Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Friday, March 13, 2009

Plak pokok demokrasi menjadi mangsa - ref malaysiakini

Oleh Dr Fikrah

 Ketika jam 9.50 pagi, saya terbaca artikel di dalam blog Cina Islam yang memaklumkan bahawa Plak Pokok Demokrasi yang telah dirasmikan oleh Dato Seri Nizar pada 7 Mac lalu, telah menjadi mangsa samseng UMNO. Saya terkejut dengan berita tersebut, dan segera bergegas ke tempat kejadian, melihat vandalisme yang telah dilakukan tersebut.

Setibanya saya di tempat tersebut, mendapati ramai orang sudah berkumpul di sana. Antara yang hadir ialah Menteri Besar Perak sendiri, Dato Seri Nizar, Ustaz Misbahul Munir dan Nga Koh Meng. Terdapat beberapa orang yang berada di situ menemubual Dato Seri tentang kejadian yang berlaku tersebut.

Saya sempat mengambil beberapa gambar, sebagai kenangan terhadap peristiwa hitam tersebut. UMNO begitu takut dengan plak pokok tersebut, sehingga berani (dalam erti kata penakut) memecahkannya. Perangai samseng ini memang jelas di hadapan mata kita, dan ia menyaksikan bahawa perbuatan itu sangat tidak professional.

Apabila DUN diminta dibubar, mereka terasa kurang enak, kerana mereka tahu, mereka pasti akan jatuh dengan cara tersebut. Tetapi, adakah mereka tidak bimbang, kedudukan UMNO semakin teruk pada pilihanraya akan datang? UMNO akan terkubur di bumi Perak, bahkan ditalqinkan oleh orang seluruh rakyat!

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah
.






Thursday, March 12, 2009

Skandal Patek Phillipe : Jam Khir Toyo - ref malaysiakini


Semenjak dua menjak nih, ada aje bom2 psikologi......... kini, skandal JAM KHIR TOYO laks...... lawak2...... aku pun tak tahu ropernya Jam Patek Phillipe tuh, jadi aku tanya aje pak google, dapatlah sket2..... walaupun tak sama tapi bolehlah layari laman web jam khir toyo kat
[SINI].


Berkenaan skandal JAM KHIR TOYO nih, aku kongsi berita yang Harakah tulis.......
Salahguna pemberian jam `Patek Phillipe' kepada Pengerusi PNSB
Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Wed | Mar 11, 09 | 4:11:25 pm MYT

SHAH ALAM, 11 Mac (Hrkh) - Panel siasatan yang dibentuk kerajaan Negeri yang dianggotai pasukan forensik akauntan mengenalpasti terdapat unsur salahguna melalui pemberian jam tangan mewah Patek Phillipe berharga RM159,250 kepada Pengerusi Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).Image

Dalam sesi perbahasan sidang DUN, Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali berkata, pemberian jam tangan mewah kepada Pengerusi PNSB itu telah mencabar prinsip urus tadbir korporat.

Ini kerana katanya, setiap pejawat awam tidak boleh menerima sebarang cenderahati yang bernilai lebih RM1,000 dan jika mereka menerima ia mesti dipulangkan kepada kerajaan.

Bagaimanapun beliau berkata, sehingga kini tiada sebarang maklumat yang diperolehi mengenai pemulangan jam tangan tersebut dan jam itu tidak ada dalam simpanan PNSB.

Menurut sumber katanya, jam tangan tersebut telah dijual oleh PNSB kepada seorang pembeli tetapi tidak mempunyai rekod bagi membuktikan kesahihan penjualan tersebut.

Dalam masa yang sama, Azmin turut mempersoalkan kelulusan pembelian hartanah Al-Marwa yang dikeluarkan melalui resolusi Pengarah untuk lima unit namun telah dibeli sebanyak 12 unit. Image

Katanya, wang berjumlah RM12 juta telah dibawa keluar tanpa kelulusan pihak bertanggungjawab dan urusniaga untuk tujuh unit yang dijual balik kepada kroni tidak mempunyai resit rasmi.

Beliau mempersoalkan apakah muslihat PNSB yang diketuai bekas Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo apabila terdapat bukti percubaan untuk membeli semula unit yang telah dijual.

Mengikut rekod PNSB tiada sebarang kelulusan yang diperolehi daripada Pihak Berkuasa terbabit dalam pelaburan hartanah di luar negara, tegasnya.

