Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, January 06, 2009

Pilihanraya Kecil: Penamaan Calon, Timbalan Presiden KeADILan Dr.Syed Hussin Ali Bakal Ketuai 3,000 Ahli Di Kuala Trengganu Esok !!

Pahang Daily Online : KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden KeADILan, Syed Husin Ali akan mengetuai kira-kira 3000 ahli KeADILan ketika berarak bagi menyokong calon Pas pada penamaan calon esok di Kuala Terengganu. Menurut Naib Presiden KeADILan Mustafa Kamil Ayob yang juga memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil P36 Terengganu bagi KeADILan, kira-kira 3000 ahli KeADILan akan bersama-sama pemimpin akan hadir esok. “Kami difahamkan kira-kira 3000 ahli KeADILan dari seluruh Malaysia akan hadir esok dan ianya akan dipimpin oleh Dr Syed Husin,” katanya. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Ketua Umum, Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan berdiri teguh menyokong calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut dan akan berusaha bagi memastikan calon Pakatan Rakyat ini terpilih mewakili rakyat di Parlimen kelak. “Kita yakin dengan pengalaman beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di Wakaf Mempelam selama lima penggal, inshaallah kemenangan akan berpihak kepada kita,” menurut Anwar. Anwar yang kini berada di Turki dijadualkan pulang dari negara berkenaan hari ini, dan akan merasmikan Bilik Gerakan Utama KeADILan di dun Bandar, Kuala Terengganu esok.

Menurut laporan media, BN akan mengharungi saingan di bawah tema “BN Mesra Rakyat” manakala PAS membawa tema “Perubahan Untuk Kemenangan Rakyat”. Mohd Abdul Wahid Endut, yang juga Adun Wakaf Mempelam diumumkan calon Pas pada 1 Januari lalu akan menetang hebat calon BN, Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Selain itu, beberapa laporan media turut menyebut dua calon Bebas termasuk seorang tanpa parti iaitu Isma Airfath Hassanuddin dan seorang dipercayai daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad. Penamaan calon telah ditetapkan esok manakala hari pembuangan undi jatuh pada 17 Januari dengan masa berkempen selama 11 hari. Sesi penyerahan borang penamaan calon akan dibuat pada jam 9 hingga 11 pagi di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.

[Teringat kita semasa hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dulu. Sejak awal-awal lagi pemerhati sudah melihat bahawa PKR bakal menumbangkan BN di sana. Ini berdasarkan kepada sokongan ribuan rakyat yang turut dari segenap pelusuk negara untuk memberi sokongan kepada Anwar. Bahkan, terkadang kita merasa kasihan dan simpati melihat sokongan rakyat yang begitu jelas tidak mahu lagi kepada BN. Bukan sahaja semasa hari penamaan calon, malahan juga turut melibatkan ceramah-ceramah BN yang diadakan di sana. Apakah fenomena yang sama akan berlaku pula di Kuala Trengganu. Kami mendapat maklumat dari "orang dalam BN" bahawa Calon Bebas "Tok Mun" mendapat belanja RM30,000 semasa bertanding dalam pilihanraya umum lalu. Apakah kali ini ramai lagi calon-calon bebas akan ditaja oleh UMNO dan BN bagi memecahkan undi di Kuala Trengganu nanti?].

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats