Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, September 15, 2008

916 : Hot!!! Anwar Umum Formula Pelan 916 Esok!!!


15-09-2008 04:50:32 PM
Oleh G. MANIMARAN, AFFIFUDDIN ISHAK, SA'ODAH ELIAS dan LEE YAN XIU

PETALING JAYA: Pelan sasaran 16 September Pakatan Rakyat yang berusia enam bulan akan menjadi realiti esok?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengumumkan butiran lanjut sasaran mereka termasuk jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat, esok.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan PKR, Tian Chua ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

"(Tarikh) 16 September jadi... semua perancangan sudah siap. Esok Datuk Seri Anwar akan membuat pengumuman secara rasmi melalui satu sidang akhbar khas," kata beliau yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas terlibat dalam lawatan ke Taiwan untuk memancing beberapa Ahli Parlimen BN di negara, yang mengadakan lawatan sambil belajar.

Antara lain kata beliau, Anwar akan mengumumkan bahawa lebih 32 Ahli Parlimen BN telah mempersetujui untuk masuk Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat diumumkan secara rasmi pembentukannya pada 1 April lalu turut mengisytiharkan sasaran pelan mereka membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September.

Malam ini Pakatan Rakyat mengadakan sambutan Hari Malaysia sempena pembentukan Malaysia di Kelana Jaya.

Bagaimanapun menurut Tian Chua, Anwar tidak akan membuat sebarang kenyataan mengenai pembentukan kerajaan baru malam ini.

"Kita semua sedang membuat persediaan akhir hari ini. Semua jentera sedang bergerak untuk pastikan semua berjalan lancar," katanya yang akan ke Sarawak malam ini bagi mengadakan perbincangan akhir dengan wakil di negeri itu.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ketika dihubungi berkata, beliau yakin satu kejutan akan berlaku di Sabah mengenai beberapa orang Ahli Parlimen BN yanag akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat.

"Saya sudah terima panggilan dari mereka (Ahli Parlimen BN) minggu lalu untuk berbincang mengenai perkara ini.

"Sudah pasti mereka dari Sabah. Namun saya tak tahu berapa orang yang cakap dan berapa orang yang akan buat (lompat parti)," katanya.

Bagaimanapun beliau terus berkeyakinan bahawa akan berlaku perubahan sama ada pada esok ataupun luasa.

Ditanya mengapa Pakatan Rakyat seolah-olah menangguhkan tarikh pembentukan kerajaan baru hingga ke tarikh lain selain 16 September, beliau berkata: "Perkara penting begini perlu berhati-hati, jadi mungkin ambil masa."

- mSTAR

Mahkamah tolak petisyen batal kemenangan DUN Api-Api


KOTA KINABALU 15 Sept. – Mahkamah Pilihan Raya, di sini, hari ini, menolak petisyen memohon membatalkan kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, Datuk Dr. Yee Moh Chai pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Petisyen berkenaan difailkan oleh seorang pengundi kawasan DUN Api-Api, Audrey Karen Barry.

Pada pilihan raya itu, Moh Chai yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat negeri, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, Christina Liew dengan majoriti 174 undi.

- Utusan

Muhyiddin : Biralah Che Det Tentukan Cawangan Mana Untuk Kembali


KUALA LUMPUR: Dalam kerancakan cawangan dan bahagian Umno menawarkan tempat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali menyertai parti itu, keputusan akhir mengenainya harus ditentukan sendiri oleh beliau, kata Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ini bagi mengelak timbulnya perasaan kurang senang mana-mana pihak terutamanya Umno Kedah.

“Terserah kepada beliau, mungkin dia nak balik ke cawangan asal dia (bahagian Kubang Pasu), saya pun tawar pergi ke Pagoh kalau susah sangat di tempat lain. Saya tawar (di Pagoh) kemudian dia senyum. “Tapi saya tidak mahu orang Kedah rasa kecil hati pasal dia pemimpin besar di Kedah, eloklah dia mohon ikut pilihan dia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Anugerah Usahawan Wanita 2008 di sini hari ini.

Muhyiddin baru-baru ini mengumumkan bahawa Dr Mahathir, yang keluar Umno empat bulan lalu, telah melahirkan hasrat untuk kembali ke pangkuan parti itu kepada beliau dengan mengambil kira perkembangan semasa.

Berikutan itu, beberapa cawangan dan bahagian telah menawarkan tempat kepada Dr Mahathir.

- Berita Harian


AR: Ada lagi berita mamak Tun nih..... dah masuk, nak keluar, dah keluar nak masuk balik...... piiiiiiiiiraaaah!!! hang ingat hang mahai sangat ke TUN???

ABO : Sept.16-fenomena 'nujum' negara!


16 September. Apa istimewanya tarikh tersebut. Ada orang kata tarikh keramat yang mengusarkan serta meresahkan . Tarikh itu bersamaan 16 Ramadhan 1429H jika tarikh masihi itu ditaklik pada tahun ini. Dan ini juga bermakna umat islam di Malaysia sudah separuh bulan berpuasa. Maka sudah lazimnya doa qunut akan dibaca pada solat witir di akhir tarawih. Namun mungkin tarikh ini memberi khabar gembira kepada kelompok Pakatan Rakyat. Sebaliknya bagi kelompok feudal yang masih mempertahankan ideologi BN, resahnya sudah menjalar keseluruh urat hingga ke kaki.

