Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Saturday, October 11, 2008

Presiden PAS Bakal Terima Kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Australia




Oleh : Wan Nordin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR, 11 Okt (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bakal menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia pada jam 5.30 petang ini. Harakahdaily dimaklumkan, Ms Penny Williams akan bertemu dengan Presiden PAS di Pejabat Agung PAS dalam satu program ringkas yang diaturkan khas petang ini.

Pertemuan itu dijangka akan berlangsung selama sejam, dan akan berakhir kira-kira jam 6.30, yang turut akan dihadiri beberapa pimpinan PAS Pusat.

Esok, PAS Pusat pula akan mengadakan Rumah Terbuka PAS di Stadium Melawati, Shah Alam bagi meraikan ahli PAS dan seluruh rakyat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang masih berlangsung.

- Harakah

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats