Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, September 16, 2008

Tukar Tiub : SELAMAT PAGI MALAYSIA BARU

Tukar Tiub: SELAMAT PAGI MALAYSIA BARU: "adalah Malaysia yang agihan kekayaan bukan mengikut kaum/agama tetapi keperluan."

Untuk pertama kalinya kita rakyat Malaysia telah menyambut HARI MALAYSIA. Perhimpunan bersejarah di Stadium Kelana Jaya pada malam 15 September 2008 telah merakamkan rasa hormat kita kepada warga Sabah dan Serawak yang selama ini telah ‘ditipu’ dan terpaksa menyambut tarikh 31 Ogos sebagai Hari Malaysia.

Poooorah 31 Ogos bukan Hari Malaysia. Khalas. Period. Khatam. Finito. Fin. Kaput. End.

Hari Malaysia ialah 16 September. September 2008 adalah kali kedua Hari Malaysia dirayakan di Semenanjung. Kali pertama dahulu pada September1963.

Hari Malaysia ini juga akan membawa satu lagi perubahan baru. Kerajaan baru Pakatan Rakyat akan ditubuhkan. Ini bukan mimpi. Ini bukan olok-olok. Ini adalah harapan warga Malaysia yang telah bosan dan mual dengan kerajaan Barisan Nasional yang di kepalai oleh United Malays National Organisation. Hari Malaysia adalah tanda rakyat mahukan perubahan.

Dari ucapan Sdr Anwar Ibrahim di Stadium Kelana Jaya , kita rakyat telah diajak untuk meyakini kelahiran kerajaan baru ini.

Mustahil?

Tidak perlu ada loncatan parti. Tidak perlu meninggalkan parti.

Apabila pemimpin Parti Keadilan Rakyat berkata ‘ kita cukup jumlah’ jangan salah tafsir. Bukan jumlah ahli parlimen untuk melompat parti dan meninggalkan parti asal mereka.Tetapi jumlah untuk menyatakan yang mereka TIDAK lagi memiliki keyakinan terhadap pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Surat resmi telah dihantar kepada Abdullah Badawi pada hari Jumaat lalu. Pakatan Rakyat ingin mengadakan pertemuan agar peralihan kuasa berjalan lancar. Dan Kerajaan Malaysia Baru akan ditubuhkan.

Malaysia Baru adalah Malaysia yang berpandukan Ketuanan Rakyat.
Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Keselamatan Dalam Negeri - ISA.
Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Cetak.
Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Universiti dan Kolej Univeriti.

Malaysia Baru adalah Malaysia yang agihan kekayaan bukan mengikut kaum/agama tetapi keperluan.

Malaysia Baru menjamin dan menghormati kebebasan beragama/berkepercayaan.

Malaysia Baru adalah untuk semua rakyat Malaysia. Tidak ada yang menjadi tuan dan tidak ada yang menjadi hamba. Tidak ada yang istemewa. Semua setaraf. Semua sederajat.

Kita semua adalah anak semua bangsa berbeza-beza tetapi sederajat.

Anak semua bangsa marilah kita rayakan perbezaan dalam Malaysia Baru.

916 : Sekitar Himpunan Hari Malaysia












Sekitar gambar di Himpunan Hari Malaysia.... Oleh kerana, sudah lama..... AR telah buang sedikit gambar Himpunan Hari Malaysia ini bagi mengurangkan kesesakan pada blog Anak Reformasi ini.

- Anak Reformasi.

916 : Anwar Mahu Jumpa Dolah, Isu Tukar Kerajaan

Jimadie Shah Othman | Sep 15, 08 11:53pm

Pakatan Rakyat yang dikepalai Datuk Seri Anwar Ibrahim masih yakin rancangannya untuk membentuk kerajaan baru akan berjaya esok atau lusa.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan rancangan ketua pembangkang itu sebagai "sesuatu perkara yang karut".

Bercakap di depan lebih 10,000 penyokong pembangkang di stadium Kelana Jaya malam ini, Anwar berkata Pakatan Rakyat telah menghantar surat hari ini untuk bertemu Abdullah bagi membincangkan isu pembentukan kerajaan baru.

"Petang tadi, (ahli parlimen DAP) Anthony Loke, (ahli parlimen PKR) Johari (Abdul) telah pergi ke Putrjaya, hantar surat untuk berjumpa segera dengan perdana menteri sebab kita mahukan perubahan aman dan tenteram," kata Anwar.

"Kita sudah ada jumlah (wakil BN yang akan melompat kepada Pakatan), dan kita telah bersedia. Hari ini 16 September, esok 17 September, kita bersedia membentuk kerajaan."

