Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, September 15, 2008

Mufti Perlis: ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam

Oleh ZIEMAN
15-09-2008 01:01:12 PM


PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.

Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.

"Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

"Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

"Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya," kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

Kata Dr Asri lagi, "Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia."

Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.

"Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.

"Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam," kata Dr Asri lagi.

Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.

"Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?," jelas beliau.

Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.

"Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.

"Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja," jelasnya.

Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.

"Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.

"Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?," soal Dr Asri.

Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.

"Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?," kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.

Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.

"Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.

Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.

"Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar," kata beliau.

Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.

Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit.

"Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain," kata Dr Asri.

-mSTAR

Perlis Setuju Bahagian Tentukan Peralihan Kuasa


Sep 15, 08 3:14pm

Badan Perhubungan Umno Perlis bersetuju pelan peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Razak ditentukan melalui bahagian Umno bagi mencerminkan suara majoriti.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata peralihan kuasa itu tidak semestinya terikat dengan Majlis Tertinggi Umno, lapor Bernama.

Mengikut pelan peralihan kuasa, Abdullah akan menyerah jawatan perdana menteri, pengerusi Barisan Nasional dan presiden Umno kepada Najib pada Jun 2010.

Namun baru-baru ini Najib dilaporkan sebagai berkata bahawa peralihan kuasa itu harus ditentukan melalui mesyuarat bahagian Umno, manakala naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan tempoh peralihan kuasa itu terlalu lama.

Zahidi juga berkata Umno perlu diperkasakan semula agar ia akan kembali dihormati oleh pelbagai peringkat umur.

- Malaysiakini


AR: Cukuplah, peralihan kuasa Dolah kepada Najib ke, Dolah kepada Anwar? Cukuplah UMNO, takder masa dah...... terjunlah kamu bersama labu-labu kamu tuh!!!!

Mustafa Ali Vs Nik Aziz: Harakah dan TKO Tersepit?


Forum TKO makin hangat, server baru ketiga yang canggih pun masih tidak mampu untuk menanggung beban posting yang kian meningkat, apatah lagi akhir-akhir ini telah menjadi medan untuk meluahkan padangan dan ada juga yang menjadikan tempat sebaran fitnah dengan mengambil kesempatan isu yang berlaku.

Beberapa hari kebelakangan ini, memaksa saya untuk membaca dan meneliti hampir setiap posting dalam forum TKO. Kerja ini cukup memenatkan.

Semalam kita digempar dengan isu kenyataan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz berhubung dengan kenyataan balas Dato’ Haji Mustafa Ali berkaitan isu 16 September 2008.

Harakahdaily tidak menyiarkan kenyataan ini. Harakah cetak menyiarkannya dalam bentuk olahan terpilih yang pasti semua orang boleh baca di muka surat belakang.

Banyak kenyataan dan andaian yang tidak tepat berhubung dengan isu ini. Golongan yang ingin menjatuhkan kumpulan ulama mengambil kesempatan ‘bola tanggung’ dalam isu ini. Emosi dan sentimen membuatkan orang ‘media’ seperti saya menjadi tersempit.

Saya membaca ulasan sdr Penarik Beca dalam blognya(http://penarikbeca.blogspot.com/ ) yang menyebut

“Khabar angin yang bertiup kencang di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar semalam mendakwa ada orang tertentu yang mengarahkan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman supaya menyiarkan ulasannya mengenai apa yang diriuhkan akan berlaku pada 16 September ini di muka hadapan Harakah keluaran yang akan diedarkan esok atau malam ini.”

Perlu diingat kalau saya sebagai seorang Ketua Editor Harakah sekalipun saya akan menghormati permintaan pengerusi lembaga pengarah untuk menyiarkan kenyataan beliau dihadapan walaupun kenyataan tersebut berbentuk peribadi. Mungkin atas permintaan…. Atau saya boleh buat kenyataan saya tak akan siar apa nak jadi-jadilah.. Takkan begitu!

Manakala kenyataan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang datang pada masa hampir harakah dicetak agak sukar untuk dipaparkan dimuka hadapan. Walapun kita tahu muka hadapan sesuatu akhbar adalah elemen terakhir sesuatu ‘editing’ kerana ini akan memberikan imfak kepada sebaran media tersebut.

