Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Saturday, December 20, 2008

TAHNIAH Buat Mawi dan Ekin - Sah Suami Isteri - Malaysiakini

Aku nak ucapkan tahniah buat pengantin baru, Mawi dan Ekin.......

Semoga Berbahagia ke Akhir Hayat hendaknya.......... Esok, nampak gayanya, surat khabar cam pisang gorenglah..... sini, aku petik beberapa berita.......

1) KOSMO!



KAIN pemidang majlis resepsi perkahwinan Mawi dan Ekin di Stadium Majlis Bandaraya Johor Bahru.

JOHOR BAHRU - Kesukaran wartawan untuk membuat liputan persiapan perkahwinan Mawi dan Ekin menimbulkan persoalan adakah majlis yang dianggap Wedding of the Year itu bakal mengalahkan pernikahan anak raja.

Walaupun alasan diberikan bahawa majlis tersebut telah ditaja dan menjadi hak eksklusif stesen televisyen berbayar Astro, adakah perjanjian tersebut juga termasuk 'mengarah pihak media lain agar tidak boleh membuat liputan'.

Sebenarnya wartawan yang membuat liputan perkahwinan Mawi memang tidak pernah menafikan hak eksklusif Astro itu namun ia tidak bermakna hak wartawan daripada syarikat media bukan Astro untuk meliputi persiapan perkahwinan Mawi dan Ekin pada semalam dan kelmarin dinafikan terus.

Ada pemberita dan jurugambar menerima hamburan kata-kata kesat apabila cuba mendapatkan maklumat mengenai pergerakan Mawi. Kawalan ketat ke atas Mawi mengalahkan perkahwinan anak raja.

Itulah yang dihadapi majoriti wartawan tempatan termasuk pemberita Kosmo! yang mengunjungi kediaman Nora' Asikin Rahmat atau Ekin, 29, di Jalan Impian Emas 51, Taman Impian Emas di sini.

Mereka dihalang oleh individu yang mengaku diberi tanggungjawab untuk menapis kehadiran tetamu ke kediaman keluarga bakal isteri Mawi itu.

Persoalannya, apa yang ingin disembunyikan sangat oleh bakal pengantin itu. Apakah majlis yang diadakan terlalu 'hebat' atau adakah barang yang digunakan terlalu mahal sehingga perlu dikawal sebegitu ketat?


2) Utusan


Mawi, Ekin sah suami isteri

20/12/2008 3:16pm

Mawi dan Ekin di majlis pernikahannya di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru


JOHOR BAHRU 20 Dis. - Penyanyi Mawi atau Asmawi Ani, 27, dan Ekin atau Nora’ashikin Rahmat, 29, selamat melangsungkan pernikahan mereka di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini.

Dengan hanya sekali lafaz, Mawi yang mula dikenali selepas bergelar juara program popular, Akademi Fantasia (AF3) itu, sah menjadi suami kepada pelakon tersebut.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Mahad Mohd. Said, pada pukul 11.40 pagi. - Utusan







3) Berita Harian

Mawi bernikah dengan Ekin dengan sekali lafaz

JOHOR BAHRU: Juara Akademi Fantasia (AF) 3, Mawi atau Asmawi Ani, 27, selamat diakad nikahkan dengan sekali lafaz dengan pasangannya Ekin atau Nora'ashikin Rahmat, 29, di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini, jam 11.45 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Mahad Mohd Said, dengan disaksikan sanak saudara kedua-dua pasangan.

Satu majlis resepsi keluarga Ekin akan diadakan di Stadium Tertutup Johor Bahru, malam ini.


MAWI menyarungkan cincin ke jari Ekin selepas pernikahan beliau di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru pagi ini. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Pada 28 Disember ini pula, majlis di pihak pengantin lelaki diadakan di Dewan Felda Taib Andak dengan kehadiran jemputan dianggarkan 15,000 orang tetamu termasuk peminat dari seluruh negara.


Mawi turut dijadual menghiburkan peminatnya pada konsert di padang Felda secara percuma sebagai penghargaan kepada tetamu dan peminat yang hadir memeriahkan hari bersejarah itu.


4) mStar

Mawi-Ekin selamat diijab kabulkan

Dua sejoli meniti hari bahagia setelah diijab kabulkan.

JOHOR BAHRU: Debaran penyanyi tersohor negara Mawi dan pasangannya Ekin untuk disatukan sebagai suami isteri akhirnya terlaksana apabila kedua mereka selamat diijab kabulkan pada jam 11.30 pagi tadi di Masjid Sultan Abu Bakar di sini.

Dengan sekali lafaz sahaja, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi, 27 sah bergelar suami kepada pelakon, Nora'shikin Rahmat, atau Ekin 29.

Lebih dua tahun pasangan ini menyulam cinta, akhirnya termeteri hubungan suami isteri pada hari ini.

Disebabkan persiapan yang begitu terperinci, eksklusif dan mewah, juga penglibatan pihak Astro dan beberapa sponsor besar, ramai yang menyifatkan perkahwinan Mawi-Ekin sebagai 'Wedding of The Year.'

Kedua mempelai telah dinikahkan Pendaftar Nikah Johor Bahru, Datuk Mohd Said.

Majlis akad nikah yang berlangsung dengan penuh adat istiadat orang Melayu dan disaksikan oleh keluarga lelaki dan perempuan, sanak saudara dan kenalan rapat, turut disiarkan secara langsung melalui Saluran Astro Oasis (106) bermula jam 10.30 pagi tadi.

