Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Sunday, September 14, 2008

Provokasi UMNO : Kisah Tidak Benar Pertemuan Hj Hadi Dan Dolah


Saya terbaca beberapa blog seperti ini, yang mengatakan telah berlaku satu perjumpaan di antara Tn. Guru Haji Abdul Hadi dan "think tank" UMNO pada 8hb September 2008. Semalam saya berpeluang untuk bertanya kepada beliau secara direct semasa mesyuarat Lujnah Politik PAS. Tn Guru menyatakan berita itu tidak benar! Beliau pun terkejut bila mendengar kononnya telah berlaku perjumpaan ini. Beliau menegaskan sekali lagi bahawa tiada apa-apa usaha untuk berkerjasama dengan UMNO dan meninggalkan PR.

Berdasarkan penafian ini saya harap orang2 PAS dan PR seluruhnya jangan timbulkan lagi isu ini. Melainkan ada bukti yang kukuh. Saya khuatir ini merupakan isu yang dimainkan UMNO untuk menimbulkan keraguan di antara kita.

Berhati-hati dengan permainan UMNO. Mereka licik dan tidak bermoral!!

- Khalid Abd Samad

916 : InsyaALLAH, ANWAR IBRAHIM PM Malaysia Ke-6




Di Harap semua rakyat Malaysia dapat sama-sama berdoa akan sebuah kejayaan yang penuh bermakna bagi rakyat ini demi kesejahteraan negara Malaysia di masa akan datang. InsyaALLAH, tinggal 2 hari lagi untuk kita melangkah tarikh penuh makna, 16 September 2008.

916 : Masih Adakah Lagi Manusia Bertopengkan Saiful Di Dalam Pakatan Rakyat?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Disebalik keghairahan pemimpin-pemimpin di dalam Pakatan Rakyat dan juga dokongan dan sokongan penuh yang ditunjukkan rakyat dalam menuntut satu perubahan besar dalam pentadbiran persekutuan Malaysia, Kelibat dan bayang Saiful seolah dilupakan seketika.

Dalam kekalutan inilah suatu gerakan daripada UMNO akan diserap ke dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang berwajah Saiful Bukhari Azlan yang sedang berusaha mencari rahsia dan juga cara menghancurkan gabungan dalam Pakatan Rakyat.

Cerita ini bukanlah cerita palsu, cerita ini cerita benar dan sebenarnya!!!! Adakah rakyat Malaysia lupa, si alif, min, nun, wau ini terdiri daripada kalangan penjenayah dan perompak yang berprofil tinggi. Namun mereka selamat diatas kuasa mereka yang ada.

Saya menyeru kepada seluruh jentera dan pemimpin dalam Pakatan Rakyat agar senantiasa berhati-hati dengan orang disekeliling iaitu orang dalam dalam setiap parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.

"Tak Mahu Bayangan Saiful Bukhari Azlan Muncul Lagi!!!"

- Lawan tetap Lawan!!!-

Berita Dari Taiwan : Wakil PKR Lewat Pulang Kerana Taufan

14-09-2008 05:38:27 PM
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, beliau dan empat anggota PKR tidak dapat pulang ke Malaysia hari ini seperti yang dijadualkan kerana keadaan cuaca yang buruk di Taiwan, dan tiada kena-mengena dengan kebimbangan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Tidak ada kaitan dengan ISA. Risau tu memanglah risau tapi kita pasrah...terserah kepada Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Syed Hamid Albar).

“Hari ini ada taufan di sini...sebab itu kita tidak dapat pulang,” katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Katanya, semua penerbangan ke luar negara pada hari ini dibatalkan dan penerbangan mereka menerusi pesawat China Airline hanya akan berangkat pada pukul 1 tengah esok.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh turut menegaskan kelewatan rombongan mereka pulang ke tanah air ada kena-mengena dengan ISA.

“Tiadalah (kaitan). Saya sepatutnya sudah berangkat malam semalam kerana perlu hadir Mesyuarat Agung Bahagian (PKR) di Kuantan pagi ini tetapi disebabkan taufan Sinlaku yang melanda, saya tidak dapat balik,” katanya.

Beliau menyifatkan kunjungan mereka untuk ‘memburu’ Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya melompat parti sebagai sangat berjaya namun tetap enggan mendedahkan jumlah dan identiti mereka yang sudah bersetuju menyertai PKR.

“Kerja sudah siap. Tunggulah sehari dua lagi... kemungkinan akan diumumkan oleh Datuk Seri Anwar (Ibrahim),” katanya.

- mSTAR

OPS Lalang 2 : Pakatan Adakan Himpunan anti-ISA Esok di Stadium Kelana Jaya


Sep 14, 08 4:39pm
Pakatan Rakyat mengumumkan satu perhimpunan perdana akan diadakan di Stadium Kelana Jaya esok bagi membantah tindakan kerajaan membuat tangkapan di bawah ISA - sehari sebelum sampainya tarikh rancangan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil kuasa melalui penyertaan ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan.

Semalam, Anwar berkata beliau telah mempunyai sokongan yang mencukupi untuk mengambil alih kuasa, tetapi peralihan kuasa yang dijadual Selasa ini, mungkin ditangguhkan ekoran operasi penahanan ISA.

"Keutamaan adalah kestabilan politik. Ia bukannya isu penangguhan, kita mempunyai jumlah (yang cukup) untuk meneruskannya," katanya, sambil menambah, beliau juga mungkin menjadi sasaran penahanan di bawah ISA.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri yang dipecat dan menjalani hukuman penjara sedekad yang lalu, memerlukan penyertaan 30 lagi ahli parlimen ke dalam Pakatan untuk mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.

Kemungkinan itu tidak terfikir sebelum pilihanraya umum Mac lalu, apabila barisan pembangkang itu mengejutkan negara apabila menafikan BN majoriti dua pertiga di Parlimen.

Sejak itu, BN bergoncang dan penahanan seorang ahli politik pembangkang, blogger terkemuka dan seorang wartawan, Jumaat lalu di bawah ISA, telah mencetuskan kebimbangan penangkapan besar-besar dilancarkan terhadap pembangkang.

Mereka yang ditahan kelmarin ialah ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Tan telah dibebaskan semalam.

Mereka ditahan kerana didakwa mencetuskan ketegangan kaum, tetapi Anwar menuduh kerajaan sengaja mengada-adakan krisis itu untuk mengalih perhatian daripada krisis yang sedang dialaminya.

- Malaysiakini

ISA: Zaid Ibrahim sanggup letak jawatan

Beh Lih Yi | Sep 14, 08 3:30pm

Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga hal-ehwal perundangan, sanggup meletak jawatan jika kerajaan terus menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai 'tidak adil'.

Ahli politik BN yang lantang bersuara itu juga mendesak supaya ahli parlimen DAP, Teresa Kok dan blogger Raja Petra Kamaruddin yang ditahan di bawah ISA dibebaskan segera.

Wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah ISA tetapi telah dibebaskan semalam.

"Kita mempunyai sebuah kerajaan yang komited kepada undang-undang dan pembaharuan, kita tidak boleh menggunakan politik gaya lama atau bertindak mewujudkan ketakutan.

"Kita ada undang-undang dan mereka boleh didakwa di mahkamah.

"Saya sedang berusaha untuk bertemu Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) minggu ini untuk menyatakan pendirian saya itu kepada beliau.

"Jika (beliau menganggap) pendirian saya itu tidak dapat dipertahankan, saya akan letak jawatan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini dari Kota Baru hari ini.

Beliau telah mengadakan sidang akhbar di kediamannya di Kota Bharu hari ini di mana beliau becakap mengenai perkara yang sama.

Bernama memetik beliau Zaid sebagai berkata, penggunaan ISA hendaklah dikhususkan untuk pengganas, komunis dan pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan secara paksa.

"Tujuan asal (ISA), digunakan terhadap pengganas bersenjata, orang yang hendak menggulingkan kerajaan secara paksaan...komunis. Jadi, kita perlu tetap dengan itu," katanya.

Zaid berkata negara mempunyai banyak undang-undang yang boleh digunapakai bagi menangani isu-isu seperti ketegangan kaum dan mengancam keselamatan negara.

"Di dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakan oleh pihak polis untuk menahan mereka tanpa menggunakan ISA.

"Kita ada undang-undang Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan yang boleh menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang tanpa menggunakan ISA," katanya.

Zaid juga berkata banyak lagi pendekatan yang boleh digunakan untuk mengurangkan perbezaan kaum atau isu perkauman termasuk melalui sesi dialog dan perbincangan secara aman.

Mengenai pencalonannya untuk bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Zaid berkata beliau kesal dengan tindakan bahagian yang membatalkan mesyuarat peringkat cawangan yang mencalonkan dirinya.

"Tapi ianya sudah menjadi syarat jadi saya perlu patuh kepada keputusan bahagian. Saya tidak akan merayu. Sehingga kini saya sudah mendapat 20 pencalonan," katanya.

Jawatan ketua Umno bahagian itu dijangka menyaksikan perebutan antara pemangku ketua, Datuk Mohd Fatmi Salleh dengan Zaid yang merupakan ketua bahagian itu sebelum beliau digantung keanggotaannya selama 18 bulan bermula 1 Januari 2007.

- Malaysiakini

OPS Lalang 2 : Inilah Demokarasi UMNO

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, mengambil kira keadaan semasa, pihak berkuasa tidak membuat penahanan lain di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bagaimanapun Pemuda PAS mendakwa akan ada lebih ramai ditangkap dalam waktu terdekat.

“Kita dah buat tangkapan dan setakat ini, tiada lagi tangkapan lain yang akan dibuat,” kata beliau pada sidang media di Bukit Aman petang semalam..

Kelmarin, pihak polis telah menahan tiga individu iaitu pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin; wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dan Ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh, Teresa Kok di bawah ISA.

Ketika dihubungi mStar Online pagi semalam Syed Hamid berkata, pihak polis akan menilai keadaan semasa bagi menentukan keperluan membuat tangkapan dan penahanan susulan.

Syed Hamid berkata, ketiga-tiga mereka ditahan kerana pihak polis mempunyai alasan yang cukup kuat untuk mempercayai bahawa tindakan mereka sebelum ini boleh mencetuskan konflik yang membahayakan ketenteraman awam jika tindakan tidak diambil segera.


“(Tangkapan) Raja Petra, kita telah cukup berikan beliau amaran dan disiasat di bawah pelbagai akta tetapi beliau terus melakukan aktiviti (penerbitan artikel) yang mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat.

“Teresa (Kok) juga menyentuh isu sensitif iaitu mempersoalkan laungan azan yang sepatutnya dihentikan di waktu pagi.

“Tentang wartawan itu pula, beliau adalah individu yang mula-mula menulis tentang kenyataan Datuk Ahmad Ismail (Ketua Umno Bukit Bendera) yang kemudiannya disiarkan oleh akhbarnya sehingga ia diperdebat dan dipolemikkan oleh pelbagai pihak,” katanya.


Syed Hamid berkata, Tan bagaimanapun telah dilepaskan kira-kira pukul 2.30 petang tadi kerana pihak polis telah berpuas hati dengan hasil soal siasat yang dijalankan terhadapnya.

“Manakala, yang dua lagi (Raja Petra dan Teresa) akan disambung siasatan terhadap mereka dan kita akan lihat apa hasilnya nanti.

“Jika tiada alasan untuk menahan mereka, mereka akan dilepaskan dalam masa 60 hari. Jika tidak, kes mereka akan diajukan kepada Kementerian (Dalam Negeri) untuk tindakan yang sepatutnya di bawah peruntukan undang-undang,” katanya.

Ketika ditanya mengapa Tan tidak hanya dipanggil untuk disoal siasat tanpa perlu ditahan di bawah ISA, Syed Hamid berkata, Tan adalah sebahagian daripada konflik yang tercetus dan penahanannya di bawah ISA merupakan langkah yang terbaik yang dikenal pasti oleh polis.

Katanya, pihak polis telah bertindak di bawah bidang kuasa mereka tanpa merujuk kepadanya.

“Memang mereka ada memberitahu saya tentang tindakan yang mereka akan lakukan tetapi saya tidak terlibat dalam keputusan mereka dan saya tidak boleh terlibat dalam sebarang keputusan yang mereka ambil,” katanya.

Syed Hamid berkata, dalam negara yang berbilang kaum dan budaya, kadangkala interaksi antara kaum boleh menjadi rapuh.

Justeru katanya, pihak polis tidak boleh menunggu sehingga ia menjadi semakin teruk sebelum mengambil tindakan.

Ditanya mengapa tindakan di bawah ISA tidak turut dikenakan terhadap Ahmad, Syed Hamid berkata, Ahmad telah dikenakan hukuman oleh Umno iaitu digantung keahliannya selama tiga tahun dan beliau juga sedang disiasat berikutan beberapa laporan yang dibuat oleh beberapa pihak ke atasnya.

Syed Hamid turut semua pihak melihat penahanan tiga individu itu sebagai isu yang melibatkan keselamatan negara dan bukan atas dasar perkauman.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS mendakwa ramai lagi akan ditahan di bawah ISA waktu terdekat.

Ketuanya, Salahuddin Ayub mendakwa bahawa beliau mendapat maklumat daripada beberapa pihak yang menyatakan bahawa 15 orang lagi akan ditahan.

Katanya, ini susulan penangkapan Raja Petra, Teresa dan wartawan akhbar Sin Chew Daily.

Tan bagaimanapun dibebaskan petang semalam.

Bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat Pas di sini semalam, beliau yang dipetik Bernama, menyatakan kesal terhadap penangkapan itu dan menyifatkan tindakan itu akan hanya menjejaskan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Setiap kali kerajaan BN menghadapi masalah, ISA akan digunakan bagi menahan individu tertentu seperti yang pernah berlaku dalam tahun 1987," katanya.

- MStar

AR: Malunya Melayu camnih...... Inikah keprofessionalisme seorang Melayu dibawah jenama UMNO yang menuduh orang lain sedangkan orang mereka yang bersalah pula terlepas!!!! Inilah apa yang dinamakan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin UMNO yang mengikut budaya setan dan Iblis....... Dimanakah Ahmad Ismail? Mengapa tidak ditangkap? Dimanakah Khir Toyo Yang memfitnah Teressa Kok? mengapa tidak dikenakan Tahanan ISA? Ingatlah wahai Dolah, doa orang teraniaya mudah dimakbulkan Allah, tetapi AR sudah tidak yakin Dolah dan sekutu UMNO nya masih takutkan ALLAH!!! Sebab, mereka terang-terangan melanggar garis panduan Al-Qur'an dan Al-Sunnah..... Adakah Dolah perlu bersumpah menyatakan pemergian 49 MP BN ke Taiwan dan kemudian ke Hong Kong tiada kena mengena dengan 16 September? adakah Dolah berani bersumpah, tahanan ISA ke atas 3 orang ini tiada kena mengena dengan 16 September? Dolah, Takutlah kamu kepada ALLAH daripada Anwar Ibrahim, baru pemerintahan kamu aman dan damai!!!!!

