Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Wednesday, November 19, 2008

NEGARA SELAMAT WALAU TIADA PM, TPM DALAM NEGARA : NAJIB - melayau

Tukar Tiub : KUALA LUMPUR: Malaysia berada dalam keadaan selamat walaupun ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas urusan ke luar negara.


Bercakap kepada pemberita di sini petang ini, Najib berkata beliau terpaksa menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) ke-20 di Lima, Peru malam ini, manakala Abdullah kini sedang dalam rangka lawatan ke Uzbekistan.

"Biasanya salah seorang akan berada di dalam negara, tapi kali ini tidak dapat dielakkan. Namun, kami berdua akan sentiasa berkomunikasi," katanya.

kah kah kah kah…. kah kah kah…. NEGARA SELAMAT?.... kah kah kah… .

kah kah kah …. betul betul betul…. tepat tepat tepat…. kah kah kah….

kah kah kah…. untuk pertama kalinya mat mongol cakap betul…. kah kah kah…

kah kah kah…. rakyat tak perlukan munkee munkeeee ini…. kah kah kah…

kah kah kah… orang ramai tak risau…. rakyat tak rimas… kah kah kah…

kah kah kah....negara selamat… kah kah kah… melayu tidak di tipu… kah kah kah
kah kah kah…. KALAU MEREKA TAK BALIK LAGI BEST….. kah kah kah…

Toyol 2 Sekawan Keluar Negara: Malaysia Makin Selamat

KUALA LUMPUR: Malaysia berada dalam keadaan selamat berikutan ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas urusan ke luar negara.

Bercakap kepada pemberita di sini petang ini, Najib berkata beliau terpaksa menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) ke-20 di Lima, Peru malam ini, manakala Abdullah kini sedang dalam rangka lawatan ke Uzbekistan.

"Biasanya salah seorang akan berada di dalam negara, tapi kali ini tidak dapat dielakkan. Namun, kami berdua akan sentiasa berkomunikasi," katanya.

TP -Alhamdulillah... aku rasa ada sikit selamat la hasil bumi negara Malaysia buat sementara waktu berikutan ketiadaan ke2-2 toyol besar ni... kalau depa 2 sekawan ni dok dalam Malaysia, alamat lagi banyak la duit rakyat habis jahanam dok buat dekat benda-benda mengarut...

Najib pi Peru ngan sapa? Bik Mama mana?

Bik Mama tak jogging ka minggu ni? Aaa...??? Bik Mama pi shopping kat Peru???

Mampuih jugak duit rakyat... aku ingat selamat... cit..!

- Kelate Kito

Ketua Hakim Mengaku Rasuah: Karpal beri Zaki 7 hari untuk letak jawatan

Perisik Rakyat : Pengerusi DAP Karpal Singh memintaKetua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi meletakkan jawatan dalam masa tujuh hari ekoran kenyataan Zaki mengenai rasuah di kalangan kakitangan mahkamah semasa beliau menjadi peguam pada 1987.

Beliau berkata Zaki jangan menafikan bahawa beliau telah mengeluarkan perkataan yang dilaporkan dalam the New Straits Times pada 8 November kerana ada rakaman audio mengenai apa yang beliau katakan di Kuching, sehari sebelum itu.

Karpal Singh berkata penjelasan oleh Zaki mengenai kenyataan itu, yang dilaporkan dalam akhbar yang sama pada 9 November, tidak mengandungi kebenaran tersebut, demikian menurut Bernama.

Zaki dilaporkan berkata bahawa 'Ia mengambil masa enam bulan untuk menjadi baik, merasuah setiap individu supaya diterima semula sebelum fail-fail kami dilihat semula. Itu adalah adalah pengalaman peribadi saya, dan saya memberitahu perkara ini kepada semua kerani dan pendaftar supaya menghentikan perkara karut ini'

"Dalam memberikan kenyataan itu, beliau (Zaki) telah mengelirukan seluruh negara. Justeru, beliau bukanlah orang yang layak memegang jawatan Ketua Hakim yang telah memalukan institusi kehakiman," kata Karpal Singh kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Karpal Singh berkata jika Zaki tidak meletak jawatan dalam masa tujuh hari, beliau akan membentangkan satu usul terhadapnya di bawah Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan.

Artikel itu menyebut; Perilaku seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi janganlah dibincangkan sama ada di Parlimen kecuali mengenai usul substantif di mana notis diberikan tidak kurang daripada suku keseluruhan bilangan anggota Dewan itu, dan tidak dibincangkan di Dewan Undangan mana-mana negeri.

AHLI PARLIMEN BN TUNTUT ELAUN KERAIAN BERJUTA RINGGIT

Kerabu Bersuara : Berita TV 9 sebentar tadi mendedahkan dengan data dan maklumat yang lengkap terdapat 10 orang ahli parlimen BN yang membuat tuntutan elaun keraian sehingga mencecah jutaan ringgit seorang.
Satu siasatan perlu dilakukan untuk menentukan kesahihan tuntutan yang dibuat.

