Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Friday, September 19, 2008

Ahli MT Desak Pak Lah Tak Bertanding Presiden UMNO


Muda Mohd Noor

Beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya jangan bertanding jawatan presiden Disember ini.

Mereka membuat desakan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam, kerana bimbangkan Abdullah tidak akan mendapatkan pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatan presiden.

Ini bermakna, Abdullah perlu meletakkan jawatan perdana menteri lebih awal daripada 2010.

Difahamkan, mereka mahu Abdullah meletak jawatan sebelum 9 Oktober ini - tarikh bermulanya mesyuarat bahagian yang akan berlangsung selama sebulan sehingga 9 November.

Seramai 193 bahagian Umno akan membuat pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden serta kerusi MT untuk bertanding dalam pemilihan parti Disember depan.

Abdullah memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian untuk layak bertanding jawatan presiden. Sebelum ini beliau memegang jawatan presiden tanpa bertanding.

Menurut sumber-sumber yang layak dipercayai, desakan tersebut dibuat oleh sekurang-kurang tiga ahli MT ketika bercakap mengenai pergolakan dalam Umno sekarang.

Manakala dua lagi ahli MT difahamkan telah meminta Abdullah meletak jawatan selewat-lewatnya semasa perhimpunan agung tersebut.

Difahamkan ahli-ahli MT yang lain juga mahu menyuara pandangan mereka tetapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencelah dan berkata beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Abdullah.

Abdullah kemudiannya berkata, beliau juga akan membincangkan perkara yang sama dengan Najib selepas ini.

Antara yang membangkitkan perkara tersebut termasuk ahli MT yang terdiri daripada menteri kabinet.

- Malaysiakini

OPS Lalang 2 : Teresa Kok dibebaskan


Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini selepas disiasat selama seminggu.

Beliau dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 1 petang.

Beliau berada di balai polis berkenaan selama 40 minit untuk proses urusan pembebasan sebelum keluar bersama ibu bapanya, peguamnya Sankara Nair dan pembantunya Mandy Ooi.

DAP memaklumkan satu sidang media berhubung pembebasan itu akan diadakan di ibu pejabatnya di Petaling Jaya jam 3.30 petang.

Exco kanan kerajaan Selangor itu ditahan bawah ISA menjelang tengah malam Jumaat lepas.
Beliau antara tiga orang yang ditahan minggu lalu bawah kontroversi itu selepas penangkapan editor Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng.

Tan dibebaskan Sabtu lepas, sementara Raja Petra masih ditahan.

Teresa, yang juga ahli Parlimen Seputeh, ditangkap kira-kira jam 11.18 malam Jumaat lalu ketika pulang daripada menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.

Menurut pemimpin utama DAP Lim Kit Siang, tiga kereta polis bersama 10 anggota menahan Teresa di pintu masuk kondominiumnya.

Katanya, Teresa baru pulang daripada menghadiri satu majlis festival kuih bulan di pejabatnya di kawasan pilihanrayanya.

Teresa ditahan untuk siasatan berhubung tuduhan melarang laungan azan di dua masjid, penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan laporan polis terhadapnya oleh beberapa pertubuhan Islam, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

- Malaysiakini

Template Laman Anak Reformasi 1.1

Template bagi laman Anak Reformasi diubah kerana, ada something wrong some where tadi......

Harap Gumbira dengan template yang warna hijau nih.... cerah sikit mata memandang.

- Anak Reformasi.

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Akan Kekal Pulih Dan Kekal Tinggi

PULAU PINANG: Perkembangan ekonomi dunia terutama krisis kewangan yang berlaku di Amerika Syarikat akan memberi kesan jangka pendek kepada ekonomi negara dan tidak harus dilihat sebagai ancaman terhadap kestabilan ekonomi Malaysia.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata beliau yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia akan pulih dan kekal tinggi pada masa depan.

"Isu-isu berbangkit daripada krisis Amerika Syarikat nampaknya begitu mendalam dan menular menjadi satu krisis yang getir sehingga banyak bankbank termasyhur dan wujud sejak lama akhirnya jatuh dan tidak dapat bangun kembali.

"Walaupun perkara itu dilihat mengurangkan keyakinan pelabur terhadap pasaran antarabangsa namun dengan dana yang kukuh, ekonomi negara mampu berkembang dengan baik dan perkara itu (krisis kewangan) hanya sementara," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anakanak yatim Wisma Yatim di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

Sebagai sebuah negara yang terlibat dalam industri global, Nor Mohamed berkata memang Malaysia akan menerima tempiasnya tetapi perkara itu hanya bersifat sementara kerana dana yang dimiliki negara begitu kukuh.

Nor Mohamed berkata, pelabur mampu menilai kekuatan ekonomi negara secara lebih luas dengan mengambil kira kemampuan negara mempelbagaikan kekayaan sumber ekonominya serta kemudahan infrastruktur yang terdapat di sini.

Selain itu, katanya Malaysia juga mempunyai jaringan hubungan yang amat baik dengan China dan India yang merupakan antara negara membangun yang tidak terjejas dengan keadaan ekonomi dunia pada masa kini.

"Kita masih mempunyai banyak sumber untuk pertumbuhan dan daripada segi jangka panjang, pelabur tahu negara kita mempunyai ekonomi yang kukuh.

"Lagipun eksport dan pelaburan kita semakin banyak di keduadua negara itu yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang kukuh dengan India lapan peratus dan China dengan 10 peratus.

Saya yakin ekonomi negara kita juga akan kekal tinggi pada masa akan datang," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengumumkan penurunan harga minyak ekoran penurunan harga minyak mentah dunia di bawah paras AS$100, katanya: "Kita sudah ada formula berkaitan perkara itu. Kita ikut sajalah."

Katanya setiap hujung bulan, kerajaan akan mengira purata harga minyak dan sebarang keputusan mengenainya akan dibuat pada setiap akhir bulan. Itu (harga minyak) kita tengok dulu. Kita akan tentukan pada hujung bulan ini. Mungkin sebelum raya (Aidilfitri) kita akan tahu keputusannya," katanya.


Semalam harga minyak mentah dunia turun pada paras AS$92 setong iaitu di bawah paras AS$100.

- mSTAR

AR: Cuba korang tengok yang merah..... banyak alasan pulak dengan formula matematik Dolah yang gagal..... Yang hijau laks, itulah formula mereka, selepas raya baru turun, kerajaan kaya raya lah jawabnya!!!!!

BN Tidak Pandai Guna Internet.....


From : Ong Kian Ming

opinion The directive goes out from MCMC to TMNet and other ISPs operating in Malaysia - they are to block access to RPK's news site, Malaysia Today.

Very quickly, RPK gets wind that his readers in Malaysia cannot gain access to his news site. In response, he sets up mirror sites and gets word out through Malaysiakini, the blogosphere and the major Malaysian mailing list nodes.

Sure enough, most of his regular readers get wind of this and are able to access his site again. The blogophere erupts against the Malaysian Communication and Multimedia Commission and the Barisan Nasional government. Malaysia Today is once again accessible and worst still, for the BN, its actions have raised the ire of the blogosphere.

This recent episode captures the essence of the BN's attitude towards the Internet - they just don't 'get' it.

It would be an understatement to say that the BN leadership, as a whole, has little inkling as to how public opinion is shaped and how political news is disseminated in cyberspace. Its attitude towards bloggers, blogging and the blogsophere, for one, has been reactionary, erratic and inconsistent.




AR: Pada pendapat aku pulak, Kerajaan UMNO/BN nih tak pandai bab lain, dia hanya pandai main internet kat laman porno aje... Hak lain2, diorang sekat, janji, laman berbaur porno dibebaskan.... Hahahahahahaha, tak gitu Dolah???

PM-Anwar Berhadapan Jalan Buntu


The growing impasse between Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi and Opposition Leader Anwar Ibrahim may come to a head soon, with both sides finding a way forward after the former gave a public assurance that he would not arrest "Anwar or anyone else" under the country's draconian Internal Security Act.

- Malaysiakini

Hapuskan kuota atau hapuskan UMNO?


“Hapuskan sistem kuota!” Begitulah saranan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan hari raya Wanita Umno kepada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia beberapa hari lepas.

Kenyataan itu dibuat sebagai menyokong saranan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen supaya sistem kuota dalam pemilihan parti dihapuskan bagi menjaga kestabilan parti daripada gejala negatif dalam dunia politik. Saranan tersebut turut mendapat sokongan beberapa tokoh UMNO termasuk seorang tokoh veterannya, Tan Sri Abdul Aziz Tapa yang sebelum ini memperjuangkan hal yang sama.


Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu perlu kerana sistem kuota tersebut telah menyebabkan berlakunya masalah politik wang dalam UMNO yang kini dilihat semakin berleluasa. Tegas beliau, selagi sistem berkenaan tidak dihapuskan selagi itu masalah politik wang di dalam UMNO tidak akan selesai. "Saya telah menyatakan pendirian saya beberapa kali sebelum ini iaitu sistem kuota sepatutnya telah lama dihapuskan kerana ia menjadi penyebab berlakunya rasuah politik dalam UMNO.

Sementara itu, beberapa pemimpin parti termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid sebaliknya mahu sistem kuota itu dipertahankan.

