Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, September 18, 2008

Mubarak mahu peralihan kuasa sebelum Disember

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berpendapat proses peralihan kuasa perlu diadakan secepat mungkin, selewat-lewatnya sebelum perhimpunan agung Umno pada 16 Disember ini bagi mengelakkan pergolakan dalam parti.

Presidennya Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata keputusan tersebut dicapai sebulat selepas mendengar pandangan dan rumusan 34 daripada 36 anggota Majlis Tertingginya dalam mesyuarat yang diadakan hari ini. Dua lagi anggotanya tidak dapat hadir.

Keputusan itu berbeza dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai peralihan kuasa yang dipersetujui kedua-dua mereka diadakan pada Jun 2010.

Menurut Bernama, Abdullah dan Najib hari ini mengulangi komitmen mereka dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Kedua-dua mereka juga akan mempertahankan jawatan masing-masing sebagai presiden dan timbalan presiden Umno Disember ini.Abu Zahar berkata peralihan kuasa yang telahpun dipersetujui itu adalah satu persefahaman tetapi ia perlu dirujuk kepada perhimpunan agung Umno Disember ini."

Pemimpin mestilah patuh dan hormati perlembagaan parti Umno di mana semua hak ahli-ahli tidak boleh diketepikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibunegara hari ini.
AR: Nak buat camner, Dolah tak mahu.....

TERKINI!!! : Harga Minyak Dunia Sekarang US$91 Setong


Harga minyak mentah global kini telah jatuh menjunam pada paras USD$91 setong dari paras tertinggi USD$145 beberapa bulan yang telah lalu.

Kenaikan minyak mentah global secara mendadak menyebabkan kerajaan Malaysia menaikkan harga bahan bakar di Malaysia dari RM1.92 kepada RM2.70 pada Jun lalu.

Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menurunkan harga bahan bakar di Malaysia?

Pada 4 September lalu Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga runcit minyak petrol dan diesel mungkin diturunkan lagi sebanyak 15 sen daripada harga semasa, jika harga minyak mentah dunia stabil di bawah paras AS$109 setong sehingga akhir tahun ini.

Namun sekarang harga sudah turun jauh lebih rendah dari AS$109 !

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan tetap komited dengan cadangan penurunan itu walaupun penyusutan nilai ringgit memberi kesan kepada ekonomi negara.

"Kita sedar harga minyak dunia kini berada di bawah paras AS$100 setong tetapi Ringgit juga mengalami nasib yang sama.

"Tetapi perkara ini sedang diteliti, saya percaya harga baru dapat diumumkan sebelum hari raya ini," katanya di sini semalam.

Menurutnya, jika mata wang negara mencatatkan pengukuhan semula, beliau percaya tiada masalah untuk kerajaan melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Semalam, minyak dunia didagangkan pada harga AS$92 (RM310.04) setong tetapi pada masa yang sama Ringgit pula diniagakan pada RM3.50 berbanding AS$ 1, susut 30 sen berbanding awal bulan lalu.


AR: Bila agaknya kita dapat merasa minyak turun nih??? Hari tuh, turun pun ciput aje, 15 sen aje... tuh pun atas tujuan pilihanraya permatang pauh.

Terengganu Masih Belum Terima Wang Royalti Minyak!!!

Ditulis oleh WanKay & SM Noor
Thursday, 18 September 2008



Kuala Terengganu - Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) pada hari Selasa ( 16/9, semalam) te;ah mengadap SPB Yang Di-Pertuan Agong AL-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan, merafak sembah rintihan dan harapan Rakyat Terengganu khususnya dan Rakyat Malaysia Amnya.

”Tujuan utama MAMPAT mengadap SPB Yang Di-Pertuan Agong adalah untuk menpersembahkan hasil kehendak dan harapan Rakyat Terengganu melalui Resolusi Konvensyen Royalti Petroleum yang telah dianjurkan oleh MAMPAT pada 14 Jun 2008 yang lalu,”

kata Pengerusi MAMPAT Mohamad Fauzi bin Abu Samah dalam sidang media yang diadakan di kediaman Penaung MAMPAT, Tengku Seri Paduka Raja.

Menurut Fauzi antara penegasan yang dibuat pada Konvensyen tersebut adalah Royalti Petroleum merupakan Hak Rakyat Terengganu dan ia mestilah dipulangkan berasaskan kepada segala fakta sejarah dan perundangan.

Selain itu beliau menegaskan perjuangan untuk mendapatkan kembali Royalti Minyak adalah PERJUANGAN RAKYAT tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum serta kegagalan menyerahkan Royalti adalah satu pencabulan kepada semangat federalisma.

