Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Wednesday, September 17, 2008

Adakah Akan Berlaku Rampasan Tentera?

Sekiranya di negara Thailand, kita pernah terdengar berkenaan kerajaan di gulingkan dengan rampasan tentera, namun apakah di Malaysia, perkara seperti itu akan berlaku?

Situasi politik Malaysia yang yang gundah gulana dengan pelbagai strategi di atas sebab kelemahan Abdullah Ahmad Badawi menerajui pemerinatahan negara Malaysia yang telah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan juga pertambahan inflasi telah menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin politik yang lain merasakan bertapa perlunya Dolah Badawi meletak jawatan.

Akibat daripada kedegilan si tua bernama Dolah Badawi melepaskan kuasa dengan segera dan kesan daripada pemerintahannya yang lemah menyebabkan beberapa perancangan daripada pemimpin-pemimpin Malaysia menjalankan gerakan saraf dalam menjatuhkan Dolah Badawi dan menerajui pemerintahan.

Kes pertama bermula apabila Tun Madet dan kroni-kroninya cuba untuk menjatuhkan Dolah Badawi dengan pelbagai penjuru serangan yang bertubi-tubi sehingga memaksa Tun Madet keluar daripada UMNO. Asakan Tun Madet semakin terserlah melalui gerakan dalaman UMNO yang menyeru Dolah Badawi meletak jawatan sehinggakan Dolah mengalah dan menetapkan tahun 2010, beliau akan meletak jawatan daripada kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Kes kedua pula berlaku apabila pemimpin daripada parti pembangkang yang sudah jemu dengan permainan kerajaan UMNO yang menggunakan segala kemudahan dan harta kerajaan untuk digunakan oleh anak-beranak mereka dan kroni-kroni mereka sahaja tanpa mendengar rintihan rakyat yang sebenar. Kenaikan harga minyak yang tinggi dan dijalankan secara mendadak menyebabkan rakyat semakin jemu dengan kelemahan Dolah Badawi menguruskan negara. Pencabulan sistem kehakiman dan undang-undang serta penyalah gunaan sistem polis oleh rejim Dolah Badawi dan UMNO serta sekutunya dalam Barisan Nasional menyebabkan rakyat sudah merasa tidak selamat dan mendesak Dolah Badawi meletak jawatan dengan mengusulkan 'undi tidak percaya' di Parlimen.


Kes ketiga pula berkaitan usaha daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin di dalam gabungan Pakatan Rakyat berusaha untuk mengambil takhta kekuasaan pemerintahan persekutuan Malaysia milik Barisan Nasional dengan mengumpulkan ahli-ahli parlimen daripada Barisan Nasional yang ingin melompat parti dan sudah jemu dengan permainan kotor UMNO. Usaha tersebut ditetapkan pada tarikh 16 September 2008, namun usaha tersebut gagal akibat daripada kepentingan keselematan negara dan juga orang awam dan ianya telah diusahakan dengan cara baik bagi pengambil alihan kuasa secara aman.

Kes keempat pula adalah usaha dalaman daripada parti UMNO yang sedaya upaya ingin mengekalkan pemerintahan UMNO bagi menghalang daripada kemaraan Pakatan Rakyat menerajui Malaysia, dan hal ini di bawah nasihat bekas Perdana Menteri Malaysia iaiatu Tun Madet bagi menjatuhkan Dolah Badawi dan menaikkan Najib sebagai Perdana Menteri untuk memperolehi semula sokongan Ahli-ahli Parlimen yang ingin melompat.....

Segala usaha untuk menjatuhkan Dolah Badawi ternyata banyak dan ianya disokong oleh rakyat Malaysia, akan tetapi, kedegilan Dolah Badawi inilah yang menyebabkan Dolah berusaha mengubah strategi beliau dengan menukar jawatannya dengan Najib dengan mengambil jawatan Menteri Pertahanan dan memberi kepada Najib Menteri Kewangan.

Adakah kem Mahathir tidak berjaya menggunakan tentera bagi menjatuhkan Dolah Badawi dan menggantikan Najib dengan kelebihan Menteri Pertahanan yang dulunya di pegang Najib?
Adakah kem Anwar dengan sokongan daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional yang ingin melompat untuk mengambil alih kerajaan Malaysia daripada tampuk pemerintahan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat akan berhasil?