Perkelahian pendapat dalam tubuh parti politik yang berasaskan bangsa dan manfaat itu dapat disaksikan oleh semua, menandakan ketidaksefahaman dalam pemikiran dan persepsi. Apa yang dikejar hanyalah peluang dan manfaat melalui peraihan kuasa. Kedudukan dalam UMNO, seperti yang sedia maklum, merupakan platform paling penting mendapatkan pelbagai keistimewaan (privilege) terutamanya dalam bidang pangkat dan kekayaan. Di samping itu juga, kedudukan pemimpin yang memegang tampuk kuasa parti memperoleh semacam ‘kekebalan’ dari perundangan di bawah sistem demokrasi ciptaan mereka, umpama bidalan menyebut:-

“Demokrasi umpama sarang labah-labah, yang kerdil terperangkap, manakala yang besar merempuh dan memusnah”

Golongan yang berkuasa inilah yang selalunya kebal dan boleh melakukan apa sahaja atas nama demokrasi. Manakala yang lebih lemah akan menjadi ‘mangsa-mangsa’ yang tersekat dan tersepit di sarang labah-labah. Lagi besar kuasa yang mereka miliki, lagi rakus dan lagi kejam sistem yang mereka buat demi mengekalkan kekuasaan. Dan inilah yang mereka namakan sebagai keadilan, kerana ‘keadilan’ bagi mereka adalah apabila kuasa mereka tidak tergugat. Kerana itulah, peri pentingnya kuasa bagi mereka hingga mereka mengadakan suatu sekatan berupa kuota pemilihan agar kedudukan mereka sentiasa selesa. Idea ini juga akan menjadikan amalan ‘kronisme’ sesama mereka semakin kukuh.

Wujudnya ketamakan kuasa, hasad-dengki, rebut-merebut, jatuh-menjatuhkan dan fitnah memfitnah dalam dunia politik Machiavelli seperti ini adalah perkara biasa, kerana memang dasar politik Machiavelli itu sendiri. Apatah lagi bagi parti politik yang asasnya adalah sekular, yang memisahkan agama dari kehidupan. Asas yang tertulis dalam benak setiap ahlinya adalah ketuanan Melayu, yang merupakan perjuangan assobiyyah yang jelas diharamkan oleh syarak.

Namun, lama-kelamaan, dengan berlakunya evolusi politik, secara amnya, UMNO tidak lagi dilihat sebagai wadah yang memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu, dan rakyat semakin sedar bahawa UMNO tidak lebih dari parti politik yang hanya tertumpu kepada manfaat kebendaan dan kuasa. UMNO masih bertahan kerana masih ada golongan yang gilakan kuasa dan tamakkan harta benda dunia masih berada di dalamnya. Mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka ini semakin merosakkan parti dan bangsa mereka sendiri, malah ia turut merosakkan diri mereka sendiri dan menjerumuskan mereka ke neraka.

Dalam pertelagahan yang berlaku sekarang, masalah utama di sini bukanlah masalah kuota pemilihan, tetapi masalah aqidah atau dasar parti sekular itu sendiri yang perlu dirombak dan ditukar kepada aqidah Islam. Selama mana pemikiran ‘kuasa’ dan ‘manfaat’ masih membelenggu pemimpin-pemimpinnya, selama itulah UMNO sekarang di dalam proses menggali kuburnya sendiri.

Tugas parti politik dalam Islam adalah untuk menyeru kepada Islam dan melakukan amar makruf nahi mungkar, sebagaimana dijelaskan oleh Allah di dalam surah Ali Imran ayat 104. Manakala tugas pemerintah adalah untuk mendukung syariah dalam ertikata menerapkan hukum Allah dan memperjuangkan Islam semata-mata. Hukum syarak merupakan objektif yang perlu diterapkan ke atas masyarakat (melalui kuasa negara). Kuasa dalam parti politik pula tidak akan melangkaui sempadannya dalam skop parti politik sahaja kerana Islam membezakannya dari kuasa negara. Parti politik merupakan kiyan fikriy (badan pemikir) yang sentiasa mencari jalan dan berusaha agar syariah sentiasa dilaksanakan sepenuhnya oleh kiyan tanfizi (badan pertadbir yakni negara).

Pengamalan campur tangan kuasa parti politik dalam kuasa negara pasti melahirkan kepincangan dalam sistem kenegaraan itu sendiri seperti yang ada sekarang. Kezaliman dan kekusutan sebegini tidak pernah dan tidak akan berlaku sama sekali dalam dunia politik Islam yang mengambil akidah Islam sebagai asas perjuangan. Pemerintah yang mengamalkan politik Islam akan memimpin umat manusia menuju jalan taqwa bukan sebagaimana pemerintah yang mengamalkan sekular hari ini yang memimpin manusia menuju tiga ‘ta’ (harta, takhta dan wanita)..

- Hizbut Tahrir Malaysia

Blog Stats