Walaupun tuntutan yang dibuat mungkin mengikut prosedur dan kelayakan tetapi jumlah tuntutan yang dibuat adalah keterlaluan dan melampau pada saat rakyat disuruh berjimat cermat kesan kegawatan ekonomi. Di antara tuntutan adalah berkaitan dengan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini.

Dalam hal ini, pemimpin BN ini kena mencontohi pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambil pendekatan berhemah dan berjimat cermat dalam perbelanjaan. Terutama kepimpinan YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak mengambil walaupun sesen elaun keraian dan elaun rumah yang layak diperolehi sepanjang 18 tahun menerajui Kelantan sebaliknya duit elaun tersebut diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Majlis rumah terbuka atau majlis lain yang diadakan di rumah beliau di Pulau Melaka semuanya menggunakan duit poket sendiri tanpa membazirkan wang rakyat. berbeza dengan pemimpin BN yang mengadakan majlis rumah terbuka secara besar-besaran dan mewah dengan menu pelbagai aneka dan rasa daripada duit dan air mata rakyat.

Kenyataan Media: Isu Demostrasi Bogel

Thinking of Life :  Para Reformis belumpun bertindak berbogel ataupun berdemostrasi di mana-mana tempat. Kenyataan yang kami buat merupakan satu cara untuk menyatakan bahawa para reformis sebagai pejuang kepada keadilan inginkan rakyat terbanyak dibela dengan sewajarnya jangan sampai rakyat berbogel kerana tidak mampu membeli berpakaian. Bogel itu hanya satu symbol serta lambang keperitan serta ketidak mampuan juga kemiskinan rakyat.


2. Kenyataan daripada YAB TG Nik Abdul Aziz mengenai para reformis seperti binatang tidak beradap menyinggung kami para reformis yang amat menyanjung tinggi peribadi serta kepimpinan TG Nik Aziz. Kami para reformis belumpun lagi berbogel kami hanya menyatakan sikap kami bagi mewakili rakyat serta masyarakat yang berpendapatan rendah yang susah serta tertekan dalam mengharungi kehidupan di sebuah negeri maju. Tahukah YAB TG bahawa di Selangor Negeri Maju ini masih ada orang yang hidup dengan membina kediaman dengan mengorek tanah dengan membina gua untuk dijadikan kediamanya.

Tahukah TG rakyat Selangor ini masih ramai yang tidak mempunyai rumah yang sempurna dimana rumahnya sekadar ala pondok di kebun durian. Tahukah TG begitu ramai rakyat Selangor terpaksa menumpang di bawah-bawah talian elektrik untuk membina kediamanya, juga di tebing-tebing sungai. Juga Tahukah TG bahawa berapa ramai rakyat Selangor Negeri Maju ini yang rumahnya dirobohkan tanpa notis juga tanpa pampasan (yang terbaru di Kuala Selangor).

3. Kami para reformis tahu adap serta hukum agama sebab itulah kami nyatakan demostrasi simbok dengan berbogel untuk menyatakan bahawa rakyat Selangor tertekan dengan sikap serta cara kepimpinan YAB Tan Sri Khalid yang dalam pilihanraya menjanjikan sebuah negeri BERKEBAJIKAN tetapi setakat ini apa kebajikan yang didokong oleh kerajaan negeri. Kami juga inigin bertanya kepada YAB TG Nik Aziz adakah TG ada memberikan panduan kepada rakan sejawatnya YAB Tan Sri Khalid tentang tatacara mengurus serta mentadbir sebuah negeri berkebajikan sekurang-kurangnya ala Kelantan.

4.Kami sebagai rakyat terbanyak di bawah, tindakan kami walaupun sampai berbogel tidak memberi kesan banyak kepada kesejahteraan rakyat, tetapi sedikit tindakan ataupun tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap sesuatu isu oleh pemimpin lebih-lebih lagi Menteri Besar juga para Exco akan memberi kesan besar kepada rakyat. Apakah dengan menaikkan kadar sewa rumah tanpa kajian serta bancian yang sempurna merupakan satu ciri negeri BERKEBAJIKAN...

RAMALAN BIN ABU BAKAR

Presiden Reformis

Hotttt : Wanted... Hamid Albar Dikehendaki????

Semalam masa berlilin, takda bunyi apa pun.
Hari ni terkejut pulak aku tengok poster ni. Tepi kedai "Melayu".
Apa cerita Mid? Hang buat naya kat sapa pulak?


Tuan punya tangan berkata "Haaa, ni dia la penjenayah besar, tangkap orang letak dalam tahanan ikut suka kepala bapak dia!"

Amal Jariah : Lembu Korban Untuk Dijual

Blog Stats