Dan.... Adakah Dolah Badawi dengan think thanknya, Khairy Jamaluddin berjaya mengekalkan kekuasaannya dan bersiap sedia menggunakan tentera bagi mengelak daripada kerajaan di bawah pimpinannya jatuh kecundang?

Namun, apa yang pasti..... Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bersama jemaah Majlis Raja-raja juga tidak akan berdiam diri dengan keadaan ini....... Dolah Badawi tidak tahu lagi di mana tempat ingin beliau bertaut, kerana semua dahan-dahan yang ada semuanya rapuh untuk beliau...... dan mungkin, akan memakan diri beliau sendiri.......

Akhir kata daripada Anak Reformasi...

LAWAN TETAP LAWAN!!!!

Inikah Demokrasi UMNO???

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Saya ingin mengulas sedikit berkenaan peristiwa hari ini yang memperlihatkan Kerajaan Pimpinan Dolah Badawi menggunakan kuasa dan demokrasi UMNO......

Apakah rakyat Malaysia bodoh seperti yang difikirkan Dolah sebagaimana langkah yang beliau lakukan tanpa mengira kuasa yang ada pada Agong?
Apakah Dolah tidak ingat, perlantikan Menteri mestilah diajukan kepada Agong terlebih dahulu dan bukannya sesuka hati mak bapak dia main passing, passing cam tuh!!!

Sepatutnya, pertukaran Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan sepatutnya dirujuk kepada Majlis Raja-raja Melayu iaitu diketuai Agong terlebih dahulu..... Bukannya boleh mengikut telunjuk Perdana Menteri sahaja.

Sekiranya dirujuk kepada undang-undang, perlepasan jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan menyebabkan kedua-dua jawatan ini kosong sehingga mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Sebab apa Dolah buat kerja bodoh macam nih???

1) Kemungkinan Dolah ingin menggunakan sistem pertahanan negara untuk mempertahankan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri daripada berlaku pertukaran kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
2) Kemungkinan juga, Dolah takut dengan strategi dalaman Najib dan Mahathir yang mungkin akan merampas kuasa dengan menggunakan tentera.
3) Dolah dah pening, ekonomi merundum jatuh, dah tak tahu dah nak buat cammana.... jadi, bagi aje kepada Najib untuk pikul tanggungjawab dan sekiranya ekonomi makin jatuh, Najib akan dipersalahkan dan bukannya Dolah.

Kesimpulannya, strategi Dolah ini telah lama dihidu oleh orang ramai...... strategi Dolah untuk mempertahankan kuasanya telah lama diyakini, Dolah akan menggunakan kuasa tentera bagi mengekalkan kekuasaannya..... Namun, adakah ini yang dinamakan demokrasi? Atau ianya hanya demokrasi ala UMNO ciptaan Dolah, anak dan menantunya sahaja? Dolah terpaksa terima kenyataan bahawa, rakyat Malaysia sudah jemu dengan pentadbiran Malaysia di bawah pimpinannya......

Akhirnya, saya menyeru Dolah Badawi agar meletakkan jawatan seberapa segera dan biar Agong yang memutuskan sama ada kerajaan UMNO tumbang atau sebaliknya!!! Ingatlah Dolah, kamu hanyalah Hamba Allah dan Malaysia ini bukan hak milik kamu dan keluarga kamu, tapi, milik rakyat Malaysia dengan diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong..... Terimalah hakikat bahawa, menantu kamu itu tidak pandai dan tidak seharusnya dinaikkan menjadi Perdana Menteri!!!! Bagilah kepada mereka yang layak!!!!

MSO : Membaca Hikmah Di Sebalik Tindakan Abdullah

Analisa Peristiwa



SEKALIGUS pertukaran portfolio antara Abdullah Ahmad Badawi dengan Najib Razak untuk jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan memperlihatkan keikhlasan Abdullah untuk mengangkat Najib sebagai Perdana Menteri. Pertukaran itu juga sebagai persiapan kepada Najib untuk berlatih mengira dan menghitung wang.

Petukaran itu juga membayangkan Abdullah bersedia memenuhi impian dan angan-angan Najib untuk mengambil alih tempatnya sebagai Perdana Menteri.
Najib tentu gembira dengan apa yang berlaku secara tiba-tiba dan seolah yang bulat datang menggolek dan yang leper datang melayang itu! Yalah Menteri Kewangan merupakan meteri paling berprestej dan glomour. Ditangan menteri itulah terletaknya karung dan guni kewangan negara.

Najib juga diberikan jawatan Pengerusi Khazanah Negara. Kedudukan itu meletakkan Najib sebagai pemegang segala khazanah dan seluruh kekayaan negara baik yang beku atau cair.

Peralihan itu juga semacam menampakkan Abdullah mengakui akan kelemahan beliau dalam menjana ekonomi negara. Peralihan itu mengesahkan apa yang dilemparkan kepadanya yang jahil mengenai ekonomi dan buta untuk mencari wang kepada negara. Beliau seakan mengakui akan kelemahan itu dan bersedia memberikan kepada mereka yang lebih layak dan bernafsu untuk merangkulnya.

Dalam hal ini saya ada pandangan lain mengenai diri dan politik Perdana Menteri ini. Pada saya apa yang beliau lakukan itu bukan proses memberi pengalaman atau kenaikan pangkat kepada Najib tetapi ia satu perangkap kepada timbalannya itu. Pertukaran hari ini bukan suka sama sukar seperti dipamerkan tetapi Najib terpaksa menerimanya. Harapnya Najib tidak silap dalam mentafsirkan ini.

Apa yang mungkin terselimut di hati Abdullah ialah beliau mahu rakyat mengetahui sejauh manakah kemampuan Najib menjana ekonomi negara. Kantung kewangan negara kini kering kontang. Perkembangan ekonomi lembab. Apakah dengan suasana ini Najib dapat mengubah dan menambah kantung kewangan negara?

Pada Abdullah mungkin Najib tidak akan dapat melakukan sesuatu untuk merancakkan ekonomi negara. Dengan ilmu yang sedikit sudah pasti Najib tidak dapat melakukan apa-apa yang lebih baik daripadanya. Najib pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan satu masa dulu. Jadi apa yang Abdullah hendak tengok ialah kegagalan Najib kelak. Kegagalan itu pula akan menjadi senjata kepada Abdullah untuk melihat Najib mati secara beragam dengan angan-angan besarnya.
Saya nampak dalam hal ini Abdullah mahu memberi peluang kepada Najib melakukan sesuatu. Apakah beliau berbakat dalam hal kewangan dan ekonomi atau tidak? Abdullah ada alasan sendiri untuk menjadi PM bukan saja memerlukan kepada kesegakkan tubuh badan tetapi kecerdikan otak serta sifat-sifat lain lagi.

Sepatah kata Abdullah dalam memancing dan mencabar Najib, sekiranya prestasi Najib bagus mungkin beliau akan berundur awal. Mungkin pancing itu dimakan dan ditelan Najib dengan penuh keazaman dan lahap. Tetapi dalam suasana hari ini - dengan kemelsetan ekonomi global apa yang Najib mampu lalukan?

Di sebalik pertukaran yang berlaku hari ini saya juga nampak Abdullah mahu apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim dulu berulang kepada Najib. Anwar semasa menjadi TPM juga menjadi Menteri Kewangan. Kementerian berkenaan menjadikan Anwar lupa daratan dan membina kekuatan politiknya. Amalan kronisme dan nepotisme wujud ketika itu. Akhir apa yang berlaku ke atas Anwar dengan keduduaknnya itu; beliau menjadi seperti bawang yang ditimpa oleh jambaknya.

Jadi pertukaran yang dianggap ikhlas oleh Najib mengenai portfolio itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan Najib. Rosmah tidak perlu memikirkan yang bukan-bukan dengan kedudukan dan kuasa terbaru suaminya itu. Sebab kalau tidak kena gaya kuasa baru yang dijabati hari ini akan membawa Najib ke lembah yang curam dan dalam!
Sementara itu pengambilalihan jawatan Menteri Pertahanan itu mungkin disebabkan Abdullah sudah sedar apa dilakukan Najib dengan kementerian itu. Penggunaan Milltary Intelligent Organization (MIO) oleh Najib untuk kepentingan poltiknya mungkin membimbangkan Abdullah. Jadi sebelum pagar memakan padi elok kalau beliau mengawal sendiri kementerian berkenaan dan biarlah MIO melaporkan semua perkembangan mengenai keselamatan dan politik negara kepadanya seorang saja.