Anwar, yang juga penasihat PKR, meyakinkan para penyokongnya bahawa rancangannya untuk menubuhkan kerajaan dengan cara memujuk lebih 30 wakil rakyat BN meninggalkan parti itu "masih seperti dirancang."

"Apabila kita kata 'on track' (masih seperti dirancang), maksudnya 'on track'.

"Hendak jadi macam mana (perubahan kerajaan pada 16 September), mereka bawa (ahli-ahli parlimen BN) ke Taipei," katanya, merujuk lebih 50 wakil rakyat BN yang secara mendadak dibawa melawat Taiwan beberapa hari lalu.

"Tetapi kita ada cukup jumlah untuk mengalahkan BN. Bukan hendak paksa, pergi Putrajaya hendak heret, ambil alih (kuasa kerajaan pusat) bukan mengikut hukum rimba, yang lalu tetap berlalu.

"Esok kita akan umumkan pendirian kita."

Sementara di Kuala Terengganu, lapor Bernama, sambil menempelak tentang hasrat itu, Abdullah berkata pertukaran kerajaan baru tidak akan berlaku.

"Orang kita cepat sangat terkejut, tergempar, cepat sangat kelam-kabut tentang soal pertukaran kerajaan. Ketepikan semua perkara begini.

"Beri perhatian kepada perkara yang mendatangkan manfaat serta kebaikan dan bukan sembang kosong yang tidak beri manfaat.

"Kita suka sangat berhujah dan bersembang tentang perkara ini (pertukaran kerajaan). Perkara ini tidak akan berlaku," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan rakyat di Masjid Abidin malam ini.

Menurut agensi berita itu lagi, Abdullah meminta umat Islam meningkatkan ibadat bersempena bulan Ramadan dan tidak terlalu ghairah memperkatakan isu pertukaran kerajaan.

"Pembohongan ini menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut sehingga selepas berbuka dan Tarawih, bukan nak buat Taddarus tetapi yang dibincangkan ada hubung kait dengan pertukaran kerajaan.

"Sepatutnya kita guna bulan Ramadan ini untuk tingkatkan ibadah untuk kemuliaan di sisi Allah dan tidak digunakan bersembang perkara yang tidak akan berlaku," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Anwar membayangkan wujud perbincangan antara pihaknya dengan bekas ketua bahagian Umno Kota Bharu itu.

"Terima kasih kepada Zaid. Dalam beberapa hari lagi akan ada berita baik daripada Zaid. Ada orang kata kita beli (Zaid). Bukan beli, tetapi dia benci penahanan (bawah) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)," kata bekas timbalan perdana menteri.

Anwar bagaimanapun tidak menjelas lanjut berhubung perkara itu.

Zaid hari menyerahkan surat peletakan jawatan, namun perdana menteri memintanya bercuti sebelum mengambil keputusan muktamad tentang perkara tersebut.

- Malaysiakini

916 : Zaid Ibrahim Menteri Pakatan Rakyat ?

ZAID IBRAHIM MENTERI PAKATAN RAKYAT ?

Dalam ucapan MERDEKA MALAYSIA di Stadium Kelana Jaya di hadapan 40 ribu pendengar, Sdr Anwar Ibrahim telah berterima kaseh kepada Zaid Ibrahim. Ini kerana Zaid Ibrahim telah menyatakan yang dia tidak bersetuju dengan ISA. Malah Zaid secara berperinsip telah meletakan jawatan menterinya.

Ini satu pekara yang belum pernah terjadi dalam kerajaan gerombolan United Malays National Organisation. Tradisi gerombolan ini ialah melekap sampai mati tidak mahu meninggalkan jawatan.

Anwar juga telah memberi tahu Zaid bahawa ada 'berita baik' dalam masa tiga hari nanti. Apakah ini tarikh Pakatan mengambil alih kerajaan ? Dan Zaid adalah bakal menteri undang-undang Kerajaan Pakatan? Jika ini berlaku maka inilah contoh awal dalam Negara Malaysia Baru ISA tidak lagi wujud.

- Tukar Tiub

916 : Pakatan cukup sokongan MP umum kerajaan baru esok

15-09-2008 11:30:23 PM

Oleh G. MANIMARAN, ARIFFUDDIN ISHAK, SA'ODAH ELIAS dan LEE YAN XIU

PETALING JAYA: Pelan sasaran 16 September Pakatan Rakyat yang berusia enam bulan akan menjadi realiti esok?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengumumkan butiran lanjut sasaran mereka termasuk jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat, esok.

Ketika berucap sebentar tadi pada majlis sambutan Hari Malaysia anjuran Pakatan Rakyat di Kelana Jaya malam ini, Anwar berkata, pihaknya mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan esok.

Terdahulu petang tadi, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua ketika dihubungi mStar Online mengesahkan bahawa Anwar akan mengumumkan butiran lanjut mengenai pelan mereka esok.

Masa sidang media khas masih dirahsiakan sehingga malam ini.

Difahamkan sidang media akan diadakan sama ada pukul 11 pagi ataupun 3 petang esok.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah mempunyai bilangan wakil yang mencukupi untuk tujuan pembentukan kerajaan.

Difahamkan pihaknya sudah memujuk dan mendapatkan sokongan 40 hingga 45 Ahli Parlimen termasuk anggota Kabinet.

"Anwar akan mengumumkan modus operadi dan mekanisme untuk membentuk kerajaan," katanya.

Kata beliau, kerajaan persekutuan yang baru tidak akan dibentuk secara rasmi esok tetapi ia akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekata.

Kata beliau, antara pukul 1.30 dan 1.45 tengah hari ini seorang Ahli Parlimen bertaraf menteri telah menemui Anwar.

"(Tarikh) 16 September jadi... semua perancangan sudah siap. Esok Datuk Seri Anwar akan membuat pengumuman secara rasmi melalui satu sidang akhbar khas," kata Tian yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas terlibat dalam lawatan ke Taiwan untuk memancing beberapa Ahli Parlimen BN di negara, yang mengadakan lawatan sambil belajar.

Antara lain kata beliau, Anwar akan mengumumkan bahawa lebih 32 Ahli Parlimen BN telah mempersetujui untuk masuk Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat diumumkan secara rasmi pembentukannya pada 1 April lalu turut mengisytiharkan sasaran pelan mereka membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September.

Malam ini Pakatan Rakyat mengadakan sambutan Hari Malaysia sempena pembentukan Malaysia di Kelana Jaya.

Bagaimanapun menurut Tian Chua, Anwar tidak akan membuat sebarang kenyataan mengenai pembentukan kerajaan baru malam ini.

"Kita semua sedang membuat persediaan akhir hari ini. Semua jentera sedang bergerak untuk pastikan semua berjalan lancar," katanya yang akan ke Sarawak malam ini bagi mengadakan perbincangan akhir dengan wakil di negeri itu.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ketika dihubungi berkata, beliau yakin satu kejutan akan berlaku di Sabah mengenai beberapa orang Ahli Parlimen BN yanag akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat.

"Saya sudah terima panggilan dari mereka (Ahli Parlimen BN) minggu lalu untuk berbincang mengenai perkara ini.

"Sudah pasti mereka dari Sabah. Namun saya tak tahu berapa orang yang cakap dan berapa orang yang akan buat (lompat parti)," katanya.

Bagaimanapun beliau terus berkeyakinan bahawa akan berlaku perubahan sama ada pada esok ataupun luasa.

Ditanya mengapa Pakatan Rakyat seolah-olah menangguhkan tarikh pembentukan kerajaan baru hingga ke tarikh lain selain 16 September, beliau berkata: "Perkara penting begini perlu berhati-hati, jadi mungkin ambil masa."

- mSTAR

916 : Anwar Menyatakan Esok Pakatan Rakyat Akan Ambil Alih Kerajaan

Anwar: We're ready to form new gov't
Sep 15, 08 10:32pm
Opposition Leader Anwar Ibrahim told a 25,000-strong rally tonight that he had the numbers to form a new government tomorrow and wants to meet with Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to discuss a handover.

- Malaysiakini

916 : PEMECAH BERITA !! 40 RIBU DI KELANA JAYA

Tukar Tiub: PEMECAH BERITA !! 40 RIBU DI KELANA JAYA

Seramai 40 ribu warga Kuala Lumpur telah membanjiri Stadium Kelana Jaya.

Mereka datang untuk menyambut hari MERDEKA MALAYSIA - 16 September.

Warga - tua muda dan kanak-kanak telah hadir. Minah cun, Mak cik bergetah, Pak cik berketayap, berkain tudung labuh, berscaft kepala, bertali leher, berdasi dan berjaket, baju batik dan baju t, jean biru, jean koyak - semua hadir.

Tempat letak telah muntah dengan kereta. Mat Rempit bertaburan.

Inilah kali pertama rakyat menyambut semangat MALAYSIA MERDEKA!

Blog Stats