Beliau berkata antara tuntutan yang telah dirumuskan oleh Peserta Konvensyen Royalti adalah menuntut Kerajaan Pusat untuk mengembalikan semula royalti yang telah dinafikan sebanyak 5 % dalam kadar yang segera selain menuntut supaya kadar Royalti kepada Negeri Terengganu dinaikkan kepada 20 % sehinggalah hilang status sebagai negeri termiskin di Semenanjung Malaysia.

”MAMPAT juga memutuskan untuk turut menyampaikan Resolusi Konvensyen kepada 9 Institusi lain selain daripada SPB Yang Di-Pertuan Agong termasuk Perdana Menteri (PM), Majlis Penasihat Pemangku Raja dan Menteri Besar untuk menyampaikan salinan Memorandum Rakyat sepertimana yang disampaikan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,”kata beliau

Mengulas tentang majlis mengadap SPB Yang DiPertuan Agong, Fauzi berkata ia berlangsung selama kira-kira 30 minit dalam suasana yang amat mesra.

”Empat orang Ahli Majlis MAMPAT telah bersama di dalam Majlis Pertemuan ini. Perbincangan bermula pada kira-kira jam 11.30 am dan berakhir pada jam 12.05 tengahari,”jelas Fauzi

Mengulas lanjut janji Perdana Menteri berkaitan penyerahan royalti beliau berkata sehingga kini MAMPAT mendapat maklumat dan difahamkan bahawa JANJI-JANJI PM untuk menyalurkan Wang Royalti pada minggu pertama September 2008 adalah suatu PEMBOHONGAN di mana Kerajaan Negeri masih lagi tidak mendapat sebarang bayaran seperti mana yang dijanjikan.

AR: Paklah nih kuat membohong betul, mungkin Paklah deal ngan Mat Said pasal kereta mecedeh kut??? Nampak gayanya, Kerajaan Pakatan Rakyatlah nanti berhutang..... Daripada sumber terdekat, MAMPAT akan mengadakan satu Sidang Media Khas berkaitan permasalahan semasa dan juga royalti minyak di rumah Tengku Paduka Raja, pada jam 12 tengahari ini.

Apa Masalah Korang Berdua Nih???

Sambil bertukar jawatan, sambil kedua-duanya menutup hidung.... seolah-olah ada sesuatu aje.....

Kek Harapan Rakyat Malaysia

Setelah tarikh keramat 16 September begitu kurang menjadik, ramuan-ramuan bagi pembentukan kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat seolah-olah telah sedang di masak untuk melihat hasilnya pada bila-bila masa selepas tarikh 16 September ini.

Sekarang, sudah 18 September, kiranya sudah 2 hari muncul selepas tarikh 16 September.... Kerajaan Malaysia masih dimiliki oleh UMNO dan sekutunya dalam Barisan Nasional dan masih diteraju oleh si Dolah.

Disebalik masakan yang di adun dengan ramuan khas formula Datuk Seri Anwar Ibrahim, nampaknya, masakan tersebut semakin berhasil menjadi satu resipi yang istimewa hidangan untuk rakyat Malaysia.

Kisah di sebalik perletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim seakan-akan satu ledakan pertama resipi kejayaan ini... di tambah pula, pada 17 September, Si Dolah dan Si Bijan bertukar-tukar jawatan Menteri.....

Jelas terpancar di dada kerajaan UMNO kini bahawa resipi daripada ramuan khas Anwar semakin menjadi, cuma, masa untuk resipi itu masak sahaja belum diketahui...

Semoga resipi daripada formula Anwar ini akan menjadi satu masakan yang istimewa yang menjadi Kek Harapan Rakyat Malaysia dan meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kegemilangan.

916 : Anwar Kemukakan 4 Syarat Untuk Teraju Negara!!!


1) Kerajaan BN memberi jaminan tidak akan menghindar atau menghalang Ahli Parlimennya untuk bertindak bebas mengikut hak Perlembagaan dan kesedaran masing-masing;

2) Kerajaan BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat atau mana-mana 82 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sedia ada;

3) Kerajaan BN tidak akan mengisytiharkan darurat atau menggunakan kuasa polis atau menggantung Perlembagaan atau membubarkan Parlimen sebagai maklum balas terhadap hasrat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru; dan

4) Kerajaan BN tidak akan melakukan sekatan jalan raya bagi menghalang Ahli Parlimen memasuki Parlimen atau institusi kerajaan lain.

SUMBER : Berita Harian

HOT!!! : Zaid Ibrahim masuk PKR

Zaid Ibrahim membuat keputusan untuk menyertai PKR. Pengumuman rasmi akan dibuat esok.

34 MP sudah pun menandatangani surat persetujuan untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Sementara itu, khabar dari saudara mara yang bekerja dengan Angkatan tentera memberitahu bahawa semua cuti anggota tentera dibekukan dan semua anggota tentera diperintahkan tinggal didalam kem.

Blog Stats