- MSO

916 : PM Tolak Berjumpa Pemimpin Pakatan, Pakatan Rancang Menghadap Agong


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat meneruskan agenda mereka untuk menubuhkan kerajaan baru dengan mengatur strategi seterusnya iaitu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali ketika dihubungi berkata, Pakatan Rakyat sedang merangka pelan susulan yang bersesuaian bagi memastikan proses peralihan kuasa berlaku dalam tempoh terdekat.

"Kita akan mengutus surat kepada pihak Istana Negara bagi memohon perkenan Tuanku untuk mengadakan pertemuan berkenaan perkara ini.

"Bagaimanapun berdasarkan apa yang saya tahu, surat itu masih belum dikeluarkan... tunggulah dalam satu atau dua hari lagi," katanya.

Pakatan Rakyat mengambil pendekatan terbaru ini setelah usaha Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal.

"Tak mengapa jika dia (Abdullah) tolak permohonan kita untuk adakan perbincangan. Usaha kita tak terhenti di situ, malah kita sentiasa ada perancangan untuk memastikan usaha kita berjaya," katanya.

Tambah beliau, ramai pihak terutamanya pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah tersalah anggap mengenai tarikh 16 September bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru.

"Mereka salah anggap, 16 September hanyalah permulaan proses bagi kita untuk menubuhkan kerajaan, bukan menguasai kerajaan pada tarikh tersebut," katanya.

Menurutnya lagi, beliau amat berkeyakinan bahawa kerajaan baru yang bakal diterajui Pakatan Rakyat akan dapat dibentuk secepat mungkin kerana rakyat telah memberikan isyarat untuk melihat perubahan dalam negara.

-mSTAR

Pak Lah: Pelan peralihan 2010 mungkin dilaksana lebih awal


PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010 mungkin dapat dilaksanakan lebih awal.

"Tempoh waktunya fleksibel. Ia mungkin jika saya mahu pergi lebih awal tetapi tidak melangkaui 2010," kata Perdana Menteri dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Turut hadir ialah Najib.

Abdullah berkata pelan peralihan kuasa itu antara lain bergantung kepada prestasi Najib.
Menjawab soalan berhubung tempoh masa itu, Abdullah berkata: Ia boleh jadi di antara sekarang dengan Jun 2010."

Sambil menyatakan bahawa keduadua pemimpin komited dengan pelan penyerahan, Abdullah berkata, beliau akan mengekalkan kerusi Presiden UMNO manakala Najib mengesahkan bahawa beliau tidak akan mencabar Abdullah dalam pemilihan UMNO pada Disember.

Ketika ditanya lebih lanjut berhubung tempoh masa itu, Abdullah berkata: " Ia bukan untuk anda tanya dan untuk saya menjawab."

Abdullah berkata perkara itu akan diputuskan dengan sewajarnya apabila proses penyerahan mengambil tempat.

Sementara itu, Najib berkata beliau dan Perdana Menteri telah mencapai persetujuan seperti yang digambarkan oleh Abdullah.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap pelan peralihan kuasa itu dapat diterima oleh parti demi kestabilan negara dan keutuhan parti.

Najib juga berkata beliau tidak menerima sebarang pencalonan untuk kerusi Presiden kerana beliau komited dengan pelan penyerahan kuasa itu.

Balak: Kerajaan Pahang Diperintah Bayar RM60 Juta

Kerajaan Pahang hari ini diperintahkan membayar RM60 juta kepada sebuah syarikat pembalakan selepas gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamed sebulat suara menolak permohonan kebenaran untuk merayu oleh kerajaan negeri dan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang.

Hakim Malanjum berkata persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh kerajaan Pahang, yang diwakili Penasihat Undang-undang Datuk Mat Zara'ai Alias, "bukanlah satu persoalan yang wajar dan ia dibangkitkan di Mahkamah Rayuan."

Kerajaan negeri Pahang dan pengarah perhutanan negeri telah memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 3 Ogos lalu yang menolak rayuan mereka untuk melanjutkan masa bagi memfailkan notis rayuan, demikian dilaporkan oleh Bernama.

Notis rayuan itu adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan mereka membayar RM37,127,471.60 kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dengan faedah pada kadar 8 peratus setahun mulai 31 Disember 2000 sehingga selesai pembayaran.