Hari ini, rakyat sudah mula berteka-teki. Gossip politik yang dicetuskan oleh Dsai seakan-akan bukan lagi satu igauan. Ini kerana ia sudah menjadi satu 'fenomena'. Menjadi sebutan baik di belantara, di kota, di desa, laut, udara dan darat. Hebatnya gegaran tarikh itu seumpama tarikh 11 Sept yang mengegar New York dan dunia.

Namun bukanlah satu jaminan yang mudah untuk Pak Lah membenarkan tarikh 16 sept. ini berlaku yang akan pasti mengubah seluruhnya lanskap politik negara ! Bagaimanapun banyak hujah, menyatakan tidak pula mudah bagi Anwar membentuk kerajaan baru, dan Pak Lah juga tidak semudah ABC menyerah kalah.

Apa yang diharapkan 'gempak' Anwar bakal menjadi realiti. Mengambil pedoman dari seorang ilmuan ulung islam, Farabi berkaitan ciri-ciri ketuan negara di dalam sistem politk islam, yang diantaranya ialah :

- memahami isu-isu
- baik ingatan
- bijaksana
- mampu berhujah
- cinta pada ilmu
- cinta kebenaran
- memiliki jiwa besar
- tidak materialistik
- kuat anti kezaliman
- kuat azam
- berani

So, siapakah yang memiliki ciri-ciri tersebut wahai al-Nujum Negara ? Abdullah kaa ? Najib kaa ? atau Anwar kaa ?

- al-banjari online

Muhyiddin Serah Kepada Paklah Tentang Jawatannya Dalam Kabinet


Tan Sri Muhyiddin Yasin menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sama ada mengekalkannya atau menggugurkannya daripada kabinet selepas mendesak peralihan kuasa disegerakan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata beliau secara peribadi tidak akan meletakkan jawatan berikutan kenyataannya tersebut.

"Saya berhak untuk bersuara bagi menyampaikan pandangan di peringkat akar umbi yang mahukan tempoh peralihan ini disegerakan.

"Ini selaras dengan prinsip demokrasi dalam parti yang tidak menghalang sesiapa untuk bersuara, lagipun kenyataan saya sebelum ini bukan mendesak perdana menteri meletak jawatan, sebaliknya hanya mahukan beliau memikirnya semula tempoh peralihan yang lebih sesuai dan oleh diterima oleh ahli parti," katanya hari ini.

- Malaysiakini

Zaid Ibrahim Sah Letak Jawatan!!!

15-09-2008 03:37:42 PM

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


(Dikemas kini) PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan keputusannya berundur sebagai anggota Kabinet.

Perkara tersebut disahkan oleh pegawai khas beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

"Ya, perkara itu betul (letak jawatan). Surat letak jawatan juga telah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini," katanya.

Keputusan itu dibuat sehari selepas beliau memberikan pandangan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus digunakan terhadap orang awam seperti wartawan dan ahli-ahli politik.

Kata beliau, akta tersebut seharusnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Tambah Zaid, beliau sedia untuk meletak jawatan kerana memberikan pandangan yang dilihat bertentangan dengan 'dasar kerajaan' itu.

"Jika saya perlu meletakkan jawatan (kerana memberikan pandangan ini), saya akan berbuat demikian," katanya.

Menteri yang bertanggungjawab berkaitan soal perundangan dan kehakiman itu berkata beliau bukan sebagai pencetus masalah kepada Perdana Menteri, sebaliknya hanya mempertahankan prinsip dan sentiasa memberikan pendirian kritikal dalam soal penggunaan ISA.

- mSTAR

Habeas corpus difail bebaskan Raja Petra, Teresa


15-09-2008 02:08:34 PM

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok tengah hari tadi memfailkan permohonan habeas corpus untuk membebaskan beliau yang masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Teresa memfailkan permohonan tersebut di Mahkamah Tinggi Sivil hari ini.

Sementara itu, keluarga pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dijadulakan akan mengambil tindakan yang sama berkemungkinan hari ini esok.

Peguam Sankara Nair dan Karpal Singh akan bertindak bagi pihak Teresa.

"Kami akan memfailkan permohonan 12.30 tengah hari dan kami difahamkan, keluarga Teresa akan dibenarkan menemui Teresa petang esok," kata beliau ketika dihubungi petang semalam.

Dalam pada itu, isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan peguamnya semalam dan perbincangan susulan akan diadakan hari ini bagi menguruskan permohonan habeas corpus.

"Sudah tentu, sudah tentu (akan membuat permohonan habeas corpus)... kandungan belum dimuktamadkan lagi, saya akan mengadakan perbincangan dengan peguam (esok)," kata beliau semalam.

Kata beliau, sehingga semalam beliau tidak memperoleh apa-apa maklumat mengenai perkembangan penahanannya.

Raja Petra ditahan di rumahnya di Sungai Buloh, di bawah Seksyen 73(1) ISA, yang membolehkan seseorang itu dikenakan tahanan maksimum 60 hari.

Beliau dibawa keluar dari rumahnya pada pukul 1.50 tengah hari kelmarin.

Sebelum ini, Raja Petra pernah ditahan menikut ISA pada April 2001 kerana penglibatannya dalam gerakan reformasi dan ditahan selama 53 hari di Pusat Tahanan Kemunting, Taiping.

Pihak berkuasa berkata, Raja Petra ditahan berkaitan artikel yang disiarkan dalam laman webnya yang bertajuk "I promise to be a good, nonhypocritical Muslim" dan juga "Not all Arabs are descendants of the Prophets".

Kedua-dua artikel itu didakwa menggunakan ayat yang menghina orang Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

- mSTAR

Blog Stats