Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, December 25, 2008

Pelacur & Arak okay, Babi jangan



"Jika diletakkan arak, pelacur atau babi, babi lebih sensitif bagi orang Melayu," tambah Rahimudin. s.i.n.i.

Siapa Rahimudin ni? Siapa dia nak memberi kasta kepada Babi, Pelacur dan Arak?

Babi adalah najis Mughalazah dan tidak haram jika keadaan darurat (ustazah den ajar).

Tetapi jika dalam darurat, bolehkah kemaluan kita dimasukkan ke dalam kemaluan seorang pelacur? Atau ber'mabuk-mabuka' dengan arak?

Oleh itu, buat Rahimudin, fikir sebelum bercakap. Jangan jadi hero tak tentu hala. Siapa nak jawab bila anak muda bermabuk-mabukan dan melanggani pelacur? Kau nak jawab ke Rahimudin?

Ceramah Pertama Datuk Zahar Dalam PAS - malaysiakini

Kes Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney 2

 zamanihisham : Saya adalah salah seorang saksi disapina utk dtg mahkamah majistret ampang memberi keterangan.

Pada hari tersebut, saya terkejut melihat juruteknik komputer di sekolah anak saya iaitu Sekolah Kebangsaan Jln Gurney 2 telah dituduh dengan seksyen 324. Iaitu memukul dengan senjata.

Kes itu berlaku pada tahun 2007. Juruteknik itu mula bertugas di Sekolah pada 2008. Saya cukup pelik macam mana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam terlepas pandang mengenai latar belakang pekerja tersebut.

Jika juruteknik itu berani memukul, apa lagi murid2 di sekolah tersebut? sebagai ibu bapa, saya rasa semua risau..

Bagaimana akujanji boleh ditipu dengan menyatakan tiada kes polis?

Dengan ini sesiapa yang mempunyai rekod jenayah polis tiada masalah memohon untuk bekerja dengan kerajaan.

Jika sesuatu yang buruk boleh dielakkan.. lebih baik berwaspada

terima kasih."

PANAZZ!!! : Pak Lah Sokong BUSH

Setelah beberapa ketika isu berkenaan seorang wartawan IRAQ yang membaling kasutnya terhadap BUSH, Rais Yatim dengan bersungguh memuji wartawan tersebut, namun, ada jugak yang takut dengan bayang-bayangnya......

Seorang manusia bernama Abdullah Ahmad Badawi menyokong BUSH, baca berita daripada mSTAR kat bawah nih.....

Ketua kerajaan perlu dihormati - Abdullah

TEHRAN: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa mana-mana ketua kerajaan sekalipun tidak boleh dihina seperti apa yang berlaku dalam insiden membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush di Baghdad, Iraq, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata pihak yang tidak berpuas hati dengan apa juga perkara boleh meluahkan perasaan mereka melalui cara lain.

"Saya sentiasa berpendapat kita tidak boleh menghina ketua kerajaan seperti itu," kata beliau pada sidang akhbar di akhir lawatan rasmi empat hari ke Iran di sini hari ini.

"Kita boleh mengambil tindakan, kita boleh mengeluarkan kenyataan keras jika perlu jika kita tak berpuas hati. Kita tak suka tentanglah, cakaplah dengan sekuatnya," katanya.

Namun tindakan bersifat menghina seperti membaling kasut tidak boleh dilakukan oleh sesiapapun, tegas Abdullah.

Wartawan sebuah stesen televisyen yang berpangkalan di Kaherah yang bertindak membaling kasut itu dilaporkan menghadapi tindakan undang-undang. BERNAMA


ARef : Dolah, dolah, nak hormat apanya Dolah...... kalau pemimpin kerajaan lain dah serang negara dia...... patut dibaling dengan tahi sahaja!!!! Dolah.... Dolah..... tidur ropernya ko ya???? CheDet lagi teruk kena gas pemedih mata!!!!