Mahkamah Tinggi memerintahkan mereka membayar jumlah itu kepada Seruan Gemilang setelah berpuas hati bahawa pengarah perhutanan negeri telah bertindak secara cuai apabila enggan mengguna pakai pelan terkini yang dikemukakan oleh Seruan Gemilang yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) pada 5 April 2000, sebaliknya mengarahkan pelan asal yang diluluskan oleh exco pada 7 Januari 1998, diguna pakai.
Atas tanah Umno

Pada 9 Disember 2002, Seruan Gemilang memfailkan saman terhadap Kerajaan negeri Pahang dan pengarah perhutanan negeri bagi memohon ganti rugi RM31 juta kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah milik Umno di Mukim Bebar, Daerah Pekan seluas 4,000 hektar.

Seruan Gemilang menamakan kerajaan negeri Pahang sebagai defendan pertama dan pengarah perhutanan negeri, defendan kedua.Dalam pernyataan tuntutan, Seruan Gemilang mendakwa pada 31 Julai 2000, defendan kedua telah memberi kelulusan kepadanya bagi mengeluarkan kayu balak dari mukim itu bagi kawasan seluas 3,200 hektar.

Pada 13 Mei 2002, defendan kedua telah memberi kelulusan kepada Seruan Gemilang bagi mengeluarkan kayu balak dari baki kawasan seluas 800 hektar di tanah yang sama. Ini bermakna Seruan Gemilang telah diberi kelulusan untuk mengeluarkan kayu balak dari kawasan seluas 4,000 hektar.

Bagaimanapun defendan kedua hanya membenarkan Seruan Gemilang mengeluarkan kayu balak dari kawasan seluas 2,800 hektar sahaja manakala baki selebihnya telah diberikan kepada beberapa pihak ketiga untuk mengeluarkan kayu balak dari tanah tersebut.

Kedua-dua defendan dalam pernyataan pembelaan mereka menyatakan bahawa Seruan Gemilang hanya diberi lesen untuk menjalankan kerja pembalakan secara pemindahan bagi kawasan seluas 2,800 hektar sahaja manakala bagi baki 1,200 kektar itu pula, defendan mendapati Seruan Gemilang tidak berminat untuk menjalankan kerja pembalakan di situ.

Tukar Jawatan Menteri : Paklah Menteri Pertahanan, Najib Kini Menteri Kewangan

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau menyerahkan jawatan menteri kewangan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengambil alih jawatan menteri pertahanan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar tengahari ini, Abdullah berkata, pertukaran jawatan itu berkuatkuasa serta merta.
Perdana menteri yang memegang jawatan menteri kewangan sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan keputusannya itu kepada kabinet.Abdullah yang juga presiden Umno berkata, beliau mungkin bersara lebih awal daripada tahun 2010 bergantung kepada prestasi Najib.
"Tempoh waktunya fleksibel. Ia mungkin jika saya mahu pergi lebih awal tetapi tidak melangkaui 2010," katanya. Najib turut hadir.
Abdullah berkata pelan peralihan kuasa itu antara lain bergantung kepada prestasi Najib.Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin tersebut tetap berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010.

Abdullah berkata, beliau dan Najib akan mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan Umno Disember ini.

Najib turut hadir di sidang akhbar tersebut dan apabila ditanya komennya, menjawab: "Kami telah bersetuju. Saya menyerahkannya kepada parti. Kami menawarkan diri kepada parti dan saya berharap mereka akan menerimanya".

Najib juga turut dilantik sebagai timbalan pengerusi badan pelaburan kerajaan, Khazanah Holdings.

Terdapat desakan yang semakin meningkat ke atas Abdullah supaya bersara lebih awal, tetapi kini nampaknya Najib telah mencapai persetujuan dengan bosnya itu untuk menenangkan tuntutan dari akar umbi Umno.

Kedua-dua mereka kini berdepan dengan kekalutan politik yang berpunca daripada pergeseran dalam Umno, di tengah-tengah cabaran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha untuk menubuhkan kerajaan baru.

Anwar 'ancaman pada negara'

Para pemerhati berkata, langkah terbaru Abdullah hari ini adalah untuk memberi jaminan kepada Najib bahawa beliau akan mengambil alih jawatan nombor satu dan juga untuk menangkis kempen yang diketuai oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menurunkan Abdullah daripada jawatan presiden.

Abdullah juga turut menyentuh tentang permintaan Anwar untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat kerana mendakwa mempunyai jumlah ahli parlimen mencukupi untuk menubuhkan kerajaan baru.

Perdana menteri berkata, surat yang dihantar oleh pemimpin Pakatan tidak menyebut tentang peralihan kuasa.

Blog Stats