Selain itu kata beliau, PNSB gagal mengistiharkan faedah bukan wang yang diberi kepada kakitangan termasuk Pengerusi termasuk bentuk barangan, wang tunai atau kedua-duanya termasuk Toyota Harrier dan pemandu serta percutian dalam dan luar negara.

Beliau turut mendesak pihak PNSB supaya memaklumkan berapa jumlah yang dikeluarkan PNSB untuk menampung kos perbelanjaan ahli Balkis termasuk pakaian dan perhiasan mereka.




Wednesday, March 11, 2009

Raja Nazrin - Melayu Mungkin Pupus - ref malaysiakini

Assalamualaikum, ada berita hangat pulak bila aku dah lama tak buat posting........ korang ley tengok betul2 apa yang Utusan tulis nih.......

Melayu mungkin pupus?

BANGI 10 Mac - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan orang Melayu tentang kewujudan usaha radikal oleh pihak-pihak tertentu untuk mengubah resipi kekuatan bangsa Melayu.

Baginda bertitah, resipi yang mahu diubah itu terdiri daripada faktor-faktor agama, bahasa dan budaya di bawah naungan dan perlindungan raja-raja Melayu serta termaktub dalam Perlembagaan.

Baginda menegaskan, dalam konteks bangsa Melayu di negara ini, resipi kekuatan itu merujuk kepada elemen utama penyatuan dan kekuatan bangsa.

"Hari ini telah timbul usaha-usaha radikal daripada kalangan yang tidak mendalami muslihat di sebalik yang tersirat yang mahu mengubah resipi tersebut,'' titah baginda.

Raja Nazrin bertitah demikian ketika melancarkan buku The Malays karya ahli akademik Australian National University, Prof. Anthony Milner di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Raja Muda Perak bertitah, keterusan hidup atau survival Melayu sebagai satu bangsa bergantung beberapa faktor yang selama ini memberikannya identiti dalam bentuk agama, bahasa dan budaya.

Titah baginda, ia termasuk budaya bernegara dan berkerajaan yang berpegang kepada prinsip rakyat beraja dan negeri bersultan.

Baginda bertitah, betapa malangnya bangsa apabila berlakunya tindakan yang mahu menghapuskan tradisi dan meruntuhkan institusi Melayu.

"Betapa terancam survival bangsa apabila tradisi dan institusi tidak lagi dihormati dan disifatkan sebagai antitesis kepada pemikiran rasional, permodenan dan sains.

"Betapa malangnya apabila generasi yang cetek terhadap latar belakang sejarah mengaitkan tradisi sebagai amalan jahiliah, tahyul dan dogmatik," titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, dalam mengharungi gelombang globalisasi dan menghadapi dinamik politik yang sedang melanda, bangsa Melayu kini di persimpangan jalan dan menghadapi dua kemungkinan.

Titah baginda, kemungkinan pertama ialah bangsa Melayu akan terus bertahan, berkembang dan kuat serta dihormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung di dunia global.

Kemungkinan kedua, titah baginda, ialah bangsa Melayu hanyut dalam gelombang globalisasi, menjadi lemah kerana akar budaya dan tradisinya telah dicabut malah pemikiran, gaya hidup dan nilai-nilai budaya bangsa makin disisihkan.

Sehingga akhirnya, baginda bertitah, Melayu itu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan cerita yang terkandung dalam hikayat-hikayat lama.

Pada ketika itu, Raja Nazrin bertitah, tiada lagi minat untuk dilakukan kajian sosiopolitik dan sosioekonomi bangsa Melayu secara dinamik.

Baginda bertitah, kalau masih ada pun yang berminat mengkaji bangsa Melayu, ia mungkin terbatas kepada sejarah kejatuhan atau lebih tertumpu kepada aspek antropologi dan arkeologi bangsa Melayu yang hanya tinggal dalam sejarah.

"Untuk itu, perlulah bangsa mengambil renungan akan kisah kebodohan Pak Kadok, memiliki ayam sabung yang hebat lalu dipermainkan oleh pihak lawan.

"Akhirnya Pak Kadok menyerahkan ayam sabung kepada lawan, Pak Kadok sekadar bersorak menang sabung sedangkan kampungnya telah digadai," titah baginda.




Bila aku baca tang resipi yang dimaksudkan oleh Raja Nazrin yang ingin diubah oleh golongan radikal nih, teringat aku tentang BAHASA......... GOLONGAN RADIKAL = UMNO!!!!

Tuesday, February 17, 2009

CONFIRM!!!! : Elizabeth, ADUN Bukit Lanjan Letak Jawatan - ref Malaysiakini

HUHH...DAH JADIK 3 BUKIT NIE...