916 : Pakatan Rakyat Nak Jumpa Paklah Berkenaan Suasana Politik

14-09-2008 11:19:46 AM

Oleh G. MANIMARAN, SA'ODAH ELIAS dan ZANARIAH ABD. MUTALIB

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat yang menyasarkan untuk membentuk kerajaan baru 16 September - Selasa ini - melahirkan hasrat untuk mengadakan pertemuan tertutup dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secepat yang mungkin.

Ketika mengumumkan perkara itu di sini semalam, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu perlu untuk membincangkan soal keselamatan negara dan masa depan politik Malaysia.

"Suasana tidak stabil yang nampaknya sengaja ditimbulkan oleh pihak kerajaan mengundang rasa tidak tenteram di kalangan rakyat terbanyak dan boleh mengancam keselamatan negara," kata beliau dalam kenyataan di blognya malam tadi.

Selain itu, kata beliau, Pakatan Rakyat akan mengadakan himpunan secara aman bersama Kerajaan Negeri Selangor di Stadium Kelana Jaya malam esok bagi merayakan Hari Malaysia.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat tertinggi khas Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di sini petang semalam.

Dalam pertemuan yang disyorkan itu, Pakatan Rakyat mahu menyampaikan kebimbangannya terhadap apa yang mereka takrifkan sebagai penyalahgunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketika bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu semalam, Pakatan Rakyat juga menggesa agar Perdana Menteri membebaskan semua mereka yang ditahan di bawah akta itu kelmarin.

Kata Anwar, jika masalah ketenteraman awam dijadikan alasan untuk menahan individu di bawah ISA, pihak yang patut dipersalahkan adalah Umno kerana membiarkan pemimpinnya memainkan sentimen perkauman dan bukan orang lain.

"Tindakan menggunakan ISA itu jelas bertujuan menakut-nakutkan rakyat dan ahl-ahli Parlimen pembangkang," katanya.

Beliau juga menggesa semua pihak agar bekerjasama bagi memastikan tidak ada mana-mana pihak yang akan membangkitkan isu-isu perkauman yang boleh menyinggung mana-mana pihak di negara ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula menyelar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggapnya tidak masuk akal petang semalam melibatkan punca wartawan akhbar berbahasa Cina ditahan kelmarin.


Sehubungan itu, jelas beliau, Parlimen perlu bersidang segera bagi memansuhkan ISA agar ia tidak lagi dicabul untuk tujuan politik pihak tertentu termasuk bagi mempertahankan hak wartawan menjalankan tugas tanpa takut.

"Hakikat bahawa pemberita yang ditahan semalam kini menempa sejarah sebagai tahanan ISA paling pendek menunjukkan alasan menahannya adalah tidak kukuh.

"Kita menuntut dua lagi individu yang ditahan semalam dibebaskan segera tanpa syarat. Kami juga mendesak agar surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada tiga akhbar ditarik balik," tegasnya.

Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng adalah antara tiga yang ditahan di bawah ISA malam tadi.

Tan bagaimanapun dibebaskan petang semalam setelah Syed Hamid menjelaskan bahawa dia sebenarnya ditahan bagi memastikan keselamatannya terjamin setelah menerima ugutan.

Malah, Anwar menambah, Pakatan Rakyat juga memutuskan untuk menangguhkan pelan membentuk kerajaan baru bagi mengelak isu itu digunakan oleh kerajaan untuk memperluaskan penggunaan ISA.

Pada Selasa lalu, Anwar mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjakkan tarikh mencapai sasaran pembentukan kerajaan baru persekutuan ke tanggal lain - kemungkinan 20 atau 21 September ini, bukannya 16 September.

Jelas Anwar, buat sementara waktu fokus Pakatan Rakyat adalah untuk memastikan ketenteraman awam tidak terganggu berikutan penahanan tiga individu di bawah ISA.

"Dari segi jumlah kita tidak ada masalah. Kita akan meneruskan pelan kita seperti yang dirancang mengikut peruntukan Perlembagaan Negara," katanya.

-MStar

916 : Inikah Maruah UMNO???

Menjatuhkan seorang pemimpin yang berani melakukan perubahan demi kepentingan negara dan bukannya kroni, anak, bini dan menantu. Memperanjingkan segala sistem perundangan kerajaan dan juga mempersetankan manusia bernama Umi Hafilda Ali dan Azizan demi mengekalkan sistem korup UMNO.










Pada tahun 2008, UMNO sekali lagi menggunakan senjata liwat hanya untuk memerangi Anwar dan senjata ini terus dimainkan di media-media dan ianya bertujuan memalukan Anwar Ibrahim di mata rakyat Malaysia dan dunia dengan senjata fitnah. Inikah yang UMNO namakan demokrasi????? Inilah maruah UMNO, hanya di pungkok Saiful, benarlah Novel Shit itu, UMNO itu Tahi dan menjijikkan....