Kenyataan penuh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz diposting dalam forum TKO dengan tajuk “Statement TGNA berkenaan Mustafa Ali” dengan mengambil sumber daripada satu blog penulis harakah iaitu Wan Nordin Wan Yaakob (http://wannordinwanyaacob.blogspot.com/) Link sumber ini tidak didapati, forumer berbalah soal kesahihannya. Wan Nordin mendaftar sebagai ahli TKO dan menyatakan satu kenyataan yang berbunyi demikian.

“Assalamualaikum kepada pembaca semua, maaf inilah kali pertama saya memohon maaf kepada pembaca kerana saya terpaksa menarik kembali artikel berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bertajuk "Rakyat Terengganu salah Piliha Pesuruhjaya' dan 'Mursyidul Am Tegur Mustafa Ali' yang menyaksikan saya dengan berat hati terpaksa juga berbuat demikian.

Jam 3 petang tadi, saya dihubungi oleh Ahmad Lutfi Othman yang meminta saya menarik kembali artikel tersebut selepas semalam saya memasukkannya.

Beberap alasan telah diberi, namun saya pasti sebenarnya beliau tersepit.Kemudian Dato' Kamarudin Jaffar pula menghubungi saya meminta saya mempertahankan artikel tersebut, malangnya oleh kerana kebimbangan saya di atas beberap sebab, saya dengan itu menarik kembali artikel tersebut denmgan rasa berat hati dan merasai kebebasan bersuara telah disekat.”

Saya lebih berpendapat kenyataan ini tak perlu dibuat. Adalah lebih baik dia mengekalkan Kenyataan TGNA daripada dia membuat kenyataan dia dipaksa menarik artikel. Ini akan membuatkan situasi menjadi lebih tidak terkawal.

Saya lebih bersetuju pendapat Ahmad Lutfi Othman dalam hal ini. Harakah sepatutnya tidak boleh terbabit dalam perbalahan pandangan ini. “Orang-orang harakah” juga adalah lebih baik mengelak diri daripada terbabit mengeluarkan maklumat ini. Biar maklumat ini dikeluarkan oleh blog lain yang tidak menjadi elemen parti itu sendiri.

Saya lebih berpendapat Ahmad Lutfi tidak ditekan. Memang akan ada “kuasa-kuasa ghaib” (daripada dua-dua belah pihak) yang akan menalipon untuk memberikan arahan tetapi sebagai Ketua Editor saya rasa beliau lebih mengetahui dalam lembaga harakah itu siapa blok kiri dan blok kanan (cth ajelah…)

Saya berpendapat, sepatutnya Wan Nordin tidak perlu menghubungi Dato’ Kamaruddin Jaafar pasal mesti dia tahu apa keputusan Dato’ KJ dalam hal ini. Sama juga dengan Ahmad Lutfi kalau dia rujuk kepada sesiapa mesti dia tahu jawapannya. Adalah lebih baik sebagai ketua editor dia membuat keputusannya sendiri dalam soal ini.

Kita tak suka Dato’ Mustafa menggunakan kuasa dan begitu kita tak suka Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menggunakan kuasa untuk menekan ketua editor harakah. Yang boleh membuat kenyataan hanya Presiden dan Timbalan sahaja. Akhirnya akhbar Harakah menjadi sampah!

Saya mengambi petikan penulisan Penarik Beca.

Memang, ada orang telah forward SMS di bawah kepada saya: khabarnya (TG) Nik Aziz kecewa hrkh x siar penuh 'bidasan' penuhnya pd (Haji) Mustapha (Ali). katanya Mustapha blh hrkh siar dua muka intbiu. dia punya kytaan x ambik semua. mcmna ni?

Begitu juga dengan blog. Pemimpin mengeluarkan rasa tidak puas hati dalam blog masing-masing. Haji Husan dengan blognya, Khalid dengan blognya dan ramai lagi masing-masing dengan pendapat masing. Ahli menjadi celaru. Saya lebih suka dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam hal ini yang cuba mengelak untuk membuat kenyataan yang tak sepatutnya.. hingga ada orang kata beliau ‘diperkudakan’.

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi menggunakan komputer zaman pemimpin PAS lain masih buta komputer. Beliau melayari internet dan menulis tetapi beliau takpun buat blog untuk mengeluarkan pandangannya.

Sebagai ahli jamaah dan sebagai seorang Islam, mendamaikan mana-mana pihak adalah satu tuntutan agama, walaupun kita condong kepada satu pihak. Lumrah manusia ada pendapatnya sendiri tetapi kita jangan jadi eleman untuk mengapi-apikan situasi ini. Takutlah kita kepada Allah sengguhnya azab Allah tidak mengira apa status kamu dalam jamaah Islam.

