Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, October 13, 2008

Srikandi N.Sembilan kritikal di HUKM



"Dari Blog Tuneman Oct 9, '08 11:28 . Pagi ini saya mendapat kabar Shamsiah Fakeh telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, HUKM.

Generasi muda pastinya ramai yang tidak mengenali beliau. Buat mereka yang mengenali pasti ada yang beranggapan beliau seorang pejuang kemerdekaan dan tidak kurang juga yang melabelkan seorang pengkhianat dan pengganas. Biar apa pun tanggapan kita biarlah sejarah yang menentukan.


Shamsiah Fakeh wanita kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini adalah satu nama yang sangat bermakna buat saya. Tok Utih dan Uwan Ulu adalah rakan seperguruan beliau yang masih hidup di kampung cuma agak uzur. Meraka adalah murid-murid terawal Maulana Lebai Maadah . Uwan Ulu lah yang banyak bercerita kepada kami betapa perit dan susah hidup di zaman penjajah.

Uwan Ulu juga banyak bercerita tentang rakan-rakan seperguruannya. Pernah kami tanyakan tentang Shamsiah Fakeh ‘den tak sekuek dio’ katanya singkat. Jawapan yang memberikan seribu erti mungkin kerana seumur 16 tahun gadis sunti ini telah menggalas senjata berjuang di hutan berjuang bersama-sama ideologi mereka.

Hampir sepuluh tahun mereka berjuang meniupkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara terutamanya di Tanah Melayu dan Indonesia.

Hanya meraka yang benar-benar ‘kuek’ sahaja mampu melakukan ini.
“Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan.

Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka”
Itulah kata-kata yang dipetik dari buku "Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-10" terbitan pertamanya oleh Universiti kebangsaan Malaysia dan terbitan kedua oleh Strategic Information and Research Development Centre. Mari lah kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesejahteraan, kelonggaran dan cepat sembuh.



Sumber :
SINI

"

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats