Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, January 20, 2009

Rela Dipenjara Kerana SUNNAH NABI



KOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) - Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban. (SINGH BOLEH LAKS YERRR????)

Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.

Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara

Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan.

Mahkamah mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan yang munasabah dan tiada keterangan saksi-saksi lain yang dapat mengesahkan Ahmad Nasir seorang lebai.

Bagaimanapun pelajar pondok itu yang diwakili peguam Ahmad Rizal Effande Zainol memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut bagi membolehkan rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.

Namun mahkamah menolak permohonan peguam dan mengekalkan keputusan asal. Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.

Ahmad Rizal ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu beliau menyerahkan kepada anak guamnya untuk memilih sama ada ingin membayar denda atau sebaliknya.

Katanya, anak guamnya merasakan dirinya tidak bersalah kerana ia hanya mempertahankan sunah Rasulullah saw dengan memakai serban.

Oleh itu beliau akan memfailkan permohonan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.

"Saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi bagi dijadikan bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah 'lebai' dalam peruntukan undang-undang," katanya.

Perkarangan mahkamah dipenuhi hampir 100 rakan Ahmad Nasir yang datang untuk memberikan sokongan moral.

Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.

Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.

Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan.


SUMBER : Pemuda Besut

Sunday, January 18, 2009

Rakyat menghukum BN, sekali lagi - Y.B. Zul



Alhamdulillah, calun PAS, Hj Abdul Wahid Endut telah memenangi piliharaya kecil Kuala Terengganu P.36 dengan undi 32883, manakala calun BN memperolehi 32252 undi. Rakyat berbilang kaum sekali lagi menghukum BN dengan menolak calon yang bertanding. Mesej yang disampaikan oleh rakyat kali ini jelas walaupun BN telah menyalahgunakan jentera kerajaan termasuk PDRM dengan hasrat menakut-nakutkan pengundi.

Mereka membuat tipu-daya, dan Allah juga membuat tipu daya. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah.

Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar!

- Zulkifli Noordin

ARef: Apa yang aku nak habaq cumalah..... terimakasihlah kepada BN di atas sumbangan anda selama 10 hari di Kuala Terengganu walaupun tidak ikhlas dan bermotifkan rasuah semata-mata. wow!!! memang melimpah-limpah projek di Kuala Terengganu tuh selama 10 hari, jabatan kerajaan di kementerian diperkudakan sepenuhnya...... memamng lawaklah BN. Alhamdulillah kemenangan kepada PAS dan ini menunjukkkan BN akan ranap dah tak lama dahhhhhh.....

Thursday, January 08, 2009

Pakatan Rakyat desak sidang tergempar Parlimen bincang keganasan Israel ke atas Palestin

Dari TVAntara
Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan usul mendesak supaya satu sidang tergempar Dewan Rakyat diadakan bagi membahas isu keganasan Israel di Palestin.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat memandang berat pergolakan di Semenanjung Gaza yang semkin meruncing , Kira-kira 500 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak terbunuh akibat serangan rejim Zionis dalam tempoh seminggu.

Memorandum mendesak diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat diserahkan kepada kerajaan pagi tadi. Dalam memorandum itu, Pakatan Rakyat menggesa supaya rakyat diberi peluang membuat pendirian rasmi bagi menyertai masyarakat antarabangsa dalam menyatakan tentangan terhadap keganasan Israel dan memberikan sokongan moral kepada rakyat Palestin.


- Anwar Ibrahim



Berita GUMBIRA : Harakahdaily dah Operasi cam Biasa....


Alhamdulillah, segala kesulitan melayari harakahdaily dah ok dah......... sila layari Harakahdaily di [SINI].

Harakahdaily Kena HACK???

Mula-mula, aku nak korang jenguk dulu harakahdaily kat [SINI].

Aku nak jenguk harakah tadi, tapi, tetiba, dah jadi pening, keluar "gua".... camnih...


Aku jenguk laks, kat ruangan forum Tranungkite, aku dapat info daripada seorang pengujung yang menggunakan nickname "boloqaroq"...... menyatakan :-

Yang informtion kat bawah ni dari tadi duk attack harakahdaily

Name: Unknown
IP Address: 58.27.101.173
Location: Unknown
Network: APNIC-58
Comment: spam or abuse reports relating to these addresses.

Masa PILIHANRAYA, ada aje berita pelik kan???? apa2pun, aku yakin, PAKAR2 IT Harakah sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.......


Apa-apa perkembangan.... aku akan bagitau semula.....

Anwar: Bukan Islam tidak dipaksa tunduk kepada hudud

Oleh G.MANIMARAN

ktceramah 06 b

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.

“Tiada niat untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud,” katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.

Ia merupakan ceramah besar pertama selepas penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terenggani pagi semalam.

Malah ia juga adalah kenyataan pertama Anwar mengenai hudud sejak ia muncul dua minggu lalu.