Turut hadir menyaksikan pernikahan ini adalah Kadi Daerah Johor Bahru, As Syeikh Hj Husni Tamrin Md Sharif serta Imam Masjid Sultan Abu Bakar sendiri, Imam Mahadir Yahya.

Pihak Mawi bersaksikan penyanyi dan pendakwah terkenal, Ustaz Akhil Hayy dan Ustaz Dzulkarnain Hamzah Al-Hafiz manakala Ekin pula disaksikan oleh penceramah terkenal, Dato Dr Mohd Fadhilah Kamsah dan Ustaz Dinie Juri.

Kebahagiaan jelas terpancar di wajah kedua penganti baru Mawi dan Ekin.

Kelihatan juga di majlis akad nikah itu ialah Ketua Eksekutif Maestro Freddie Fernandez. Majlis akad nikah yang mendapat liputan meluas dari semua media itu, turut menyaksikan Mawi menyerahkan pada isterinya mas kahwin RM22.50 tunai, wang hantaran RM30, 000 serta hantaran sembilan dulang yang berupa sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian, senaskah al Quran, kasut jenama Gucci, jam tangan Gucci, alat solek dan pewangi, kek, tas tangan jenama Gucci, sepasang kebaya berwarna keemasan dan sireh junjung.

Sementara pihak Ekin pula membalas dengan sebelas hantaran berupa, antaranya sebentuk cincin, set pewangi, jam tangan jenama Gucci, kasut, dompet dan tali pinggang dari jenama Gucci, kemeja jenama Paul & Smith, senaskah al Quran, sejadah, kek, buah-buahan, songkok dan sireh junjung.

Selesai upacara akad nikah, Mawi diiringi seorang Imam telah memanjatkan kesyukuran dengan melakukan sujud syukur.

Upacara majlis akad nikah diteruskan dengan bacaan lafaz taklid oleh Mawi untuk isterinya dan seterusnya melakukan upacara membatal air sembahyang dengan menyarungkan cincin ke jari manis Ekin dan memberi kucupan pertama ke dahi isteri.

Hari bahagia Mawi-Ekin turut diraikan oleh semua peminat setia Mawi kerana dapat mengikuti hari bersejarah di saluran Astro Oasis.

Walau diusik bertalu-talu dan disuruh beraksi di hadapan kerlipan lensa berkali-kali, Mawi kelihatan tenang dan tersenyum sepanjang upacara majlis berlangsung.

Ekin yang diapit oleh penyanyi kelahiran AF, Zila, nampak anggun dan jelita dengan busana rekaan Putra Cosry. Busana putih kombinasi potongan kebaya dan jubah, disulam dengan renda motif warna merah jambu sememangnya cukup cantik di susuk tubuh Ekin. Solekan telah dilakukan oleh Saidutul Nisa dan Tona.

Ekin yang duduk di atas pelamin berwarna hijau muda dan putih, dengan taburan kelopak mawar dan juraian bunga melur di setiap penjuru pelamin kelihatan persis seorang puteri Raja. Pelamin indah hasil ilham Naz Great Ideal yang juga diberi tugas untuk menggubah hantaran.

Suasana bertukar syahdu apabila Ekin sebak dan menitiskan airmata apabila bersalaman meminta restu dari kedua ibu bapanya.

Kedua mempelai tampak romantis sekali berjalan berpimpinan tangan untuk bersalaman dengan hadirin yang hadir.

Pada sebelah malam nanti, sebuah majlis resepsi akan diadakan oleh pihak pengantin perempuan bertempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor bahru (MBJB) pada jam 8 malam.

Walau bagaimanapun, majlis ini akan dihadiri oleh 1, 200 orang kerana resepsi ini hanya dikhaskan untuk jemputan sahaja dan orang ramai tidak digalakkan hadir disebabkan jemputan adalah terhad.

Pada Ahad depan, 28 Januari, pihak lelaki akan membuat kenduri dan respsi di Felda Taib Andak dan di mana dianggarkan seramai 15 ribu peminat setia akan turut hadir di majlis yang penuh kemeriahan itu nanti.


Galeri foto majlis akad nikah Mawi-Ekin.


Pelamin indah yang direka oleh Nas memang tampak begitu unik dan menarik sekali.

Detik-detik yang mendebarkan bagi pasangan pengantin Mawi-Ekin telahpun berlalu.

Tentunya orang yang paling gembira di saat ini kerana segala yang dirancang berjalan lancar ialah wedding planner Nas Andika.

Antara hantaran pihak Ekin. Warna lembut merah jambu menjadi pilihan Ekin.

Nas merupakan penggubah hantaran kedua mempelai - 9 daripada pihak Mawi dan 11 hantaran dari pihak Ekin dan juga pelamin.

Kek seputih salju merupakan hadiah dari pihak perempuan.

Selain hantaran, tuan punya butik andaman Nas Great Idea, telah ditugaskan membuat pelamin persandingan untuk majlis malam ini di Stadium Tertutup Johor Bahru (MBJB) dan Hotel Palace of Golden Horses pada 11 Januari 2009.

Elemen Jawa diambil kira dan sentuhan Nas dapat dilihat majlis resepsi kedua pengantin ini nanti.

Bagi pelamin persandingan di MBJB, Nas mendapat ilham untuk memberikan konsep bingkai-bingkai gambar yang besar disulami jambangan bunga ros yang cantik bersama chandelier.

Hantaran dari pihak Mawi.

Sementara tema Arab pula menjadi inspirasi bagi persandingan Mawi-Ekin di Hotel Palace of Golden Horses.

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats