Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, September 22, 2008

Akar Umbi Mahu Semangat Muafakat Diperkukuh: PM




KOTA BHARU:
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata semua ahli Umno peringkat akar umbi mahukan semangat pemuafakatan di dalam parti itu diperkukuh sejajar dengan pelan peralihan kuasa pada 2010.

Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, semua anggota parti itu sudah menyuarakan sokongan terhadap beliau mengenai pelan peralihan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan berharap ia berjalan dengan lancar.

Beliau berkata pelan peralihan itu diterima baik anggota parti dan perkara itu dinyatakan semasa beliau membuat lawatan kerja ke negeri-negeri, termasuk menghadiri majlis berbuka puasa.

“Semua anggota Umno masih sayang kepada parti dan mereka inginkan parti ini supaya kuat dan baik.

“Mereka hendakkan parti ini diperbetulkan dan tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup Badan Perhubungan Umno Kelantan, di sini, hari ini. - Bernama

- Berita Harian

AR: Bukan mahu sepakat dengan kepala dungu cam ko Dolah!!! ko Dolah, asyik2 ingat kat menantu aje..... bila susah baru nak ingat akar umbi... blahlah, kami tak mahu dah ko Dolah Badawi dan kepimpinan Barisan Nasional menerajui negara!!!! undi tak percaya... terima ajelah!!!!

Jongkong emas RM800,00 dirompak


Oleh Nurul Huda Hassan

PULAU PINANG 22 Sept. – Enam jongkong emas seberat 5.6 kilogram bernilai RM800,000 yang dibawa dua lelaki dirompak di tempat letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Wan Abdullah Tuanku Said berkata, rompakan itu dilakukan dua lelaki dipercayai warga Vietnam yang bersenjatakan pistol kira-kira 10.30 pagi.

– Utusan.

AR: Apalah nasib kat Pulau Pinang nih, dulu curi chip, sekarang jongkong emas pulak!!!! takkan CCTV tak berfungsi lagi kut????

Teresa Dakwa Makanan Diberi 'Lebih Baik Sedikit Daripada Makanan Anjing'



SHAH ALAM 22 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini mendakwa makanan yang diberikan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah `lebih baik sedikit daripada makanan anjing’.

Beliau menafikan pernah menyamakan makanan yang disediakan kepadanya ketika ditahan pada 12 hingga 19 September lalu 'seperti makanan anjing'.

Beliau menyalahkan Utusan Malaysia yang didakwanya memutarbelitkan kenyataannya berhubung perkara itu.

Utusan Malaysia sebelum ini hanya memetik kenyataan Teresa mengenai perkara tersebut daripada laman web Malaysiakini.

- Utusan.

AR: selepas aku lihat post Perisik Rakyat kat [SINI], aku pun dah kool dah, percaya ajerlah

Shahidan Kassim Dilantik Penasihat Khas NCER


KUALA LUMPUR 22 Sept. — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melantik bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (ECER) berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini, tugas utama Shahidan termasuk menasihati dan membantu Perdana Menteri dalam mencapai visi serta misi Wilayah Ekonomi Koridor Utara. — BERNAMA

- Utusan Malaysia

AR: Apalah untung nasibmu Shahidan... hahahaha, lepas dapat KOAM, dapat pulak NCER!!! untung jugak ko tak jadi MB ya???? biasalah.... ko kan memang pengampu kuat... lihat gambar kat bawah nih... memang baik punya cium!!!!

Khir Toyo Nafi Terlibat Dalam Tangkapan Teresa


Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menafikan beliau terlibat sehingga tertangkap ahli parlimen DAP Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama seminggu.

Beliau juga menyatakan sama sekali tidak bersetuju dengan penahanan Teresa.

Dr Mohamad Khir, yang juga wakil rakyat Sungai Panjang, meminta isu azan - yang menjadi asas siasatan exco kanan kerajaan Selangor itu bawah akta kontroversi tersebut - diserahkan kepada polis untuk siasatan.

Beliau juga enggan mengulas pembebasan Teresa, Jumaat lalu.

- Malaysiakini

AR:
Khir Toyo???? hahahahaha, cuba tanya anak Toyo nih, siapa yang robohkan Masjid di Kampung berembang dulu... Nak tunjuk Islam konon???? blahlah Khir Toyo!!!!

Bubarkan Semua Parti Perkauman

Jimadie Shah Othman

Untuk kepentingan negara, “semua parti perkauman wajar dibubarkan segera” dan digantikan “dengan gabungan parti pelbagai bangsa”, kata Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

“Isu perkauman seharusnya diletak ke tepi dan tidak dijadikan agenda politik bagi mana-mana parti.

"Penggunaan sendi perkauman dalam dunia politik akan menyebabkan ketidakstabilan dan perpecahan,” kata ketua penerangan dewan itu Herman Samsudeen.

Gesaan itu sebagai susulan kenyataan Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim Siang Chai yang dilaporkan mengingatkan masyarakat Cina tentang “bahaya” jika semua parti kaum itu berpihak kepada pembangkang dan hanya parti Melayu menjadi parti memerintah.

Menurut Donald lagi, senario itu sudah pasti akan mewujudkan ketegangan dan mencetuskan suasana tidak baik kepada perniagaan dan ekonomi.

Ekoran itu, Herman yang menyifatkan Donald “cuba menyemarakkan isu perkauman bagi memastikan MCA sebagai parti khusus kaum Cina tidak dibubarkan”.

Beliau menuntut pemimpin kanan MCA itu menarik balik kenyataannya dan dikenakan tindakan tegas.

Dalam kenyataannya hari ini, Herman berkata:

“Seandainya parti-parti kaum Cina berhijrah kepada pembangkang, negara ini bukan diperintah oleh kaum Melayu sahaja kerana ketika itu, Pakatan Rakyat yang berbilang bangsa ini akan jadi kerajaan.”

Beliau menyifatkan kenyataan Donald itu dibuat untuk memenangi hati kaum itu selepas wujud kecenderungan ahli-ahli parti komponen BN untuk bersama Pakatan.

- Malaysiakini

AR: Hahahahahaha, Barisan Nasional di bawah parti perkauman Melayu iaitu UMNO, mana nak!!! dulu, Nik Aziz mintak bubar UMNO pun, diorang tak mahu, kononnya nak ajak PAS joint Barisan Nasional atas alasan Melayu.... hahahahahaha.... Jin, bini Dolah Badawi tuh Melayu ke? tapi UMNO kan??? hahahahaha.

Gempar!!!! : Bos SAPP Ingin Ditahan BPR



Dakwaan bekas timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Raymond Tan bahawa perdana menteri pernah campur tangan dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) disifatkan sebagai “pendedahan yang menggemparkan”.

Tan, yang meninggalkan SAPP selepas ia keluar daripada BN minggu lepas, membongkarkan perkara itu bagi menghalang presidennya Datuk Yong Teck Lee ditahan badan itu selepas cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun lalu.

Ketua penerangan baru SAPP Chong Pit Fah berkata, dakwaan Tan itu menunjukkan keputusan BPR boleh dipengaruhi oleh perdana menteri.

Beliau juga ingin tahu sekiranya terdapat pihak lain seperti menteri yang mempunyai pengaruh yang sama terhadap badan itu.

Sementara itu, lapor Bernama, Tan masih berteka-teki tentang keanggotaannya dalam parti lamanya itu.

Ditanya sama ada beliau telah meninggalkan SAPP, Tan berkata:

"Itu anda kena tanya mereka (SAPP). Adakah anda bertanya mereka sama ada mereka menghantar surat kepada BN untuk memaklumkan secara rasmi bahawa SAPP telah keluar daripada BN?

"Saya belajar daripada merekalah, itulah apa yang mereka buat.

"Mereka mengisytiharkan sudah keluar daripada BN, maka saya juga isytiharkan saya sudah keluar daripada SAPP."

Tan kemudian dilaporkan berkata, kerana beliau tidak menghantar sebarang surat peletakan jawatan kepada SAPP, maka beliau menyerahkan kepada parti itu untuk menangani perkara berkenaan.

Beliau, yang ingin melepas jawatan-jawatan timbalan ketua menteri dan menteri pembangunan infrastruktur Sabah selepas tindakan SAPP itu, dibenarkan kekal dengan jawatan tersebut.

Status beliau akan diputuskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri
Musa Aman membincangkan perkara itu dengan parti-parti komponen BN.

- Malaysiakini

AR: Inilah nasib bagi mereka yang ingin melompat.... takkan tak tahu, UMNO nih jahat!!!!

Blog Stats