SMS dan posting di forum seolah-olah media harakah dikongkong adalah tidak benar. Ahmad Lutfi tu bukan semua orang suka kepada dia berada di situ sebagai Ketua Editor. Mungkin ini kesempatan yang ada untuk berbuat sesuatu…

Saya masih berpendapat tiada kongkongan, hanya wujud situasi kurang selasa dan tersempit dalam menjalankan tugas.

Saya bercakap seolah-olah seperti orang Harakah. Kenapa? Perkara yang sama juga berlaku di TKO, sebagai orang media saya ada pandangan sendiri tetapi pandangan saya tidak saya gunakan untuk memburuk-buruk mana-mana pihak yang saya tak suka. Saya tak mencaci, tak menyebar maklumat fitnah dan palsu kepada sahabat seIslam saya sewenangnya dengan hanya khabar angin.

Saya lebih takut kepada azab Allah s.w.t. daripada kemenangan hujah dunia yang belum tentu apa yang saya tulis itu betul atau salah. Apakah kita gembira menuduh rakan seperjuangan kerana hati kita akan merasa gembira?

Saya daripada darjah 4 mula bergiat dengan parti dan tingkatan 1 telah mula mengikut usrah sehingga sekarang. Saya ditarbiyyah dengan tarbiyyah PAS Terengganu tanpa campur aduk mana-mana fikrah.

Laman ini dibina atas dasar tabiyyah PAS Terengganu dan kami istiqamah sehingga sekarang. Malangnya PAS Terengganu diserang bertubi-tubi dengan pelbagai tuduhan yang cukup tidak berasas dan laman ini menjadi medan untuk fitnah ini tanpa maklumat yang betul.

Saya masih bersabar dengan tulisan tersebut, walapun kami ada kuasa untuk menghalang dan menyekat. Kami lebih percaya kepada Allah s.w.t. sesungguhnya Allah pasti akan membalas perbuatan manusia.

Kita tidak marah jika ada yang ingin meluahkan rasa tidak puah hati atas dasar menyelamatkan jamaah daripada sesuatu eleman yang tak baik. Tetapi kita tak suka jika kerja-kerja ini dibuat dengan fitnah yang melulu tanpa asas yang kukuh.

Manusia boleh membuat silap, ahli jamaah boleh membuat silap. Begitu juga kepimpinan. Tidak ada sesiapa pun yang boleh lari daripada membuat kesilapan. Kita ada saluran untuk menegur.

Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun telah mengusulkan satu usul untuk PJ mengundur diri dalam Mesyuarat Agung Pemuda PAS Terengganu pada 19 Julai 2008 yang lalu. Kami mengusul secara anak-beranak walaupun PJ adalah bekas YDP Kawasan Dungun. Usul ini ditolak dengan dibangkang oleh Pemuda PAS Marang yang dihujah oleh anak Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Ustaz Muhamad Khalil. Kami tak hebohpun… kami guna saluran parti.

Bawa bertenang dan berbincanganlah dengan persahabatan semoga Allah memberkati setiap inci apa yang kita tulis.

- TKO

Muhyiddin Serahkan Keputusan Kedudukan Beliau Kepada Dolah

Muhyiddin - Terpulang kepada PM tentukan kedudukan saya
15/09/2008 11:14am



KUALA LUMPUR 15 Sept. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menentukan kedudukannya sama ada untuk mengekalkannya atau menggugurkan beliau daripada Kabinet.

Menurutnya, beliau secara peribadi tidak akan meletakkan jawatan berikutan kenyataannya sebelum ini yang mahukan tempoh peralihan kuasa disingkatkan.

``Saya berhak untuk bersuara bagi menyampaikan pandangan di peringkat akar umbi yang mahukan tempoh peralihan ini disegerakan.

``Ini selaras dengan prinsip demokrasi dalam parti yang tidak menghalang sesiapa untuk bersuara, lagipun kenyataan saya sebelum ini bukan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan, sebaliknya hanya mahukan beliau memikirnya semula tempoh peralihan yang lebih sesuai dan oleh diterima oleh ahli parti,’’ katanya kepada pemberita selepas melancarkan Anugerah Usahawan Wanita kebangsaan 2008 di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau menyokong saranan Timbalan Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan mesyuarat bahagian UMNO menentukan tempoh peralihan kuasa berkenaan.

- Utusan

916 : Poster palsu Anwar ke Istana Negara


Sep 15, 08 1:54pm

PKR menafikan menganjurkan perhimpunan di Istana Negara esok sempena menyambut Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "perdana menteri keenam" seperti poster-poster yang disebarkan di beberapa tempat di ibu kota.

"PKR dengan ini ingin memaklumkan bahawa ia tidak sama sekali terlibat dalam penganjuran mana-mana perhimpunan mahupun perarakan ke Istana Negara pada 16 September 2008 seperti yang diuar-uarkan," kata setiausaha agungnya Datuk Salehuddin Hashim hari ini.

"Penyebaran maklumat palsu yang melibatkan PKR ini dilihat sebagai suatu usaha terdesak pihak tertentu yang mahu menimbulkan kekacauan dan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan akan seterusnya menimbulkan kebimbangan kepada warga penduduk Kuala Lumpur."

Poster itu menyebut, antaranya, perhimpunan menyambut Anwar akan diadakan jam 10 pagi di situ.

Tambahnya, PKR juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang maklumat palsu yang "bertujuan untuk memburukkan pertalian yang baik antara PKR dan Raja-raja Melayu."

- Malaysiakini


AR: Provokasi UMNO yang tak patut!!!! Lawak, lawak.

OPS Lalang 2 : Zaid Serah Surat Letak Jawatan


Datuk Zaid Ibrahim, yang mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) minggu lepas, telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi.

Menurut sumber, surat tersebut diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 2 petang.

Zaid melahirkan rasa tidak senangnya pada langkah kerajaan menangkap ahli parlimen DAP Teresa Kok, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara, Jumaat lalu.

- Malaysiakini

AR: Tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim kerana sanggup kehilangan kuasa demi menegakkan keadilan!!!!! Tahniah!!!

OPS Lalang 2 : JIM Kecam Penahanan ISA


Abolish ISA! Sign the petition here!
The following is a statement by Jamaah Islah Malaysia (JIM) which is one of the country's leading Islamic movement.


Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia atau JIM, mengasaskan kewujudannya dengan menghayati pengertian al-islah yang membawa maksud pembaikan, pembaharuan serta mewujudkan perdamaian.
They have just released a statement which not only condemned the use of the Internal Security Act as unislamic, but also reaffirmed the position that Teresa Kok was never involved in the so-called "azan" issues in Kota Damansara and Kinrara mosques.

KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
14 September 2008


JIM KECAM PENAHANAN AHLI POLITIK, WARTAWAN DAN PENULIS BLOG DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mengecam undang-undang tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan penggunaannya ke atas Ahli Parlimen Seputeh yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok, wartawan akhbar Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng dan pengendali laman blog Raja Petra Kamaruddin.

JIM ingin menegaskan bahawa prinsip keadilan amatlah penting dalam perundangan. ISA menyalahi prinsip keadilan kerana mereka yang ditahan dinafikan hak untuk “tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahannya”, dinafikan hak bela diri, dinafikan khidmat guaman dan boleh ditahan selama-lamanya tanpa dihadapkan ke mahkamah.

Walaupun wartawan Tan Hoon Cheng kemudiannya telah dibebaskan selepas 16 jam ditahan, namun JIM mempersoalkan penahanan tersebut atas kononnya untuk melindungi beliau daripada ancaman ke atas keselamatan beliau. Ini menurut Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dalam sidang akhbar di Ibupejabat Polis Bukit Aman pada 13 September 2008. Bukankah suatu yang amat pelik apabila seseorang ditahan di bawah ISA untuk menyelamatkan beliau daripada ancaman keselamatan sedangkan lazimnya seseorang ditahan kerana beliau dituduh memudaratkan keselamatan negara?

Apakah dengan ini wartawan tersebut perlu berterima kasih kepada Kerajaan atau sepatutnya menyaman Kerajaan kerana merampas hak kebebasan beliau sebagai warganegara dengan alasan yang tidak munasabah langsung?

Perbuatan menuduh tanpa sebarang bukti adalah perbuatan yang haram dari sudut Syariah, kerana ianya sendiri merupakan sebab utama kepada keadaan huru-hara di kalangan masayarakat yang hilangnya kepercayaan antara satu sama lain.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Hujurat ayat 6, penyebaran perkhabaran dan maklumat yang tidak sahih lagi meragukan menyebabkan berlakunya pertimbangan yang tidak adil, lantaran mengundang kepada musibah fitnah yang melanda masyarakat.

