Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, January 22, 2009

PANAZZZZ!!! : Gambar Mayat OKT Mati Dalam Tahanan PDRM

WEBPANAS : Berita sebelumnya - Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes curi kereta mewah, mati secara tiba-tiba ketika sedang disoal siasat di Balai Polis Taipan, Subang Jaya dekat Shah Alam hari ini.


Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11 pagi ketika lelaki itu disoal siasat berhubung kes samun dan curi kereta mewah membabitkan kumpulan yang bergerak aktif di sekitar Lembah Klang.

"Ketika disoal siasat, lelaki itu minta segelas air minuman, sebaik minum dia jatuh dan tidak sedarkan diri. Doktor dari sebuah klinik berhampiran dipanggil untuk memeriksa lelaki berkenaan dan mengesahkan dia telah mati," katanya, lapor malaysiakini.

Jadi aku cuba dapatkan gambar mayat mangsa... macam biasa dalam laporan polis mengatakan bahawa mangsa ada mengidap "asma"... tengok gambar...













Lepas tengok semua gambar-gambar ni, baru aku tau... ooo... macam ni rupanya kalau mati sebab "asma"... rupanya kalau mati sebab "asma" kaki luka ngan lebam, belakang badan lebam + birat-birat + luka-luka... pergelangan tangan lak luka gak mungkin sebab tekanan masa penyakit "asma" tu datang...

Ooo... ni baru aku tau... korang rasa macam mana? agak-agak sesuai tak kalau Malaysia laksanakan hukum hudud? kalau dah laksanakan hukum hudud nanti agak-agak korang ada lagi tak OKT yang akan mati dalam tahanan sebab "asma"???

PDRM ngan Polis Yahudi aku agak sama spisis... yang tak sama spisis ada la dalam 20%... (Polis Baik)...

- Fuhhhhh...Baik Betul PDRM...Kalah Israel

Wednesday, January 21, 2009

Lagi Ha! Ha! Ha! : Umno berjaya ketepi perintah bayar RM218 juta - malaysiakini

Aku terkezut cam tak terkejut langsung bila Mahkamah memihak kepada UMNO..... beginilah UMNO, UMNO diharamkan mahkmah, dihalalkan semula oleh Mahathir, krisis kehakiman jugak berlaku!!!, reformasi bermula, UMNO laks berpecah dan wujudnya SEMANGAT 46......... ha! ha! ha!, lawak tollll UMNO si SARKIS badut!!!!

Aku kongsilah berita yang diberitakan Malaysiakini berkenaan bayaran 218 Juta yang berjaya UMNO ketepikan........ alahai UMNO!!!!

Malaysikini melaporkan......
Umno berjaya dalam permohonannya bagi mengetepikan satu keputusan mahkamah yang dibuat tanpa kehadirannya yang diperoleh sebuah syarikat yang membekalkannya barangan pilihanraya bernilai lebih RM218 juta.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ahmad Faizadh Yahaya mengeluarkan perintah itu dengan kos setelah membenarkan permohonan Umno mengetepikan keputusan mahkamah terhadap parti itu pada 17 Julai lepas, mengarahkannya membayar RM218 juta bersama faedah dan kos kepada Elegant Advisory Sdn Bhd.

Syarikat itu memohon satu penghakiman tanpa kehadiran itu ekoran kegagalan Umno menjawab samannya, lapor Bernama.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Umno, memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengemukakan satu memorandum kehadiran bersyarat bagi membolehkannya memfailkan permohonan membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan syarikat itu.

Elegant Advisory mengemukakan saman sivil itu pada 23 Jun tahun lepas dengan menamakan bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Umno, sebagai defendan.

Mohd Hafarizam berkata timbalan pendaftar menerima alasan Abdul Azim dalam permohonan mengetepikan penghakiman tanpa kehadiran itu, bahawa writ saman dan pernyataan tuntutan berkenaan dibuat tanpa memenuhi Aturan 10 Kaedah 1 Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980 dan Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan.

Katanya dokumen-dokumen itu tidak diserahkan sendiri kepada defendan manakala Elegant Advisory telah menamakan pihak yang salah sebagai defendan kerana syarikat itu sepatutnya menamakan pegawai awam parti dan bukan bendahari Umno sebagai defendan.

Dalam writ samannya yang difailkan menerusi Tetuan Termizi & Co, syarikat

itu menjelaskan bahawa ia membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihan raya ke-11 pada 2004 setelah diminta oleh Abdul Azim.

