Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, December 16, 2008

MAT TAIB: KETUANAN MELAYU TAK WUJUD

NOBISHA : Berikut ialah laporan akhbar Sin Chew Daily:
KETUANAN MELAYU DOES NOT EXIST, SAYS UMNO INFO CHIEF

UMNO Information Chief Muhammad Muhd Taib says that Ketuanan Melayu (Malay Supremacy) is just sweet talk and does not exist in reality.

He told Sin Chew Daily that the real focus is not on the term itself, instead, it is on whether Malays and Bumiputra are able to apply what they have learned and contribute to the society.

"It would be a success as long as Malays and Bumiputra do their best and perform well in business, service and other sectors, and even as an employee," said Muhammad Muhd Taib.

He stressed that the term "Ketuanan Melayu" was created by some people with an unknown motive.

Many non-Malays are worried as they thought the term means Malay to control other races. Muhammad Muhd Taib said it is a wrong perception.

In his view, the so-called "Malay Dominance" has nothing to do with Ketuanan Melayu, it is as well not referring to the control on other races.

He told reporters that: "If a Malay-owned clinic is the only clinic in a village and patients of various racial groups come for consultation, it would be a Malay dominance in the village. Similarly, when residents of various racial groups get specialist services provided by a Chinese, it means the Chinese dominance in that place."

He added that the most important point is, whether Malays are having a wealth of knowledge and strong ability to compete with others.
Klik di sini untuk membaca laporan Sin Chew Daily.

HOTTT!!! : BPR tutup kes menantu Nik Aziz

BPR tutup kes menantu Nik Aziz

KOTA BHARU 15 Dis. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menutup siasatan berhubung dakwaan penyelewengan kuasa oleh Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan pelantikannya sebagai pegawai kanan di perbadanan itu.

Pengarah BPR negeri, Mohd. Jaafar Hussen berkata, pihaknya mendapati tiada kesalahan dilakukan oleh Ariff Fahmi Abdul Rahman yang juga menantu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dakwaan surat layang terhadapnya adalah tidak berasas.

“Seperti biasa apabila siasatan selesai pihak kita telah menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut dan jabatan itu pada bulan lalu telah mengarahkannya ditutup,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sebelum majlis penutupan Seminar Pencegahan Rasuah Melalui Kawalan Sistem yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah II BPR, Datuk Zakaria Jaafar di sini hari ini.

Mohd. Jaafar ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap Ariff Fahmi yang mula disiasat oleh BPR pada 7 Ogos lalu, setelah pihaknya menerima surat layang yang turut disebarkan kepada pihak media berhubung salah laku menantu Nik Abdul Aziz itu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 31 aduan berhubung perbuatan politik wang sepanjang perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian UMNO di negeri ini.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kertas siasatan telah dibuka oleh BPR dan siasatannya kini hampir selesai yang akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. - Pemuda Besut

Penang Pun Nak Pakai CAMRY


mStar - PULAU PINANG: Ketua Menteri Lim Guan Eng telah menafikan laporan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang akan menukar kepada kenderaan jenama asing sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanannya.

Katanya kerajaan negeri tidak menukar kepada jenama asing dalam masa terdekat ini seperti dilaporkan oleh salah sebuah akhbar hairan berbahasa Inggeris baru-baru ini.

"Jika kita menggantikan kereta rasmi, kita sudah tentu akan memilih jenama asing yang murah dan bukan kereta Proton Perdana V6 Executive di mana kos penyelenggaran boleh mencecah lebih RM30,000 setahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kereta jenis Toyota Camry merupakan satu pilihan sahaja tetapi bukan pilihan muktamad.

Kerajaan negeri mempunyai 43 kereta rasmi untuk kegunaan pegawai kanan.

Isnin lepas, Lim berkata kerajaan negeri akan mengikut langkah kerajaan negeri Perak menggantikan kereta rasmi dengan jenama asing apabila kereta rasmi jenis Proton Perdana V6 perlu diganti apabila tiba masanya. BERNAMA

Ceramah Pelancaran Gerakerja PAKATAN RAKYAT di PRK KualaTerengganu - malaysiakini

Pengumuman : Harap TOLONG KELUARGA INI...


Labun kulup Sakah : Ini gambar kawan aku Cikgu Rosni Mohd Ali..pengalaman 18 tahun mengajar jurusan vokasional kursus KIMPALAN dan FABRIKASI LOGAM telah melahirkan tak kurang 350 anak bangsa dan seagama berkemahiran 'welding' dan mengecat kereta. Seperti entry sebelumnya yang telah aku ceritakan, seorang pelajar asrama telah memecah masuk ke rumahnya yang ada anak dara sunti telah menaikkan kemarahannya. Gagal mengawal kemarahan ketika mendenda kebiadaban budak itu, Rosni tumbang akibat pendarahan di kepala dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun.
Balu dan anak-anaknya (yang sulung lelaki kini di politeknik dan 6 lagi perempuan berumur 2-17 tahun) kini menetap di kampung mereka Tenggara, Johor. Allahyarham sudah dapat ijazah tetapi meninggal dunia seminggu sebelum temuduga pelantikan guru siswazah maka isterinya hanya dapat pencen RM1200 saja..

BAGAIMANA kalau hari ini kita meninggal dunia? ISTERI DAN ANAK-ANAK KITA sudahkah disediakan secukupnya bekalan dunia dan akhirat?

Sudah tentulah bebanan balu Allahyarham iaitu Kak Jun amat berat untuk mencari perbelanjaan persekolahan untuk anak-anaknya apatah lagi kos kehidupan di Johor amat tinggi. Allahyarham Rosni adalah anak tunggal.Anak-anak yatim ini tiada bapa dan ibu saudara sebelah arwah bapanya untuk membantu mereka..AYUH! Kita panjang2kan berita ini dan sudilah hulurkan sumbangan kalaupun tidak menghormati jasa seorang guru mencurah bakti untuk agama, nusa dan bangsa kenanglah tujuh anak yatim yang pergi ke sekolah tahun depan dengan serba kekurangan..kita semua bersaudara!

Sumbangkan terus ke akaun Maybank

Pn Junaidah Mamat 156114191509


Setiap Sumbangan, InsyaAllah akan mendapat Ganjaran dan SAHAM di akhirat......

Blog Stats