Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, October 14, 2008

Siasat Najib kes SMS isu Altantuya

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa timbalan perdana menteri disiasat berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasanya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Desakan terhadap Datuk Seri Najib Razak itu berbangkit lagi selepas pendedahan pertukaran mesej SMS, yang didakwa antara pemimpin Umno itu dengan seorang peguam kanan Datuk Muhammad Shafee Abdullah berhubung pendakwaan terhadap penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam kes itu.

"Dakwaan kita terhadap Najib - daripada kes Altantuya, (urusan pembelian) kapal selam dan Eurocopter kepada SMS antara beliau dengan peguam - tidak ada apa-apa jawapan, tiada siasatan dan tiada laporan," kata Anwar di lobi Parliamen hari ini.

Dalam sidang medianya di bangunan itu tadi, Najib menafikan komunikasi SMS itu menunjukkan wujudnya salah guna kuasa.

- Malaysiakini

AR: Aku memang dah lama dah tak pueh hati..... camner KES PEMBUNUHAN yang selama ini dikatakan NAJIB TERLIBAT.... tetapi tidak pernah dibawaknya Najib ke Mahkamah??? Apa nak diherankan dengan jawatan TPM tuh??? Ingat jawatan TPM tuh kebal dengan jenayah ke? takkan dah tak hingat dengan Kes Anwar yang direka-reka dulu, tetapi, sewenang-wenangnya Tok Det memaksa DSAI meletakkan jawatan dan terus dipecat sahaja DSAI tanpa dibawa lagi ke Mahkamah!!!! Ingat tak??? Lepas DSAI dipecat baru kes DSAI dibawa ke Mahkamah!!!! Wahai geng2 UMNO, janganlah lagi kamu ditipu lagi!!!! Tuh bukan suara akar umbi tuh... tuh suara TOK DET aje tuh!!!!

Replika DSAI di Batu Caves

Tersebutlah kisah yang menjadi kontroversi (atau dibuat2kan jadi kontroversi) ttg Replika DSAI yang terpampang di hadapan Wisma Keringat, Batu Caves. Lokasi tersebut mmg strategik iaitu antara simpang paling sibuk dalam dunia terutama waktu puncak.

Rumah aku mmg kat area tu. Dan boleh dikatakan hari2 aku lalu ulang-alik baik pergi dan balik kerja atau keluar berurusan terutama kalau nak gi KL. Mula2 memanglah aku x perasaan adapun pasal replika tu sebb mata selalu terpandang part papan tanda yang sikit punya besar ker keliling replika tu. Kalau x kerana ke'kecohan'an yg sengaja dibuat tu, alamat aku yg selalu melintas kat situ pun x perasan. Betul! Replika tu x ubah mcm papan tanda suruh mengundi je dan bila tgk betul2, sebijik cam poster pilihanraya. Ntahlah... Mungkin dorang dengar citer yg terlalu diperbesarkan kot. Maklumlah, yang buat tu pun org India, mulalah nak samakan dgn berhalalah, apalah. Placing cantek kat Batu Caves pulak. Hmm... jadi modal untuk bahan kutukan lah tu.. Giler dengki!!!

Aku bkn nak banggakan replika tu duk dekat umah aku. Tapi yg jadi lawaknya, sampai member2 aku dok tepon tanya pasal mende tu. Aku kata kalau berhajat nak tau lebih lanjut, datang tengok dgn mata kepala sendiri pastu buat andaian. Dan, dalam sejarah hidup aku, member yg ntah berapa tahun x jumpa tetiba datang beraya kat rumah aku semata-mata nak tengok sendiri replika tu. Nak tau apa kata dorang?

"Buang masa je datang sini kalau tau replika tu jenis camni. Kat kampung aku, gambar PakLah lagi besar terpampang masa PRU dulu, xde plak kecoh2 camni. Dorang org UMNO xde keje lain ker?"

Hahahaha.... Aduhai... Susah aku nak jwb part tu. Tapi, sekurang2nya tempat aku jadi glamor gak. Gila ko! Satu Malaysia tau tu............ Sampai mufti Perlis pun tegoq!

Sebenarnya bagi aku mende ni senang jer. Suma bergantung pada niat lu org. Kalau part menyembah xyah nak buat replika besar2 pun. Letak gambar sekeping, frame cantik2 pastu pasang colok 2,3 batang. Ha! Itu baru betul2 syirik.....

Anggaplah mende tu antara salah satu promosi dari PR. Biasalah, pemimpin UMNO pun ada gak yg promosi gunakan signboard kat tepi jalan. Itu nak kategori mende plak. Mengada-ngada?



Yelah.. Bak kata DSAI sendiri, "Kalau part saya sumanya haram, tapi kalau part kerajaan yang buat, suma bagus dan x salah."




Cerita banyak pun x guna...... Lu pikirlah sendiri!!!!!!!

- REFORMAN

KJ Menanti Kekalahan.... Balik Singapore ajelah!!!

Penantian manusia bernama Khairy Jamaluddin mendapatkan 38 pencalonan dalam bertanding bagi menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO dinantikan oleh beliau dengan senantiasa mencari peluang yang ada di gian yang masih belum bermesyuarat.

Apa yang lagi memalukan apabila, terdapat satu bahagian yang 80% daripada ahlinya membuat petisyen membantah keputusan apabila didapati Khairy Jamaluddin menang dalam pencalonan dan Mamak Merican yang merupakan proxy KJ bagi jawatan Naib ketua Pemuda juga menang sedangkan kebanyakan ahli yang mengundi tidak mengundi kedua-dua mereka ini......

Tak pahamlah...... AR rasa, inilah masanya KJ perlu pulang semula ke Singapura atau di negara kelahirannya di Kuwait ...... sebab, nampak sangat makhluk ini gila jawatan dan ingin mengepalai pemimpin Malaysia semata-mata mengaut kekayaan di Bumi Malaysia....

Kita tidak perlu pemimpin sebegini!!!!! Walaupun aku nih bukannya daripada UMNO dan tidak pernah menanggotai United Malays National Organization.... namun, aku tetap kesian bangsa yang seagama dengan aku dalam UMNO nun apabila dikepalai oleh Perompak a.k.a penjenayah yang sering terlepas dek kerana benteng politik UMNO yang berselindung di celah ketiak Pak Lah.

4 Pemimpin Hindraf Disiasat Polis

Empat pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), yang didakwa menimbulkan kekecohan di rumah terbuka Aidifitri perdana menteri, akan disiasat polis petang ini.

Penyelaras kebangsaannya S Jayathas; A Nageswary, isteri pengerusi gerakan itu P Waythamoorthy; dan dua lagi penyelaras K Selvam dan R Kannan dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur jam 2.30 petang ini.

Notis memanggil mereka dikeluarkan oleh pegawai penyiasat ASP Sidney Clyde Jeremiah.

Mereka disiasat menurut Seksyen 27(5) Akta Polis bagi kesalahan berhimpun secara haram, dan menceroboh bawah Kanun Keseksaan.

- Malaysiakini


AR: Awat nih???? apa kata siasat jugak Ketua Bahagian Bukit Bendera.... Diskriminasi wal kuku besi betoilah UMNO!!!! Pi Jahanamlah UMNO......

Tubuh Kerajaan, Anwar Mahu MP BN bersabar

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis meminta ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya bersabar berhubung usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kepimpinan kepimpinan kerajaan.

"Kalau ada ahli yang berbunyi angkuh sikit tu, saya minta sabar la sikit kerana angkuh itu tak mungkin lama. "Kalau (ada ahli Parlimen BN) yang jerit tu (dalam Dewan), biar la tatkala itu nanti kepalanya turun lebih bawah dari mikrofon,“ katanya ketika sesi perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Saifudin Nasution Ismail (PKR-Machang) berhubung perubahan yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika berjaya menubuhkan kerajaan.

Anwar berkata, beliau yakin perubahan tampuk kepimpinan oleh pakatannya itu akan berlaku.

"Kalau persoalannya 16 September, permulaan sudah berlaku. Kita nak runding dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi)... dialah Perdana Menteri pertama yang nak bincang dengan pembangkang tapi tak boleh bincang sebab nak jaga hati pemimpin Umno.

"(Tapi) Tak sempat jumpa pun, orang dah gulingkan dia... sebab tu saya sopan dan lembut dengan dia sebab dia agak sengsara," katanya.

Pihaknya juga telah meminta sesi khas Parlimen diadakan sebelum ini, bagaimanapun telah ditolak tanpa alasan.

"Manusia boleh merancang, Allah yang menentukan. Mereka yang senang dengan kekuasaan yang melimpah ruah sukar nak terima kenyataan.

"Sebab tu dia kata 8 Mac (pilihan raya umum ke-12) tak mungkin, Permatang Pauh tak mungkin (dimenangi pembangkang)... semuanya tak mungkin sebab dia tidak berlandaskan Insya Allah. Insya-Allah, saya yakin akan berlaku (ambil alih kerajaan)," katanya.

Anwar berkata, beliau menyokong hasrat Perdana Menteri yang berazam melakukan perubahan termasuk dalam institusi kehakiman dan membasmi gejala rasuah.

"Ini benteng terakhir yang kita mahu pertahankan dalam sistem. Saya setuju dengan hasratnya (Abdullah) dengan harapan sesuatu dapat dilakukan dengan segera," katanya.

Anwar berkata, ketika membicarakan soal perubahan mengenai membendung rasuah dan badan kehakiman, hanya Abdullah yang bersuara sedang pemimpin-pemimpin lain katanya, hanya mendiamkan diri.

Sepanjang sesi perbahasan oleh Anwar bermula pukul 11.30 pagi sebelum disambung semula pada 2.30 petang sehingga 5.30 petang, hanya dua ahli Parlimen BN yang bangun mencelah iaitu Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

AR: Biasalah..... orang dah angkuh..... Apa kata..... perlu juga ditanya berkenaan dengan hasil lawatan ke Taiwan dan Hong Kong baru-baru ini.... Tak sabaq gaks nak dengaq MP2 BN nak habaq hasil lawatan mereka ke sana......

Pemuda PAS akan anjur himpunan raksasa bantah ISA


KUALA LUMPUR,13 Okt (Hrkh) - Satu himpunan raksasa akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS bagi membantah penggunaan Akta ISA pada 10 Januari 2009 jam tiga petang di Putrajaya.

Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, PAS telah mengambil ketetapan untuk terus konsisten bahawa ISA mesti dihapuskan.

Malah katanya, akta zalim itu kini bukan sahaja ditentang oleh rakyat bahkan turut dibantah oleh rakan-rakan di dalam komponen BN iaitu MIC dan MCA.

Pemuda PAS akan mengadakan himpunan raksasa bertemakan Hapuskan ISA, yang akan menghimpunkan hampir 100,000 rakyat untuk terus memberi tekanan kepada kerajaan supaya akta itu dihapuskan.

ImageSalahuddin juga yakin berjaya mengumpul dan menggerakkan rakyat seramai ratusan ribu itu berdasarkan pengalaman dalam Himpunan Bersih pada tahun lepas yang dianggap memberi desakan hebat kepada kerajaan.

"Dalam masa tiga bulan mulai sekarang kita akan gunakan masa ini untuk memobilisasikan rakyat, walau siapapun akan menjadi PM dalam terdekat ini akta zalim akan dihapuskan demi maruah rakyat,"katanya dalam sidang media baru-baru ini.

Salahuddin turut memaklumkan pada November ini akan diadakan ceramah melancarkan himpunan raksasa itu.

Berhubung ketidakpuasan mahasiswa terhadap perjalanan pilihan raya kampus tidak lama lagi, Salahuddin akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Pengajian Tinggi pada 20 Oktober nanti.

Dalam pertemuan di Parlimen, Salahuddin akan menyerahkan memoradum menuntut satu pilihan raya kampus yang adil dan telus serta bersih.

Antaranya, kata beliau pilihan raya yang bebas daripada gangguan yang tidak bertamadun daripada pihak universiti termasuklah tidak menandatangani borang penamaan calon, dan rampasan komputer riba pelajar yang bukan pro aspirasi sebagaimana terjadi tahun sebelum ini.

Image"Pilihan raya kampus akan menentukan masa depan mahasiswa, jadi dunia kampus ini perlu bersih daripada elemen yang tidak bertamadun supaya dapat mewujudkan demokrasi yang tulen," katanya.

Bercakap soal peralihan kuasa pada Mac nanti, Salahuddin tidak berniat untuk campur tangan plan peralihan itu bagaimanapun beliau berharap situasi itu tidak akan menjejaskan negara.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dalam kesibukan negara menghadapi peralihan kuasa masalah besar rakyat tidak diselesaikan dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

"Dalam kesibukan ini masa depan negara, kestabilan politik dan masalah isu besar rakyat seperti kenaikan harga barang di pasaran dibiarkan begitu sahaja, BN harus memberi tumpuan kepada rakyat walau apa pun yang berlaku dalam parti mereka" tambahnya.

- Harakah

Shahrizat-Azalina beregu? Rafidah gelabah..


WALAUPUN setakat ini, Wanita bahagian-bahagian sudah mencalonkan gandingan Tan Sri Rafidah Aziz dan Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai 'regu' kerana bersetuju dengan 'pelan peralihan kuasa' yang diumumkan sebelum ini, ternyata ada yang tidak menerima cadangan tersebut.

Apabila Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beruas (Perak) mencalonkan Shahrizat sebagai ketua dan Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said sebagai naib, ia sebenarnya mengambarkan memang ada usaha menolak Rafidah dari kerusi itu, sekaligus memberi peluang 'orang muda' menerajui Wanita selepas ini.

Seminggu sebelum persidangan bahagian-bahagian bermula, Shahrizat sudah menghantar Setiausaha Politik Perdana Menteri yang bertugas untuknya, Dato' Suhaimi Ibrahim menemui kepimpinan Wanita bahagian-bahagian, supaya hanya mencalonkan Rafidah-Shahrizat dan jangan sesekali mencalonkan Shahrizat-Azalina sebagaimana yang dikehendaki 'grassroot' Wanita, masa ini.

Ada sumber dari Pergerakan Wanita memberitahu, Rafidah tidak membenarkan langsung nama Azalina disebut dan dikaitkan dengan Wanita Umno.

Ia sekaligus membenarkan cerita-cerita sebelum ini, penubuhan Puteri Umno memang mendapat tentangan hebat dari Rafidah, tetapi Presiden Umno ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkeras mahukan Puteri diwujudkan sebagai sebuah entiti sendiri, bagi menarik minat orang-orang muda (wanita) menyertai Umno.

Tidak hairanlah apabila suatu ketika dahulu, golongan artis dilibatkan dalam barisan Exco Puteri, walaupun akhirnya mereka semuanya 'mengundurkan' diri kerana tidak mempunyai jiwa yang sesuai dengan politik.

Ada pihak mendakwa, Rafidah mahu 'mewarisi' Pergerakan Wanita Umno ini kepada Shahrizat dengan Dato' Halimah Mohamad Sadique (Ahli Parlimen Tenggara) tetapi disebabkan Halimah tidak dilantik sebarang jawatan dalam kerajaan selepas Pilihanraya Umum 12 yang lalu, banyak pihak melihat Halimah seperti merajuk dengan enggan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Tenggara dalam pemilihan yang berlangsung sekarang.

'Merajuk' memang sudah cukup sinonim dengan 'orang Johor' apabila sejarah membuktikan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Musa Hitam dikatakan pernah 'merajuk' apabila berselisih faham dengan pucuk pimpinan.

Dalam kes merajuk juga, orang-orang Umno Johor tentunya masih ingat bagaimana Asmaun Ismail (bekas Ketua Umno Bahagian Tenggara) juga dilihat merajuk apabila ditahan di bawah ISA dan dikaitkan namanya dengan isu Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 1998 dahulu.

Ketika Halimah dilihat merajuk, ada usaha untuk membawa Azalina yang merupakan Ahli Parlimen, Ketua Bahagian dan Menteri dari Johor sebagai 'pelapis' dalam Pergerakan Wanita, tetapi selagi Rafidah ada di situ, Azalina seboleh-bolehnya 'dihalang' dari disenaraikan.

Malah, apa yang dilakukan oleh Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beruas, salah satu bahagian dalam Negeri Perak, di mana Rafidah adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar membuktikan, ada usaha memberitahu Pergerakan Wanita di bahagian-bahagian lain di seluruh negara, supaya 'menolak cadangan' Pelan Peralihan Kuasa antara Rafidah dengan Shahrizat.

Jika Bahagian Beruas itu datangnya dari Johor, mungkin ia tidak membawa apa-apa erti, tetapi disebabkan Beruas adalah bahagian dalam Perak, Rafidah tentunya 'kecewa' dengan keingkaran Wanita mentaati keputusannya - di penghujung kariernya sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia.

Berbeza Wanita Umno dengan Pemuda dan Puteri, mereka (Pemuda dan Puteri) tidak menyediakan Pelan Peralihan Kuasa. Malahan, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato' Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak menunjuk sesiapa yang dikehendakinya, bagi menggantinya.

Dalam politik, apabila ada kenyataan seperti itu, tentunya ramai yang beranggapan bahawa dia tidak menyokong Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai penggantinya, sedangkan (induk) Umno menyaksikan Presiden mahukan timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak menggantikan tempatnya dan Pergerakan Wanita, Shahriat adalah pengganti Rafidah.

Tidak mustahil, jika Shahrizat mendapat cukup percalonan, dia akan 'terpaksa' membuat keputusan untuk menentang Rafidah kerana, adalah lebih mudah baginya mengalahkan Rafidah daripada mengalahkan Azalina yang jelas 'pemimpin yang berkuasa' sekarang atas sifatnya sebagai Menteri.

Shahrizat mungkin 'malu alah' untuk berdepan dengan Rafidah tetapi disebabkan Rafidah sudah tidak berjawatan Menteri, sama seperti Shahrizat, adalah lebih manis sebenarnya jika Rafidah 'tidak mengaturkan pelan peralihan kuasa' seperti yang diaturkan antara Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Lagi pun, selepas Rafidah berundur, amatlah sukar bagi Shahrizat menjadi seorang 'Naib Ketua Pergerakan Wanita' yang boleh beregu dengannya sehingga pemilihan tiga tahun akan datang.

Jika tidak, bukan sahaja jawatan Naib Ketua Wanita Umno itu akan menjadi perebutan malahan, silap perhitungan Shahrizat sendiri akan tergugat kedudukannya.

Sejarah Umno selepas Merdeka membuktikan belum pernah seorang Ketua Pergerakan Wanita tidak menduduki jawatan Menteri.

Kini, ia menimpa Rafidah yang tentunya kurang manis ketika berjawatan dalam parti, tidak berjawatan dalam kerajaan.

Kelantangan Rafidah selama ini, ketika berjawatan serentak (parti dan kerajaan) hilang wibawanya apabila dia sudah tidak menjadi Menteri.

Itulah sebabnya, apabila Azalina dilihat menjadi Menteri dalam kabinet sekarang, Wanita Umno membayangkan bahawa pucuk pimpinan mahukan Azalina 'menggantikan' Rafidah, walaupun Shahrizat adalah Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat kepada Perdana Menteri, yang disediakan dengan seorang Setiausaha Politik untuknya meneruskan tugas.

Masa masa jauh dan Wanita Umno masih mampu mengubahnya!

- Harakah


AR: Tak mungkinlah..... Azalina Othman tuh wanita ke???? habislah Wanita2 UMNO kalau diteraju dek Azalina nih!!!! kahkahkah... memang lawaklah hangpa nih wahai UMNO!!!! Abang Azalina pun korang berkenen nak ambil jadi kemudi WANITA UMNO.... gelak ghamai2..... dengaq kata.... Azalina mana pernah hadir meeting WANITA UMNO.... tak cayer, tanyalah kat Rafidah dan Shahrizat nun!!!

Blog Stats