Elegant Advisory berkata oleh kerana Abdul Azim meminta bekalan yang banyak dan pernmohonan dibuat dalam jangka masa singkat, ini menyebabkan syarikat itu melantik pihak ketiga (syarikat-syarikat percetakan dan pembekal lain) untuk menyediakan barangan itu pada masa yang ditetapkan, dan Abdul Azim tahu mengenainya.

Syarikat itu mengemukakan invois sebanyak RM218,013,475 kepada Abdul Azim untuk pembayaran, dan pada 22 Mei 2004, satu surat dihantar kepadanya tetapi pembayaran masih tidak dibuat.

Elegant Advisory diwakili peguam Nazruddin Abdullah.

Ha! Ha! Ha! : BN tidak selamat walaupun di kerusi sendiri...

Malaysiakini : Kekalahan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Sabtu lalu menunjukkan kedudukan BN tidak lagi selamat walaupun di kerusi sendiri.

Ia juga menunjukkan, calon yang memegang jawatan timbalan menteri dan ketua Umno bahagian sekalipun, tidak semestinya menang dalam pilihanraya.

kuala terengganu by election polling day bn and pas candidates 170109Wan Ahmad Farid kalah kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi. Beliau mendapat 30,252 undi manakala lawannya itu mendapat 32,883 undi.

Manakala calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya mendapat 193 undi dan sekaligus hilang wang pertaruhan.

Namun kekalahan tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sejak awal lagi beliau bukanlah pilihan terbaik untuk bertanding kerusi parlimen tersebut.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, calon BN Datuk Razali Ismail menang dengan majoriti 628 undi ke atas calon PAS, Mohamad Sabu dan seorang calon bebas.

Pemilihan Wan Ahmad Farid dikatakan atas kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana beliau pernah menjadi setiausaha politiknya.

Ditolak pengundi muda

kuala terengganu by election 170109 polling day outside school 02Ada pemimpin Umno bahagian sendiri sejak awal-awal lagi menyerang peribadinya sehingga menjadi isu utama pembangkang dalam kempen pilihanraya tersebut.

Faktor calon ini telah menjadi faktor utama kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Di sana sini para pengundi bercakap mengenai sikapnya sehingga dikatakan telah mempengaruhi pengundi untuk menolaknya.

Tetapi kekalahan BN bukan sahaja disebabkan oleh faktor calon, tetapi terdapat banyak faktor lagi.

Strategi politik pembangunan yang dicanangkan sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut juga tidak menjadi, malah ditolak oleh pengundi muda.

Projek pembangunan besar-besaran yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya tidak berkesan kepada lebih 80,000 pengundi di Kuala Terengganu.

Mungkin mereka sudah muak dengan pembangunan segera yang hanya tiba ketika musim pilihanraya. Golongan muda dan cerdik pandai dikatakan tidak boleh menerima sogokan sedemikian rupa.

Golongan muda mahu pembangunan jangka panjang secara tersusun termasuk peluang pekerjaan untuk mereka.

Ezam turut berkempen


Ramai golongan muda di Kuala Terengganu, termasuk lulusan pengajian tinggi, mengeluh mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka.

kuala terengganu by election 150109 kubang ikan 01Agak menghairankan ceramah pemimpin BN termasuk Najib sendiri, kurang mendapat sambutan berbanding ceramah pemimpin pembangkang, khususnya ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, kehadiran pemimpin lain BN seperti Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin, juga tidak memberi kesan langsung kepada BN.

Khairy sendiri umpamanya tidak segarang ketika berkempen dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos lalu.

Barangkali orang yang paling menonjol menyerang pembangkang tidak lain tidak bukan ialah bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor.

Beliau datang menyerang Anwar sebagaimana di Permatang Pauh, tetapi kali ini beliau mendedahkan sepucuk surat yang didakwanya surat damai Anwar kepada mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ezam mendedahkan surat tersebut kononnya untuk menunjukkan sikap hipokrit Anwar iaitu memuji Dr Mahathir pada waktu siang tetapi memaki hamun pada malam hari.

Isu digemari pengundi

Ceramah-ceramah terbuka oleh pemimpin BN hanya dihadiri 100 hingga 200 orang sahaja. Malah sebahagiannya adalah petugas parti yang datang dari luar Terengganu.

Berbeza dengan ceramah pembangkang, khususnya cearmah Anwar, yang dihadiri oleh ribuan orang, khususnya golongan muda.

