kalau dengar Islam, lagilah depa takut.... takut memajukan pembangkang katanya!!! Nampak sangat UMNO nih takder pun nak ambil tahu pasai Islam!!!!

Blog Stats