Tangani Permasalahan Secara Adil & Berhikmah


sya omel menanyakan:

salam DSAI…apa yang hendak ditulis ialah suara kami peringkat bawah yang lebih hampir kepada rakyat…saya remaja wanita berusia 23 tahun, seorang ahli Bloggernetwork@perak berjuang untuk menjadi penahan tomahan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat, mengikuti perjuangan ini sejak berumur 13 tahun mula merasa bahang merebut kekuasaan atau pun gila kuasa dikalangan pemimpin parti ini.bila saya berkempen untuk parti ini saya akan ditanya dimana ISLAMNYA parti ini,dimana benarnya laungan keramat parti ini….Mungkin saya ada jawapannya…tapi bagi yang dibawah mereka melihat rentak yang diatas…!!!

Semakin hari dapat dilihat kepincangan dari soal kepimpinan baik di atas mahupun dibahagian bawah,sebagai ketua umum apakah yang dilakukan oleh DSAI dan PREsident parti untuk memperbetulkan beberapa kepincangan tersebut…Pertamanya soal TKM1 p.Pinang apakah tidak ada tindakan wajar yang perlu dilakukan,cukupkah hanya sekadar kata-kata nasihat yang acap kali diulang dan hanya dipandang remeh oleh TKM1 tersebut.Sebagai pemimpin wajarlah DS menunjukan nilai sebenar kepimpinan islam itu sendiri…Bendunglah masalah ini sebelum terlambat…Sebagai pemimpin ISLAM takutlah hanya kepada ALLAH SWT!!!Jika DS ada pandangan dan jawapan pada soalan saya emailkan kepada saya agar yang dibawah mengerti derita yang diatas….

Secara individu saya menghormati DSAI dan DSWA sebagai ibu dan Bapa penggerak REFORMASI rakyat,selagi Parti ini menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kezaliman maka saya sedia berjihad untuk ISLAM dan ALLAH swt yang menjadi wadah perjuangan Parti ini..KALAU TAKUT DENGAN RISIKO JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN…LAWAN TETAP LAWAN….ALLAH HU AKBAR….

——

Saudari sya omel,

Jazakallah..dan kami menerima baik teguran saudari. Kami juga dihujani dengan pelbagai kritikan dalam hal yang sama, sebahagiannya dianggap munasabah tetapi terdapat juga tohmahan melulu.

Permasalahan tersebut ditangani sebaiknya, namun harus adil dan berhikmah. Tanpa kecuali semua pemimpin akan dipertanggugjawabkan. Maka inshaallah kami akan bertindak seandainya terdapat bukti sahih salahlaku atau kecuaian siapa saja.

Wassalamualaikum.

ANWAR IBRAHIM

DOA...... Berdoalah Dengan Allah!!!!




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Ya Allah, sampaikan salawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Ya Allah, Yang Maha kuasa lagi Maha mengetahui
Sesungguh kezaliman hamba-hamba-Mu
telah tegak di negeri-Mu,
sehingga keadilan dimatikan,
jalan-jalan kebaikan diputuskan
kebenaran dihapuskan,
kejujuran disia-siakan
kebajikan disembunyikan,
keburukan ditampakkan
ketakwaan direndahkan,
petunjuk dihilangkan
kebaikan dimusnahkan,
keburukan ditegakkan
krosakan dikembangkan,
kekufuran dikuatkan
kezaliman dihalalkan,
perubahan dimusuhi

Ya Allah, Tuhanku, Tuhan yang menguasai Alam dan seluruh isinya
Tidak ada yang dapat melepaskan kami dari semuanya kecuali kekuasaan-Mu
Tidak ada yang dapat melindungi kami dari semuanya kecuali anugerah-Mu

Ya Allah, Ya Aziz, Ya Jabbar,
hancurkan kezaliman. Putuskan belenggu penindasan. Hancurkan pusat kemungkaran. Muliakan orang yang menghindari kezaliman. hancurkanlah akar-akar para pelaku kezaliman dan penindasan.Tutupkan kepada mereka kekurangan setelah mereka berlebihan. Dilepaskan orang yang terkurung.