"Kepada Sesiapa yang mendekati si alif, min, nun, wau ini atau UMNO, berhati-hatilah..... sebab mereka sememangnya tidak tahu erti maruah..... dan mereka hanya tahu kepentingan kemewahan duniawi keluarga, anak, bini dan menantu serta kroni sahaja. Adakah anda mahu senasib dengan Saiful???? Maruah keturunan Saiful kini dipandang hina bukan di Malaysia sahaja, tetapi di seluruh dunia."

Jadi, tidaklah perlu kita rasa menyesal untuk menolak kerajaan UMNO ini walaupun mereka lantang dengan agenda Melayu mereka, namun apa yang kita nampak selama ini, UMNO lah yang menyekat peruntukan di Kelantan yang majoriyinya Melayu.... UMNO lah yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir!!!!

UMNO BUKANNYA BERJUANG UNTUK MELAYU.... TETAPI UNTUK KELUARGA DAN KRONI!!!

Lihatlah....

Datuk Onn Jaafar dan Tun Hussein Onn, Tun Abdul Razak, Najib Tun Razak, Hishamuddin Tun Hussein.....

Janganlah kita lupa dan alpa..... UMNO hanyalah Parti ANAK BERANAK mereka sahaja..... Mereka tidak akan merasa senang dan bahagia walau harta sejumlah trillion ringgit, kerana hasil dapatan mereka daripada dasar yang haram!!!!!

916 : Nik Aziz Cakap UMNO Lagi Tidak Ada Maruah Main Isu LIWAT!!!

KOTA BHARU : “Soal maruah sudah tidak timbul lagi di negara kita, Malaysia sudah tidak ada maruah,” kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru pada 16 September adalah suatu perbuatan yang tidak bermaruah kerana Ahli Parlimen Barisan Nasional akan lompat ke pakatan tersebut.

"Waktu BN kempen memburuk-burukkan Datuk Seri Anwar dengan isu liwat menunjukkan mereka sendiri tidak ada maruah. Hari-hari televisyen, radio, suratkhabar melaporkan, mana mereka ada maruah,

“Maruah Malaysia akan musnah kalau biar UMNO jaga (tadbir), Malaysia dah tak ada maruah. Ini sangat bahaya,” kata Nik Aziz pada satu sidang media di pejabatnya, pagi tadi.

Jelas beliau, sekiranya negara ini terus di perintah oleh UMNO maruah manusia akan tercalar disebabkan perbuatan pemimpin-pemimpinnya yang sememangnya tidak bermaruah.

Namun, katanya, adalah tidak salah jika ada Ahli Parlimen (BN) yang akan melompat parti dan ia bukanlah suatu tindakan yang tidak bermoral.

“Saya tak soal dari segi teknikal. Masalah 16 September ke, 17 September ke yang penting orang (ahli parlimen BN) tu nak pergi ke Taiwan berapa bulan pun, lepas ini mereka pulang dan berdepan dengan 13 haribulan pula,

“Duit pun habis, nampak sangat pengecut. Tak boleh menyerah tetapi panik sehingga larikan diri, takkan nak lari sampai hilang taraf kerakyatan?,” tegas Tuan Guru.

Sebaliknya beliau berpendapat, isu lompat melompat parti sudah lama di ajar oleh UMNO sendiri dan jika ia berlaku sekarang bukan suatu perkara yang pelik.

“UMNO beli rakyat Kelantan masa Ibrahim Fikri, lompat ke UMNO. Zaman Dato’ Asri pun rakyat di ajar lompat parti, mana ada maruah. UMNO yang ajar rakyat tidak bermaruah. Lompat-melompat ni memang tidak bermaruah. UMNO yang ajar manusia melompat,” jelasnya lagi.

- Kerabu Bersuara

Zahid: Jangan sentuh isu agama

Sep 14, 08 7:41am

"Jangan sentuh isu berkaitan dengan agama", demikian nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sebarang kenyataan yang menghina mana-mana agama boleh menimbulkan kekecohan.

"Sama ada melalui blog atau mana-mana forum, ia boleh menimbulkan kemarahan mana-mana kaum," katanya kepada pemberita di Kota Bharu semalam.

Beliau berkata penahanan mana-mana individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertujuan menghindarkan berlakunya salah laku yang boleh menjejaskan hubungan kaum tanpa mengira mana-mana kaum.

"Saya yang pernah ditahan mengikut ISA memahami dengan mendalam pentingnya akta itu dikuatkuasakan di negara ini walaupun ada pihak membantah," katanya, demikian menurut laporan Bernama,

Beliau mengulas penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mengikut ISA kerana didakwa membangkitkan isu sensitif dan perkauman.

Ahmad Zahid berkata begitu juga dengan Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu tidak boleh disentuh bagi menghindarkan perkara yang serupa berlaku.

- Malaysiakini

AR: Tak boleh sentuh ISU AGAMA??? Tapi, ianya HALAL bagi demokrasi UMNO!!!! UMNO yang selalu membuat provokasi dan menggunakan senjata fitnah untuk mengheret orang lain ke kancah Kekalutan!!!! Apa-apa pun, sebab, dengar kata ko dah nak melompat.... jadi, rasanya, lepas nih, jangan duk ikut PAKLAH lagi dah!!! ikut Ulama' PAS..... Nak diingatkan sekali lagi, ISA adalah satu ikutan Amerika.... UMNO agen Amerika?? hahahahaha.... tak pahamlah UMNO nih, tak pandai-pandai.

Majlis Berbuka Puasa MBSA di STADIUM MALAWATI


(Klik Imej untuk paparan lebih besar)

Tarikh: 15 September 2008 (Isnin)
Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam


"Raikan Ramadhan, Eratkan Ukhuwwah - Selamatkan Al-Aqsa"

916 : Sejarah Membuktikan PAS Hanya Alat Mainan UMNO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah parti yang meletakkan batu asas kepada penubuhan negara yang mencorakkan dasar Islam dan mengamalkan Al-Qur'an dan Al-Sunnah sebagai petunjuk jalan meneruskan agenda politik parti.

PERLEMBAGAAN AWAL PAS

PAS yang lahir pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini. Tatkala diawal penubuhan PAS, Perlembagaan awal PAS menggariskan empat tujuan, iaitu:-

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

SELEPAS 13 MEI 1969, PAS BERADA DALAM BARISAN NASIONAL

Tragedi 13 Mei 1969 telah membawa satu kesedaran kepada singkap angkuh UMNO yang telah mencari talian hayatnya dengan merayu satu pembentukan gabungan parti baru yang menggabungkan sembilan parti politik iaitu Umno, MCA, MIC, PAS, Perikatan Sabah, GRM (Gerakan), Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PESAKA), Sarawak United Peoples Party (SUPP) dan PPP.

Pengalaman pada tahun 1969 membuktikan UMNO hanya memerlukan PAS semasa parti mereka sedang 'nazak' apabila UMNO kukuh, PAS ditendang keluar daripada BN atas alasan cuba mengembangkan pengaruhnya di Johor.

"Umno perlukan kawan semasa susah, apabila kuat mereka lupa kawan dan tendang PAS keluar dari BN pada tahun 1978"

1982, UMNO Berstrategi Mengambil Pengaruh ANWAR IBRAHIM untuk Terus Berkuasa

Pada tahun 1978, PAS telah ditendang oleh UMNO daripada gabungan Barisan Nasional setelah UMNO merasakan kedudukan politik mereka kukuh. Namun, konflik yang ada dalam UMNO di antara pemimpin tertinggi mereka di hujung tahun 1970-an dan di awal tahun 80-an telah menyebabkan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Mahathir Mohammad menggunakan helah lama UMNO dengan menggunakan PAS sebagai penyelamat hayat UMNO.

Namun, strategi politik Mahathir tampak berbeza dengan strategi yang digunakan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak pada tahun 1969. Anwar Ibrahim yang merupakan Presiden ABIM yang menrupakan satu badan yang berada di bawah naungan PAS telah dipelawa oleh Tun Mahathir untuk menyusup masuk ke dalam UMNO kerana Anwar mempunyai pengaruh yang ramai di kalangan pemuda dan pemudi pada masa itu.

Sebenarnya, pada masa itu, UMNO berjaya menghapuskan seorang bakal Presiden PAS, Anwar Ibrahim daripada menggugat kedudukan UMNO yang baru sahaja bercerai daripada PAS dan Pilihanraya pada tahun 1982 memberi satu makna yang besar kepada kedudukan UMNO untuk bertambah kuat dengan kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Parti UMNO.

1987, UMNO Diharamkan.

Apa yang berlaku di dalam gagasan parti UMNO sering kali mereput dan pada tahun 1987, parti UMNO telah diharamkan oleh Mahkamah Malaysia kerana perebutan kuasa di antara pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO.

Namun, UMNO yang telah diharamkan itu dihidupkan semula oleh Tun Mahathir tanpa syarat... Begitulah bertapa UMNO menggunakan sistem keadilan nasional untuk kepentingan demokrasi UMNO.

1998, Anwar Ibrahim Dipenjara

Pada tahun 1998, apa yang telah dijangka oleh PAS juga berlaku kepada Anwar Ibrahim sebagaimana PAS ditendang daripada Barisan Nasional pada tahun 1978. Anwar Ibrahim dituduh melakukan rasuah dan salah laku seks Liwat pada tahun 1998. Pada awal tahun 1998, surat layang berteraburan di sana sinun menyebarkan fitnah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepentingan menjatuhkan Anwar Ibrahim dan memastikan Anwar Ibrahim tidak akan dinobatkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

Buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Layak Menjadi Perdana Menteri dengan sengaja di sebarkan kepada semua ahli UMNO dan diletakkan di setiap beg ahli UMNO yang menghadairi Perhimpunan Agong UMNO tersebut. Namun, apa yang pasti, Dalil-dalil tersebut begitu busuk dan tidak releven dan penulisannya juga begitu tidak professional dan tampak jelas konspirasi UMNO yang tidak mahu kelibat manusia yang bernama Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kerana sistem yang hendak dibawa oleh Anwar Ibrahim bercanggah dengan sistem UMNO yang korup dan tidak mahu satu pentadbiran yang bercirikan keIslaman di negara Malaysia.

Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Naib Presiden UMNO, satu gelombang Reformasi mewarnai sejarah Malaysia dengan kebangkitan rakyat yang marah dengan sistem perundangan Malaysia ala UMNO yang bersifat rimba dan bukannya Demokrasi. Tun Mahathir menggunakan senjata konspirasi yang awalnya dicipta oleh pemimpin-pemimpin lain bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim kerana keengganan Anwar Ibrahim melulusakan sejumlah wang daripada Tabung Petronas kepada Syarikat Perkapalan anak Mahathir yang bankrupt akibat daripada kejatuhan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997.

Apa yang pasti, UMNO masih berjaya dengan strateginya menggunakan PAS ataupun Orang berpengaruh dalam PAS bagi mengekalkan kekuasaan politiknya.

PRU-12, UMNO Hilang Majoriti 2/3 Dalam Parlimen dan Hilang 5 Negeri termasuk Kelantan

Pada pilihanraya Umum ke-12, UMNO mencatatkan sejarah yang paling tragis dalam sistem pemerintahannya dengan kehilangan majoriti 2/3 dalam Parlimen dan telah hilang 4 negeri dan PAS berjaya mengekalkan Kelantan.

Satu politik baru Malaysia menjadi penyebab kejatuhan ini apabila satu gabungan yang dinamakan Pakatan Rakyat yang mempunyai 3 parti komponen utama daripada PAS, PKR dan DAP bersatu padu telah menyebabkan UMNO dilanda satu tsunami politik yang hampir menghancurkan karier politik UMNO.

Akibat daripada itu, UMNO dan komponen dalam parti Barisan Nasional menjadi kucar kacir kerana kekalahan yang tidak dijangka kerana Barisan Nasional telah menang besar pada PRU-11 lalu, namun, apa yang berlaku pada PRU-12 berlaku sebaliknya umpama langit dan bumi.

Akibat daripada kekalahan ini, UMNO sekali lagi mencari talian hayat mereka yang utama dengan menagih simpati atas dasar nama Melayu kononnya daripada PAS untuk bergabung dalam Pari Barisan Nasional.

Namun, disebalik rasa simpati UMNO ini, strategi yang dimainkan UMNO dengan isu Muzakarah atau Muqabalah telah sedikit sebanyak menggegarkan ahli-ahli dalam PAS sepanjang Muktamar PAS yang diadakan pada Ogos 2008 dan ianya secara professional ditangani oleh tokoh-tokoh lama dalam politik Malaysia dengan hanya bersimpati dengan nasib UMNO, namun bergabung dengan UMNO adalah satu mimpi ngeri yang patut PAS terima.

Apa-apa pun, UMNO masih meneruskan usahanya menagih simpati daripada PAS untuk meneruskan kuasa UMNO demi kerana penolakan Sistem Keadilan Demokrasi dan Perundangan Islam....

Provkasi demi provokasi untuk memecah belahkan gabungan Pakatan Rakyat terus dilakukan dan provokasi murahan yang menyatakan Anwar Ibrahim akan menyertai UMNO dan menjadi Perdana Menteri melalui UMNO juga dilakukan untuk memecah belahkan kesatuan yang ada dalam gabungan Pakatan Rakyat. Abdullah Ahmad Badawi juga pernah memanggil Anwar Ibrahim selepas 8 Mac, iaitu selepas PRU-12 untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan meneruskan agenda kuasa UMNO, namun, ditolak mentah-mentah oleh Anwar Ibrahim dengan menyatakan perbincangan anatara Paklah dan Anwar hanya boleh berlaku sekiranya Haji Hadi dan Lim Kit Siang dipanggil.

Anwar Ibrahim yang telah mahir dengan sepak terajang politik UMNO ini telah muak dan jemu dengan agenda UMNO yang bukan sahaja menipu rakyat namun, menipu PAS dan juga pemimpin-pemimpin politik yang lain.

16 September, UMNO Masih Harapkan PAS

Tarikh 16 September sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, malah masyarakat dunia dalam menunggu satu Kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat di atas kesedaran daripada beberapa pemimpin dalam Barisan Nasional yang sudah jemu dengan sistem pemerintahan tajaan UMNO ini demi kesejahteraan rakyat dan satu pemerintahan yang adil.

PAS menjadi satu harapan yang terakhir untuk UMNO bagi menyekat tarikh keramat ini menjadi satu realiti kepada rakyat Malaysia.

Namun, apa yang pasti, adakah PAS belajar daripada sejarah lama dan adakah PAS masih menerima rasa simpati UMNO yang hanya mencari kemewahan pada diri sendiri dan menghimpit nasib rakyat yang dibelenggu kemiskinan? Adakah PAS masih terus ingin ditipu UMNO yang selama ini menolak Hukum Al-Qur'an dan Al-Sunnah dengan menaja Bid'ah yang baru dengan jenama ISLAM HADHARI? Adakah PAS juga percaya hanya UMNO yang mampu memerintah Malaysia? Adakah PAS tidak terfikir bahawa UMNO lah yang memurungkan nasib Rakyat Melayu dan memajukan kroni-kroninya sahaja? Lihatlah saja pemimpin-pemimpin atasan UMNO, mereka semuanya daripada kerabat UMNO yang sama? Adakah PAS tidak terfikir? Adakah PAS ingin menipu rakyat? Buangkanlah rasa simpati daripada UMNO demi rasa simpati rakyat Malaysia yang selama ini derita dengan Sistem Pemerintahan UMNO yang kejam dan tidak pernah mengutamakan rakyat, sekiranya ada sekalipun, projek yang mereka lakukan diibaratkan projek ala "ada udang disebalik batu".

UMNO akan menolong rakyat melalui projek-projek di bawah kontrak anak dan menantu!!! Lihatlah projek-projek pembangunan, dikatakan untuk rakyat, tapi, rakyat senantiasa ditipu, kerana keuntungan itu adalah hanya untuk keluarga dan kroni sahaja. Dan semua pemimpin UMNO sama dan menjalankan sistem yang sama...... Adakah PAS terus menerus ingin ditipu oleh makhluk yang bernama UMNO yang berselindung disebalik nama Melayu, padahal merekalah yang menjual harta negara kepada bangsa lain. Lagu Warisan itu sekadar retorik mainan UMNO..... Lihatlah Menara KLCC, siapakah dan syarikat apakah yang ada di dalamnya?????

Sekian, terima kasih.

LAWAN TETAP LAWAN!!!!

916 : Abdullah Menggelunsur


Kenyataan Najib - serahkan Perwakilan Bahagian tentukan sikap terhadap pelan peralihan kuasa - cukup untuk menyedarkan Abdullah, hari-hari terakhirnya di Putra Jaya semakin singkat. Kenyataan Najib datang selepas kenyataan Muhyidin. Hari ini, Muhyidin kekal dengan kenyataannya walaupun Presiden UMNO itu kesal dengan kenyataan anak buahnya sendiri. Beliau sanggup menanggung risiko. Amaran Abdullah tidak memberi kesan.

Apa makna? Abdullah tidak mempunyai tempat bersandar lagi.
Asakan bertubi-tubi untuk Abdullah memikirkan kepentingan negara dan bukan kepentingan beliau seorang patut direnungnya sebaik-baik. Berundur! Sekarang! Bukan esok atau lusa.

Anda sudah tidak efektif. Niat baik anda untuk negara boleh diteruskan oleh kepimpinan lain dan tidak semestinya anda sendiri melakukan apa sahaja cita-cita politik anda.

Bila dua orang kanan anda menyatakan secara halus, anda patut berundur, mereka lebih tahu apa yang baik untuk anda dan Malaysia juga. Dengarkanlah suara di sekeliling anda - ia nyaring membawa mesej, peranan anda sudah tamat. Berundur.
Kawan dan lawan memberikan mesej yang sama. Pengundi dan rakyat mengulangi mesej itu dengan jelas di Permatang Pauh.

Jika ditakdirkan anda berundur sehari dua ini, atau seminggu dua ini, jangan jadikan tanggapan ISA peninggalan anda yang terakhir. Ia buruk untuk anda buat selama-lamanya. Anda akan diingati sebagai pemimpin lemah yang enggan berundur sehingga akhirnya berpaut kepada ISA sebagai tanda kedegilan anda untuk terus berkuasa.
Hari-hari yang akan datang, asakan untuk anda akan menjadi lebih hebat dan kurungan ISA bukanlah penawar untuk hilang keyakinan terhadap daya kepimpinan anda. Melainkan berundur adalah jawapannya.

Berundur secara gentleman adalah lebih mulia. Cepat, tanpa dolak dalik.

AR: Berundurlah Dolah...... sebab majoriti Barisan Nasional sudah berkurang dan tidak layak untuk memegang tampuk pemerintahan lagi....

- Hussam Musa

-Lawan Tetap Lawan!!!-

916 : Himpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia

Tarikh : Isnin, 15 September 2008

Tempat : Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Masa : 7.00 Ptg

Antara Programnya adalah Solat Maghrib, Solat Isyak serta Solat Tarawikh berjemaah di lapangan Stadium tersebut dan sejurus itu ceramah dari Pemimipin Pakatan Rakyat.

Y.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Y.B Tuan Guru Dato’ Seri Haji Awang

Y.B Lim Kit Siang

916 : Nurul Izzah diserang

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diberitakan telah diserang oleh sekumpulan lelaki ketika melawat Pasar ramadan diKg. Kerinci jam 5 petang tadi.

Aktivis parti, Sdr. Partibhan, Sdr Amin Mian dan beberapa lagi pendokong Keadilan Lembah Pantai telah cedera dibelasah ketika cuba menyelamatkan Nurul Izzah. Beliau kini selamat.

Siasatan sedang dibuat untuk mengenalpasti identiti penyerang.

- PerakExpress


AR:
Strategi kotor UMNO berleluasa.... kuatkan semangat, kuatkan tekad, kuatkan azam, hapuskan UMNO.

Blog Stats