Riwayat hadith Ibnu Majah dan Abu Dawud menyebutkan bahawa kadi yang menetapkan hukuman kepada seseorang bedasarkan sumber-sumber bukti yang tidak benar akan dicampakkan ke dalam api neraka sewajarnya cukup menjadi pengajaran bagi kerajaan untuk mengutamakan prinsip keadilan Islam yang rasional berbanding dengan sentimen-sentimen perkauman yang rapuh dalam menjaga kemaslahatan masyarakat.

JIM mengesyorkan mana-mana pihak yang terkesan dengan sebaran awam yang dianggap menghina Islam supaya tampil proaktif dalam memberikan penjelasan yang bernas terhadap isu-isu yang dibahaskan. Islam tertegak di atas nas dan dalil Al-Quran dan Sunnah yang jelas. Tuntutan untuk mengemukakan hujah-hujah Islam secara berhikmah dan beradab sudah termaktub di dalam riwayat hadith-hadith yang sahih.

JIM memandang penahanan wartawan Tan Hoon Cheng seolah-olah beliau bertanggungjawab ke atas kontroversi kenyataan perkauman Ahmad Ismail sebagai tidak wajar kerana Ahmad Ismail dan pengikut beliau sendiri yang sengaja memberikan provokasi perkauman tanpa sebarang kawalan emosi di hadapan wartawan-wartawan.

Penahanan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula merupakan satu ketidakadilan kerana dakwaan bekas Menteri Besar Selangor keatasnya telah dinafikan sekeras-kerasnya. Malah, masjid di Damansara yang dikatakan disuruh perlahankan bunyi azannya telah memberi penjelasan bahawa azan tidak berbunyi dengan kuat kerana alat pembesar suara azannya mengalami kesulitan teknikal, bukannya kerana ditentang penduduk bukan Islam.

Penduduk bukan Islam di kawasan perumahan sekitar sebuah masjid di Puchong pula dilaporkan hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis kuliah bacaan ayat al-Quran, bukannya azan itu sendiri.

JIM berpendirian jelas bahawa apa juga alasan yang dinyatakan kerajaan atas episod penahanan terbaru ini samada sebagai “pencetus polemik ketakutan” atau “pencetus kegawatan”, ianya seharusnya boleh ditangani dengan pelbagai akta lain yang sedia ada.

Tindakan menggertak dan menangkap blogger, wartawan, para pengkritik dasar kerajaan khususnya dari kalangan parti pembangkang tanpa hujah yang konkrit hanya akan mengundang kemusykilan rakyat terhadap motif dan keikhlasan kerajaan dalam melaksanakan perubahan pasca Pilihan raya Umum ke-12 terutamanya dalam konteks lanskap politik negara kini. Tindakan ini hanyalah mengesahkan lagi bahwa ISA digunakan untuk tujuan politik parti pemerintah.

JIM amat kesal dengan tindakan parti politik pemerintah yang sanggup memainkan isu sensitif seperti perkauman dan agama demi untuk menutup pelbagai kelemahan kepimpinan sedia ada. Sebaliknya, adalah lebih baik pihak kerajaan berusaha menyelesaikan pelbagai kemelut yang terjadi di dalam negara sekarang ini tanpa menggadaikan suasana keamanan yang sedia ada. Hentikan politik perkauman, fitnah dan tuduh menuduh tanpa bukti lagi tanpa bicara dan kembalilah kepada Syariat Islam.

JIM menggesa Kerajaan untuk membebaskan Teresa Kok, Raja Petra dan tahanan-tahanan ISA yang lain dengan serta merta atau dakwa mereka di mahkamah. Nasib tahanan yang ditahan dalam tempoh yang lama sehingga 7 tahun juga perlu dibela.

Sebagai anggota aktif gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), JIM menyeru rakyat yang prihatin untuk turut tampil membantah ISA dan penahanan berhubungnya melalui program-program yang dianjurkan oleh GMI. Dalam tuntutan keadilan dan kebenaran, tidak ada batasan agama, kaum atau budaya.

Syed Ibrahim Syed Noh
Timbalan Presiden


- Skuad Dun Batu Caves

Blog Stats