Ya Allah, Ya Azim, Ya Maliki Yaumiddin
Segerakan kepada mereka kebinasaan.Porak-porandakan mereka dengan
perpecahan. Turunkan kepada mereka hukuman. Ambil nyawa kemungkaran. Sehingga tenanglah orang yang ketakutan. Tenteramlah orang yang kesulitan. Kenyanglah orang yang lapar. Dipelihara orang yang terlantar. Dilindungi orang yang terusir. Dikembalikan orang yang terbuang.

Supaya orang fakir dikayakan.
Orang yang meminta perlindungan dilindungi.
Orang besar dihormati, orang kecil disayangi.
Orang teraniaya dimuliakan,
Orang zalim dihinakan.
Orang kesusahan dibahagiakan.


Allahumma Yazaljalali wal Ikram

Lepaslah segala derita, dan hilanglah segala duka nestapa
Matikanlah lah pertikaian dan hidupkanlah kasih sayang
Pengetahuan menjulang tinggi dan perdamaian menyebar luas
Perpecahan disatukan dan ketenangan dikukuhkan
Iman diperkuatkan dan Al-Qur’an dibaca dan diamalkan
Sesungguh, Engkaulah Maha Pembalas, Pemberi nikmat, Penabur kurnia.

Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.

- mag TKO

Datuk Zahar Akan Dedahkan Rasuah UMNO.....

Aku petik berita daripada Malaysiakini....... ada banyak sangat benda Rahsia yang jadi rahsia UMNO telah didedahkan oleh beliau.......

Zahar sertai PAS, kempen di KT

Muda Mohd Noor | Dec 24, 08 10:48am


Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini.

Turut hadir pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

umno zahar join pas 241208 shake hand.jpgZahar (foto) digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.

Zahar juga menyumbangkan pejabat Umno bahagian - dipercayai milik beliau sendiri - kepada PAS kawasan tersebut.

Pejabat itu, yang telah ditutup selama tiga minggu, akan dibuka semula besok dan kakitangan di situ akan turut bekerja bagi pihak parti barunya.

Zahar berkata beliau akan bersama jentera PAS untuk membantu kempen pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, yang berlangsung antara 6 sehingga 17 Januari ini.

Tambahnya, beliau akan mula berkampung di kawasan itu sepanjang kempen mulai 5 Januari, sehari sebelum penamaan calon.

Kapten tentera bersara juga menafikan tindakan penggantungan yang diambil oleh Majlis Tertinggi Umno pada 2 Disember lalu sebagai punca yang menyebabkan beliau melompat parti.

PAS lebih baik...

Sejak keputusan pilihanraya umum 8 Mac lepas yang menyaksikan ketewasan besar BN di beberapa negeri termasuk Selangor, kata Zahar lagi, beliau bersama para penyokongnya sering memikirkan untuk meninggalkan Umno.

umno zahar join pas 241208 hasan ali and nasharuddin.jpgDalam ucapannya, Zahar berkata, beliau tidak lagi menghormati pemimpin tertinggi Umno kerana keputusannya tidak mengambil kira kepentingan dan kehendak rakyat, khasnya orang Melayu.

Katanya, PAS dan Umno adalah sama tetapi PAS lebih baik dari Umno.

"Umno hari ini banyak berbeza dengan Umno yang saya sertai 26 tahun lalu," katanya.

Menurut Zahar lagi, tahun lalu beliau ditawarkan mengambil alih jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, untuk menggantikan Tan Sri Onn Ismail yang uzur, tetapi beliau menolaknya.

"Saya tiga kali berturut-turut ditawarkan bertanding dalam pilihanraya umum, saya juga menolaknya kerana perlu memberi peluang kepada pemimpin lain di peringkat bahagian," katanya.