Anwar juga berjaya membawa isu yang digemari pengundi iaitu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu, pembelian kapal selam dan Eurocopter.

kuala terengganu by election 160109 anwar ibrahimIsu-isu tersebut sedikit sebanyak berjaya menarik pengundi untuk mendekati PAS dan menjadikan ceramah-ceramah BN hambar dan sunyi.

PAS pula berulangkali memainkan isu pembaziran kerajaan negeri melalui projek Piala Monsun, Taman Tamadun Islam dan sebagainya.

Isu royalti minyak juga ditengahkan oleh pembangkang, khsususnya PAS, menarik minat sebahagian pengundi Kuala Terengganu.

Majoriti 2,631 undi yang diperolehi Abdul Wahid menunjukkan bahawa BN tidak lagi selamat di tempatnya sendiri.

Jika sesuatu tidak dilakukan segera, ada kemungkinan banyak lagi kawasan lain akan jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam pilihanraya umum lalu, lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor jatuh ke tangan pembangkang.

Tuesday, January 20, 2009

Rela Dipenjara Kerana SUNNAH NABI



KOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) - Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban. (SINGH BOLEH LAKS YERRR????)

Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.

Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara

Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan.

Mahkamah mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan yang munasabah dan tiada keterangan saksi-saksi lain yang dapat mengesahkan Ahmad Nasir seorang lebai.

Bagaimanapun pelajar pondok itu yang diwakili peguam Ahmad Rizal Effande Zainol memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut bagi membolehkan rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.

Namun mahkamah menolak permohonan peguam dan mengekalkan keputusan asal. Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.

Ahmad Rizal ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu beliau menyerahkan kepada anak guamnya untuk memilih sama ada ingin membayar denda atau sebaliknya.

Katanya, anak guamnya merasakan dirinya tidak bersalah kerana ia hanya mempertahankan sunah Rasulullah saw dengan memakai serban.

Oleh itu beliau akan memfailkan permohonan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.

"Saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi bagi dijadikan bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah 'lebai' dalam peruntukan undang-undang," katanya.

Perkarangan mahkamah dipenuhi hampir 100 rakan Ahmad Nasir yang datang untuk memberikan sokongan moral.

Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.

Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.

Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan.


SUMBER : Pemuda Besut

Sunday, January 18, 2009

Rakyat menghukum BN, sekali lagi - Y.B. Zul



Alhamdulillah, calun PAS, Hj Abdul Wahid Endut telah memenangi piliharaya kecil Kuala Terengganu P.36 dengan undi 32883, manakala calun BN memperolehi 32252 undi. Rakyat berbilang kaum sekali lagi menghukum BN dengan menolak calon yang bertanding. Mesej yang disampaikan oleh rakyat kali ini jelas walaupun BN telah menyalahgunakan jentera kerajaan termasuk PDRM dengan hasrat menakut-nakutkan pengundi.

Mereka membuat tipu-daya, dan Allah juga membuat tipu daya. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah.

Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar!

- Zulkifli Noordin

ARef: Apa yang aku nak habaq cumalah..... terimakasihlah kepada BN di atas sumbangan anda selama 10 hari di Kuala Terengganu walaupun tidak ikhlas dan bermotifkan rasuah semata-mata. wow!!! memang melimpah-limpah projek di Kuala Terengganu tuh selama 10 hari, jabatan kerajaan di kementerian diperkudakan sepenuhnya...... memamng lawaklah BN. Alhamdulillah kemenangan kepada PAS dan ini menunjukkkan BN akan ranap dah tak lama dahhhhhh.....

Thursday, January 08, 2009

Pakatan Rakyat desak sidang tergempar Parlimen bincang keganasan Israel ke atas Palestin

Dari TVAntara
Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan usul mendesak supaya satu sidang tergempar Dewan Rakyat diadakan bagi membahas isu keganasan Israel di Palestin.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat memandang berat pergolakan di Semenanjung Gaza yang semkin meruncing , Kira-kira 500 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak terbunuh akibat serangan rejim Zionis dalam tempoh seminggu.

Memorandum mendesak diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat diserahkan kepada kerajaan pagi tadi. Dalam memorandum itu, Pakatan Rakyat menggesa supaya rakyat diberi peluang membuat pendirian rasmi bagi menyertai masyarakat antarabangsa dalam menyatakan tentangan terhadap keganasan Israel dan memberikan sokongan moral kepada rakyat Palestin.


- Anwar Ibrahim



Berita GUMBIRA : Harakahdaily dah Operasi cam Biasa....


Alhamdulillah, segala kesulitan melayari harakahdaily dah ok dah......... sila layari Harakahdaily di [SINI].

Blog Stats