Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, October 16, 2008

Rumah terbuka TPM di Pekan Ahad ini



KUANTAN 16 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dataran Pekan pada hari Ahad ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, rumah terbuka tersebut akan berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 2 petang.

``Orang ramai terutama penduduk sekitar Pekan dialu-alukan menghadirinya bagi memeriahkan majlis sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri,'' kata kenyataan tersebut.

- Utusan


AR: Jangan lupa mai ghamai2....... bawak sepanduk C4 sekali..... and then, sepanduk helikopter pun jangan lupa.... takpun, pakai kostum berwajahkan Altantuya... konpem kena perambat.... hahahahaha... hangpa pilah makan dulu, baru pakai kostum....

Kami Prihatin...... Banjir Kilat Padang Jawa Petaling

Padang Jawa Petaling, Shah Alam - Pejabat YB Khalid Samad telah dikejutkan dgn berita banjir kilat yg berlaku pada hari rabu bermula sekitar jam 6 pagi. Berdasarkan maklumat yg kami terima dari penduduk terbabit, lebih 300 unit rumah telah dinaiki air yg turut melibatkan sejumlah (anggaran) 800 penduduk. Antara pihak yg turut hadir membantu semasa kejadian ialah Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad dan ADUN kota Anggerik YB Rodziah Ismail. Pihak kami juga difahamkan bahawa pihak MBSA, telah menghulurkan bantuan makanan melalui majlis perwakilan penduduk Zon 6 - Encik Zulkefli bin Nani.


Disini YB Khalid Samad juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak MBSA yg telah tangkas bertindak membantu penduduk, serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yg terlibat menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk dan berharap agar bencana yg melanda ini tidak melemahkan semangat penduduk2 padang jawa petaling ini.

-Pejabat YB Khalid Samad-

Dr M nafi di belakang Najib


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyangkal cakap-cakap yang beliau akan menjadi perdana menteri penasihat, memainkan peranan di belakang Datuk Seri Najib Tun Razak seperti didakwa oleh bekas
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertangunggjawab bagi undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid juga menganggap yang kejatuhan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah hasil daripada angkara Dr Mahathir.

Menyifatkan cakap-cakap itu sebagai "benar-benar karut", Dr Mahathir berkata Najib ada pendirian sendiri dan tiada jaminan yang timbalan perdana menteri itu akan mendengar apa juga yang dikatakan oleh bekas perdana menteri itu, demikian menurut laporan Bernama.

"Saya juga fikir bahawa apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik (perdana menteri), beliau mungkin akan merundingi saya mengenai sesetengah isu, tetapi seperti yang anda lihat beliau tidak pernah meminta apa-apa pandangan daripada saya. Malahan, beliau mengubah semua yang saya telah lakukan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum di Universiti Teknologi Petronas, di Tronoh hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menafikan cakap-cakap bahawa Dr Mahathir adalah perancang utama dalam meningkatkan popularitinya dan Najib sebagai pemimpin masa depan negara.

"Saya tidak fikir anda perlu dalam apa cara pun keliru kerana anda lihat kami bersama (dengan Mahathir). Pada hakikatnya kami bertemu dalam sesetengah

majlis tidak bermakna ada perkembangan besar berlaku," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Bersama Malaysia-Indonesia pertama di Tronoh semalam.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata terpulang kepada pucuk pimpinan parti Gerakan untuk membuat keputusan sama ada terus kekal bersama Barisan Nasional (BN) ataupun sebaliknya.

Beliau berkata parti itu mempunyai dua pilihan sekiranya memutuskan untuk keluar dari BN iaitu menyertai pembangkang ataupun menjadi sebuah parti bebas.

"Dalam parti lawan (pembangkang) dia (Gerakan) akan jadi rakan kongsi yang amat junior pasal dia tak kuat, dia cuma bergerak di Pulau Pinang sahaja. Kalau tidak dia boleh jadi parti bebas, parti bebas ni tidak ada apalah... tidak pernah boleh jadi kerajaan pun," katanya mengulas sikap pemimpin Gerakan yang terus-terusan membangkitkan soal ingin keluar dari BN.

Bagaimanapun Dr Mahathir berkata sekiranya Gerakan kekal dalam BN, setidak-tidaknya parti itu mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam kerajaan.

"Itu terpulanglah kepada pemimpin Gerakan untuk pilih yang mana satu. Duduk dalam BN dan ada peluang jadi kerajaan ataupun jadi parti bebas ataupun masuk letak diri di bawah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (penasihat PKR) dan kena ikutlah Anwar Ibrahim. Pilihan di tangan mereka," katanya.

- Malaysiakini

AR: Jahat betoi hangpa nih duk kata Tun M kat belakang Najib.... nanti dikatakan Tun M liwat najib laks..... padahal Tun M duk dalam kepala hotak najib.... sering dirindu.

Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri KeADILan Negeri Pulau Pinang



Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri KeADILan Negeri Pulau Pinang

Tarikh : 19hb Oktober 2008 (Ahad)
Masa: 12 tghari hingga 5 petang.
Tempat : Dewan Jubilee, Sungai Dua, Bayan Baru, Pulau Pinang

AR: Jom Pakat mai ghamai2..... kita makan free sambil memeriahkan majlis..... konyang perut, suko hati..... jangan laks sesuko hati nak bungkuih dah ler....kui3.

dasyat : bakal PM difitnah lagi !..

astagfirullahalazim....
kok yer pun kalau benci sangat kat pakal PM kita... takkan lah macam ni sekali fitnahnya terhadap dia...

petang tadi motor cabok merayau-rayau dalam ruang maya ni... terjumpalah satu posting yang amat mengejutkan motor cabok. motor cabok pun "tekan break" kejap kat blog tu...

tengok dan perhati betul-betul gambar bakal PM kita ni. secara peribadi... motor cabok tidak percaya yang gambar ini gambar asal walaupun muka tu motor cabok kenal sangat. gambar ini rekaan semata-mata.... gambar yang telah diubah!. dia telah difitnah!..

ini adalah fitnah yang nyata... minta dicari... minta dikenal pasti... siapa yang buat ini "durjana". nampak sangat tukang buat gambar ni memang "buta perut" dan "buta iman". jika dibuat oleh "non muslim"... ambillah tindakan... dan jika dibuat oleh " si muslim"... jatuhkanlah hukuman...

apa yang mengejutkan motor cabok lagi... gambar ini dilabelkan dengan nama "Najib-the-Hindu" semasa motor cabok "copy" dari blog ini. kisah di sebalik gambar ni diceritakan lanjut oleh malaysia today.

motor cabok mengutuk sekeras-kerasnya orang yang menghasilkan gambar ini!..

anda bagaimana?..

allahuakhbar!..

p.s : dalam hal ini motor cabok sependapat dengan blogger nur aflah.

- Motor Cabuk


AR: MasyaAllah...... janganlah fitnah Tok Jib camnih... hehehehe.... tapi, dulu, aku duk dengaq ada anak sorang bekas PM kita buat multi prayer.... kirernya doa untuk keselamatan dan kesihatan dengan meminta otai2 daripada pelbagai agama.... buat laks kat rumah dia..... Hak tuh lagu mana pulak ya????

DAP pertikaikan puisi 'ratu anjing'

utusan malaysia teresa kok puisi insult ratu anjing dr ibrahim ghaffar 161008Minggu ini sastera menjadi bahan perbincangan politik yang panas. Selepas cerpen dipertikaikan di Dewan Rakyat, hari ini puisi menjadi topik kecaman seorang lagi wakil rakyat DAP.

Tokoh utamanya Lim Kit Siang mengecam 'Politik baru YB J' karya Datuk Chamil Wariya kelmarin, sementara wakil Segambut, Lip Lim Eng mempertikaikan puisi 'Ratu Anjing; Yang Melengking Itu' seperti diterbitkan di Utusan Malaysia hari ini.

Sajak karya Dr Ibrahim Ghaffar itu asalnya dibacakan di majlis baca puisi Persatuan Penulis Nasional (Pena)-Dewan Sastera baru-baru ini.

- Malaysiakini

Raja-raja calon Zaki ketua hakim negara

Majlis Raja-Raja Melayu hari ini memutuskan untuk mencalonkan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi sebagai ketua hakim negara yang baru untuk menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Mohamad yang akan bersara.

Keputan tersebut dibuat hari ini dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung di Kuala Terengganu hari ini, demikian sumber-sumber memberitahu Malaysiakini.

Abdul Hamid akan bersara esok dan Zaki, yang terkanan dalam badan kehakiman, akan dilantik memegang jawatan tersebut.

Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Majlis Raja-Raja melantik ketua hakim negara atas nasihat perdana menteri.

Perlantikan tersebut, yang belum dimumkan secara rasmi, dijangka mencetuskan kontroversi ekoran kaitan Zaki sebelum ini dengan Umno.

Beliau hanya dilantik ke Mahkamah Persekutuan September lalu dan dua bulan kemudiannya, dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan.

Zaki kini berusia 63 tahun dan akan memegang jawatan tersebut sekurang-kurangnya selama tiga tahun kecuali perkhidmatannya dilanjutkan oleh kerajaan.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa pelantikan tersebut dibincangkan dalam mesyuarat hari, yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan semua menteri besar dan ketua menteri.

- Malaysiakini

Blog Stats