Elizabeth Wong letak jawatan Exco, Adun


KUALA LUMPUR: Elizabeth Wong Keat Ping yang dikaitkan dengan penyebaran gambar bogelnya di internet, mengumumkan meletakkan jawatan Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar pagi ini di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini.

KING OF THE HILLS..KITA TENGOK SAPA YANG KENAAAAA..WKAHAKHAKAHA


SUMBER : Web Panas

Adakah Raja Petra Dihantar ke Kamunting??? - ref Malaysiakini

Bersumberkan daripada penulis tersohor, Tukar Tiub memberitakan.....

Pada ketika ini Raja Petra Kamaruddin (PRK ) sedang menunggu keputusan Mahkamah Perseketuan sama ada pembebasan Raja Petra dari tahanan ISA akan di terus atau RPK akan di hantar semula ke Kamunting.

Ketika ini 3 orang hakim sedang mendengar hujjah dari peguma bela Raja Petra.

Mahkamah Perseketuan terletak di Putrajaya.

ARef : Berdoalan agar Keadilan tertegak di Malaysia, dan yang bersalah harus dihukum dan BEBASKANlah RAJA PETRA........ Dan jangan lupa berdoa AGAR ALLAH memberi keizinan agar NAJIB DAN ROSMAH di siasat dalam PEMBUNUHAN ALTANTUYA!!!!! Dan sekiranya Najib dan Rosmah bersalah, Semoga ALLAH memberi undang-undang yang adil lagi semasa di dunia.

MALAYSIA DALAM BAHAYA - ref Malaysiakini

Semenjak 2 menjak nih, selepas tragedi 8 Mac lepas yang menyebabkan UMNO dan sekutunya kalah teruk dalam Pilihanraya Umum Malaysia ke-12, strategi jahat UMNO semakin menjadi-jadi.

Sekiranya diimbas kembali peristiwa demi peristiwa, rakyat Malaysia seharusnya membuka mata dan menyedarkan seluruh rakyat Malaysia yang masih mengantuk atau terlena dek kerana habuan duniawi UMNO.

Peristiwa LIWAT 2 yang direka cipta oleh UMNO dengan tetiba dipersetujui oleh EZAM yang kini menyertai UMNO dan yang dahulunya kononnya bermati-matian memperjuangkan REFORMASI kerana perbuatan UMNO yang terang-terangan TIPU!!!!

Setelah itu, peristiwa penangkapan EXCO NEGERI PERAK terhadap KES RASUAH yang akhirnya menyebabkan 3 EXCO daripada Pakatan Rakyat keluar dan menyokong agenda UMNO dan menyebabkan Kerajaan Perak beralih kuasa kepada UMNO.

Dan kini, EXCO NEGERI SELANGOR, Elizabeth Wong yang sedang digoyahkan UMNO dengan penyebaran gambar separuh bogelnya menyebabkan kemungkinan besar beliau akan meletak jawatan sebagai EXCO dan juga ADUN Bukit Lenjan.

Apa yang dapat disimpulkan, UMNO akan mengHALALKAN sahaja perbuatan Orang-orang UMNO meskipun Orang UMNO membunuh manusia, melakukan RASUAH, MEROGOL ANAK GADIS orang, MENCABUL kehormatan GADIS ( terutama di Havana Club), dan segala maksiat yang dilakukan oleh orang-orang UMNO kerana yang penting bagi mereka ialah, anda menjadi AHLI UMNO atau MENYOKONG UMNO, anda akan selamat di dunia MALAYSIA ini!!!!!

Apa yang pasti, kita semua dalam PAKATAN RAKYAT jangan gentar dan khuatir dengan tindak tanduk UMNO yang jahat ini, apa yang paling penting, kuatkan IMAN kita, persiapkan diri kita dengan IMAN dan AMAL YANG SOLEH demi perjuangan yang BENAR, kita jangan gentar dengan beberapa pejuang kita yang telah tewas dan melarikan diri daripada peperangan dan ada juga menjadi BARUA kepada MUSUH iaitu UMNO, apa yang paling penting, PERJUANGAN WAJIB DITERUSKAN dan KITA BERTAWAQQAL PADA ALLAH dengan setiap ketentuanNYA.

Friday, February 06, 2009

Kenyataan Media Terkini Presiden PAS

 Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara.

Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan. PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan. Pembubaran DUN akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihanraya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepadaseluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

Presiden PAS
Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang



Blog Stats