Turut hadir berucap adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan.

“Ronnie Liu (daripada DAP) mungkin kata Kristian adalah lebih baik manakala saya kata Islam lebih baik.

“Tetapi umumnya kami mempunyai matlamat sama untuk menjadikan negara lebih baik,” katanya. - MStar


SUMBER : Perak Express




SPR: Antara kuasa dan inisiatif

Oleh : Profesor Dr. Abdul Aziz Bari



 Saya berasa lucu apabila bekas Pengerusi Suruhan jaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri A. Rashid A. Rahman pada 30 Disember lalu mengugut hendak menyaman ahli-ahli Parlimen pembangkang yang didakwanya memfitnah dan memalukan dirinya. Dalam keghairahan Rashid menggertak ‘musuh-musuhnya’ beliau tanpa disedari mempamerkan kejahilannya sendiri. Ini amat menjengkelkan kerana beliau kelihatan bangga kerana telah bersama SPR selama 25 tahun. Ini dengan sendirinya memaparkan satu kegagalan; khususnya dalam memahami objetif dan kandungan undang-undang pilihan raya.

Sebagai seorang penjawat awam, lebih-lebih lagi SPR yang merupakan ‘pengadil’ kepada parti-parti politik, Rashid sepatutnya lebih terbuka dan bersedia menerima kritikan, termasuk yang agak keras. Saya fikir parti-parti politik, baik BN atau PR tidak akan saja-saja mengarut dan mencari fasal atau publisiti murahan kerana semua akan memberi kesan negatif kepada populariti mereka. Sebab itu saya tidak faham dengan gelagat Rashid, meskipun itu bukanlah kali pertama beliau berkelakuan begitu.

Gertakan Rashid hendak membengkapkan ahli-ahli Parlimen supaya mereka kehilangan kerusi di bawah Perkara 48 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan tidak masuk akal. Ini kerana amaun ganti rugi dan sebagainya ialah kerja hakim, Rashid tidak boleh menentukannya. Itu pun kalau beliau menang dan mereka gagal membayarnya. Sekarang kita belum tahu sama ada beliau ada kes yang baik atau tidak. Silap-silap mungkin Rashid sendiri yang tewas dan terpaksa membayar kos guaman ahli-ahli Perlimen itu!

Saya tidak pasti Rashid boleh menang kalau dia menyaman atas alasan ahli-ahli Parlimen itu memfitnahnya, Ini kerana sebagai seorang yang mengendalikan Pilihanraya sudah pasti ada hal-hal yang menimbulkan syak dan keraguan kepada integriti dan kebebasan beliau. Apa lagi dalam keadaan dia begitu banyak membuat kenyataan dan tindakan aneh termasuk membatalkan penggunaan dakwat hitam tiga hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke 12 pada 8 Mac lalu.

Alasan Perlembagaan yang disebut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak begitu menyakinkan. Selepas itu kerajaan mengakui bahawa ia tidak mempunyai bukti kukuh untuk membatalkan penggunaan dakwat yang dibeli dengan harga RM2.2 juta itu. Bukan sahaja parti-parti penbangkang, BN sendiri pun mempersoalkan keputusan membatalkan penggunaan dakwat itu.

Rashid turut menyatakan yang beliau mahu berbincang dengan kerajaan perlunya SPR mempunyai autonomi dan kebebasan. Ini juga lucu kerana ia mengesahkan dakwaan pembangkang. Dengan sendirinya Rashid telah menempelak dakwaan BN. Apa pun yang Rashid katakan itu semuanya tidak perlu kerana Perlembagaan sudah menyediakan prasarana yang cukup. Perlembagaan melalui Perkara 113 (1) dan (2) menjelasklan apakah fungsi-fungsi SPR. Ia juga secara umum membayangkan apakah kuasa-kuasa yang patut dan wajar dimilki oleh suruhanjaya. Adalah tidak mungkin untuk menyenaraikan kesemuanya. Peruntukan itu juga membayangkan apakah inisiatif yang perlu SPR buat. Mendengar apa yang dikatakannya jelas Rashid sendiri tidak faham kedudukan dan peranan SPR. Dan apabila beliau mahu mengemisnya dari kerajaan sahlah bahawa beliau memang tidak mahu faham. Adalah tidak logik untuk kerajaan sebagai salah satu pihak berkepentingan bersetuju dengan apa diminta oleh Rashid.

Dalam sejarah negara Pengerusi yang terbaik dikatakan Tan Sri Mustafa Albakri. Dan kita perlu ingat bahawa ketika itu negara dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, seorang Perdana Menteri yang dikira paling liberal. Pada pendapat saya Rashid bukan sahaja tidak dapat menyaingi tokoh itu, malah mungkin berada di dalam senarai paling bawah. Sebagai warganegara dan pembayar cukai saya berhak membuat penilaian ini dan Rashid tidak ada alasan untuk menyaman saya!

Blog Stats