Sementara itu Nasharuddin (foto, kanan) ketika berucap di majlis tersebut berkata, program pertama Zahar sebagai ahli PAS ialah menemui presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila dalam masa terdekat.

"Zahar sudah bersama kita sekarang sebagai jentera penggerak dan anggota parti untuk membela bangsa, agama dan negara.

Zahar ke KT

"PAS bergerak di Selangor kerana hendak melaksanakan perubahan untuk membela orang Melayu dan orang bukan Melayu," katanya.

Manakala Dr Hasan (foto, kiri) dalam ucapannya berkata, Zahar dan yang lain-lainnya menyertai PAS bukan untuk mendapat projek dan kekayaan.

Tetapi, katanya, mereka berbuat demikian untuk mendapatkan keredhaan Allah.

"Walaupun PAS kalah dalam pilihanraya, ahli PAS tetap bertambah. Kini sudah (mencecah) satu juta orang," katanya.

Dr Hasan juga berkata, Zahar akan turun ke Kuala Terengganu pada 5 Disember sehingga selepas pilihanraya kecil tersebut.

Wakil rakyat PKR dihalang masuk S'wak

Mkini : Ahli parlimen PKR bagi Padang Serai, N Gobalakrishnan mendakwa beliau dihalang masuk ke Sarawak oleh kerajaan negeri sewaktu tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuching petang ini.


Dalam insiden kira-kira jam 5.30 petang tadi, tambahnya, beliau diberikan sekeping notis larangan oleh pihak imigresen.

"Sebaik tiba di lapangan terbang, pegawai imigresen memberitahu saya yang saya tidak dibenarkan masuk atas arahan kerajaan negeri.

gobalakrishnan hindraf batu caves siege 121207 lead"Pegawai imigresen memberi sekeping notis yang tertulis 'Tuan bukan rakyat Sarawak, tidak berhak untuk masuk ke Sarawak tanpa permit atau pas Akta Imigresen 1959-1963'.

"Kini saya masih berada di bilik imigresen lapangan terbang berkenaan menunggu untuk dihantar (ke Kuala Lumpur) pulang jam 7.25 malam ini," katanya kepada Malaysiakini pada 6.30 petang tadi.

Gobalakrishnan berkata, walaupun beliau bertanyakan alasan mengapa tidak dibenarkan masuk, pegawai berkenaan memberitahu ia atas arahan kerajaan negeri.

Beliau percaya tindakan itu ada kaitan dengan tindakannya mempertahankan seorang ahli parlimen DAP bagi Kuching, Chong Chieng Jen di Dewan Rakyat yang mempersoalkan peranan sebuah syarikat milik kerajaan Sarawak.

Pada 16 Disember lalu, Gobalakrishnan turut serta dalam perbahasan wakil pembangkang itu yang menggesa Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud disiasat apabila Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diluluskan.

Chong mendakwa rakyat Sarawak mengetahui perkara tersebut tetapi Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak menyiasat dakwaan terhadap Abdul Taib dan ahli keluarganya.

Sewaktu dihubungi tadi, Gobalakrishnan berkata beliau mahu masuk ke Sarawak untuk menghadiri satu program PKR.

Berikutan itu, katanya, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam sesi sidang Dewan Rakyat yang akan datang.

Bagaimanapun, tiada reaksi rasmi kerajaan Sarawak setakat ini berhubung insiden tersebut.

PKR telah meningkatkan kempennya di menjelang pilihanraya negeri - diura-urakan akan diadakan pada 2010.

Pemimpin utamanya Datuk seri Anwar Ibrahim mendakwa pembangkang semakin kuat untuk menumbangkan kerajaan BN pimpinan Abdul Taib.

Anwar juga telah meminta barisan pemimpin kanan parti itu termasyk ahli-ahli parlimennya setiap minggu melawat Sarawak untuk menemui rakyat negeri tersebut.


ARef : UMNO semakin BACUL!!!! Takut Kehilangan Kuasa.....

Blog Stats